|
View: 1023|Reply: 6
|
Ibu Tunggal Dipenjara Gara-Gara Curi Belon Nak Sambut Hari Jadi Anak
[Copy link]
|
|
|
Setiap kali menjelangnya hari kelahiran anak, pasti ibu adalah orang paling teruja sekali.
Melalui video yang dimuat naik di Facebook, seorang ibu dari wilayah Mindanao, Filipina dipenjara gara-gara mencuri belon untuk sambutan hari lahir anaknya.
 Foto: FB
Akaun iFM CDO berkongsi kisah sedih wanita berusia 30-an itu apabila dia ditahan oleh pihak polis kerana didakwa mencuri minyak, susu, belon serta barang hiasan yang lain bernilai 600 peso (RM48.00) di sebuah kedai runcit.
Hasil siasatan polis mendapati suspek telah menyeludup semua barang yang dicuri itu ke dalam beg tangannya.
Alasannya dia tidak mempunyai wang dan ingin membuat persediaan untuk menyambut ulang tahun kelahiran anak lelakinya.
Ibu tunggal berkenaan kemudiannya merayu kepada pihak polis sambil teresak-esak supaya memaafkannya kerana dia cuma mahu anaknya menyambut hari lahir dengan gembira sahaja.
Walau bagaimanapun, pemilik kedai runcit terbabit menyatakan bahawa dia sedia memaafkan dan akan menarik semula dakwaan dengan syarat wanita tersebut perlu menjelaskan hutangnya terlebih dahulu.
Difahamkan, satu crowdfund iaitu dana daripada orang awam telah dilancarkan bagi membantu ibu tunggal berkenaan.-CARI |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Penting eh berita putang ina dekat rakyat Malaysia & acik2 porem amnya? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg ni x dpt d slhkn 100% sbb smua makpak akn mncuba yg trbaik utk anak2 dorg. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
48 hengget pun sampai kena kutip dana awam?tak berduit benar warga pinoy padahal boleh je sapa2 kuarkan duit drpd poket suar bagi mcm ummah malaysia selalu buat tu. Org malaysia bab bersedekah mmg tak berkira ramai yg tamak pahala.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 30-7-2022 06:57 PM
48 hengget pun sampai kena kutip dana awam?tak berduit benar warga pinoy padahal boleh je sapa2 kuar ...
Rasanya derma tu tuk tolong Ibu tunggal survive kot... Yang 40 hinggit tu dah di maafkan oleh kedai tu... Pernah nmpk dokumentari dari Filipino yang dorang ambik sisa tulang² ayam kepci kat tong sampah then masak untuk jualan dorang, dijual dengan harga seringgit lebih or posen² tak ingat dah... Memang nmpk struggle lah hidup org miskin kat sana |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|