CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1336|Reply: 7

"Rosak, Tak Sedap Langsung,"- Baby Shima Dikutuk Nyanyi Lagu Tiara Versi Dangdut

[Copy link]
Post time 3-8-2022 12:06 PM | Show all posts |Read mode
Baby Shima, 29, tidak mempedulikan komen pedas netizen tidak berpuas hati dengan tindakannya menyanyi lagu popular, Tiara dalam versi dangdut.


Video dimuat naik Shima menerusi Instagram (IG) menerima kecaman hebat netizen apabila rata-rata menyifatkannya merosakkan lagu nyanyian asal kumpulan Kris itu.


Foto: IG




"Bukan makin sedap, jadi tak sedap bunyinya.. Lagi sedap dengar original punya," antara komen ditinggalkan netizen dalam IG.


Seorang lagi pengikut mengatakan penyanyi kontroversi itu merosakkan lagu kumpulan Tiara itu.


"Rosak lagu ori Tiara… Tak sedap pun," komen seorang pengikut.


  



Sementara itu, penyanyi yang kini sedang popular menerusi lagu Lalai itu berkata, dia tidak terkesan komen netizen yang tidak berpuas hati dengan cara nyanyiannya.


Bekas peserta pertandingan realiti, D'Academy Asia 3 di Indonesia pada 2017 itu berkata, muzik adalah universal dan meliputi banyak genre.


Dangdut juga salah satu genre, justeru kata Shima, dia tidak menganggap tindakan menyanyi lagu Tiara dalam versi dangdut sebagai satu kesalahan.




  



Ini kerana, katanya, dia yakin genre dangdut juga mempunyai kelompok peminat tersendiri.


"Muzik mempunyai banyak genre. Ada peminat rock atau metal mungkin kurang gemar muzik dangdut, begitulah sebaliknya.




  



"Bagi saya, netizen mengutuk atau tidak suka pada genre tertentu tidak mewakili keseluruhan pendengar.


"Jadi, saya akan terus jalan dengan melakukan apa yang dilakukan sekarang. Saya ada sasaran dan tujuan.


"Saya tidak langsung terkesan dengan kecaman netizen," katanya kepada BH Online.




  



Sebelum ini, penyanyi popular dari seberang, Raffa Affar dikecam gara-gara merosakkan lagu Tiara yang ciptaan komposer, Datuk M Nasir itu.


Raffa Affar menerima kecaman hebat didakwa merosakkan melodi dan keaslian lagu yang popular sekitar 1991 ketika tampil menjayakan program hiburan secara langsung di Indonesia. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2022 12:29 PM | Show all posts
hancuss lagu
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 06:04 PM | Show all posts
minah yendon ni g berambus la ko sana g yendon.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Keep on pandering to the yendons.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Sikok bagi dua tu apa siak.. benci aku dgr
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 02:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi lawa la badan sheols. Petite yang curvy. Ke padding je?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2022 02:11 AM | Show all posts
tapi sheols cantik herlokkk... untuk kes kalini kena panggil mami rhoper catwoman kertu tu balik untuk marah sheols di khalayak umum...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Reira77 replied at 4-8-2022 02:02 AM
Tapi lawa la badan sheols. Petite yang curvy. Ke padding je?

Padding je tuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 32287 Replies : 10
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363186 Replies : 3549
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 29861 Replies : 1
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 21251 Replies : 61
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 2805 Replies : 177
[SBS 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seok, Esom ~ 13 March 2026
Rahah[SBS 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seo
Views : 285 Replies : 5
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 19750 Replies : 18
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 56939 Replies : 1086
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40968 Replies : 485
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 78220 Replies : 87

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.095868 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list