CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 4039|Reply: 46

Jaga-jagalah Golongan LGBT, Anda Berisiko Tinggi Kena Cacar Monyet!

[Copy link]
Post time 28-7-2022 12:50 PM | Show all posts |Read mode
Penularan penyakit cacar monyet buat masa ini hanya tertumpu dalam kalangan lelaki yang mengamalkan seks sejenis terutama golongan gay, biseksual dan transgender (LGBT).


Bercakap kepada Utusan Malaysia, pakar virologi Universiti Malaya (UM), Prof Dr Sazaly Abu Bakar berkata, penularan itu lebih membimbangkan apabila sempadan negara telah dibuka, lebih-lebih lagi golongan berkenaan yang keluar masuk negara berjumpa ‘pasangan’ masing-masing, sekali gus terdedah kepada jangkitan.


Beliau berkata, penyakit itu sebenarnya telah lama wujud, tetapi tidak menular keluar dari benua Afrika kerana ia tidak seperti Covid-19 yang mudah berjangkit melalui aerosol atau udara.




AFP





Sedangkan cacar monyet, jelas beliau, akan menjangkiti mereka yang mempunyai kontak rapat dan bergejala apabila terkena cecair daripada seseorang yang sudah dijangkiti dan bergejala.


“Apabila sudah ada gejala, baru boleh menjangkiti dan tak mudah merebak. Kalau Malaysia tidak ada kes, maka tak perlu risau, maknanya tidak ada pembawa dalam kalangan kita.


“Tetapi apa yang merisaukan kita sempadan telah dibuka dan ramai orang Malaysia keluar negara dan orang luar negara datang ke Malaysia. Namun, buat masa ini risiko penularannya dalam kelompok lelaki yang mengamalkan seks sesama sejenis, jadi bukan semua orang dapat,” katanya semalam.


Dalam usaha pencegahan penularan cacar monyet, Kementerian Kesihatan mengingatkan kepada semua fasiliti kesihatan supaya peka dengan situasi semasa cacar monyet dalam meningkatkan pengesanan kes dalam kalangan pesakit yang berisiko.


Sazaly berkata, golongan LGBT yang mengamalkan seks sejenis dan bertukar-tukar pasangan perlu berhati-hati dengan mengambil langkah perlindungan selain memastikan pasangan tidak ada jangkitan.




Hindustan News Hub





Ini kerana kata beliau, jangkitan cacar monyet boleh menular melalui cecair, air liur atau dalam sperma mereka yang mempunyai penyakit seksual iaitu sama seperti penularan asal jangkitan kes HIV.


“Lebih risau kalau mereka sejenis kelompok ‘dua alam’. Mereka ada keluarga, ada anak-anak, bila dah terkena jangkitan melalui seks sejenis, dia akan menjangkiti pasangan dan anak-anak.


“Antara gejala ialah demam dan keluar biji-biji cecair seperti chicken pox awalnya di sekitar kemaluan atau dubur bergantung kepada perbuatan seksual yang boleh menjadi lebih teruk. Kalau tak dirawat bagi mereka yang mempunyai risiko lain boleh membawa maut. Bagaimanapun kadar kematian pada masa ini tidak tinggi. Kadar kes pun ada sekitar 14,000 kes seluruh dunia,” katanya.


Sazaly berkata, vaksin bagi mencegah penyakit itu masih tidak dibangunkan kecuali vaksin Smallpox yang hanya digunakan untuk persediaan angkatan tentera negara dan pengeluarannya amat terhad kerana kosnya amat tinggi.


Bagaimanapun katanya, pemberian vaksin ini boleh dicadangkan kepada mereka yang terlibat dengan seks luar tabii dan langkah membangunkan vaksin baharu bagi mencegah cacar monyet belum lagi pada tahap memerlukan.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2022 01:19 PM | Show all posts
Semoga kita dihindarkan daripada dijangkiti penyakit tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 01:28 PM | Show all posts
sesungguhnye aku naik seram .... skrg geng2 pelangi muslim xsorok2 dah .... bangga show off
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
teguran dr Allah swt. Bertaubat la sebelum terlambat. Nauzubillah. kita hari2 digalak berselawat utk berjmpa nabi muhammad saw. mengharap syafaat baginda atas dosa2 kita. Tapi paling sedih bila kita tergolong dlm golongan yg nabi x mengaku umat . [em:9:]
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 02:34 PM | Show all posts
daku ada baju pelangi, sampai sekarang tak pakai, semua depa punya pasal
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 02:53 PM | Show all posts
ada orang cakap even bersentuhan biasa macam salam, or bergesel tangan dalam mall pun boleh berjangkit

betul ke

sebab dia actually bukan STI/STD
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2022 03:23 PM | Show all posts
eiiii geli geleman la dorg niii
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn jadi wabak pandemik udah le.
Takut plak iols...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2022 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Gamvar kiri kat atas tu kutil kat kemaluan ke?

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 28-7-2022 03:45 PM
Gamvar kiri kat atas tu kutil kat kemaluan ke?

Kohkohkohkoh entahlah sister. Remains mystery sebegituh sister. Gambar close up sangat sis.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 03:53 PM | Show all posts
esbok replied at 28-7-2022 02:34 PM
daku ada baju pelangi, sampai sekarang tak pakai, semua depa punya pasal

sama lah..
aku skang nak beli benda2 pelangi je ade rasa "errrrrrr" sikit..
sebab deme2 ni lah cilaker.. tak pasal2 pelangi tak bersalah jadi mangsa negativity.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 04:06 PM | Show all posts
AshkieLa replied at 28-7-2022 03:53 PM
sama lah..
aku skang nak beli benda2 pelangi je ade rasa "errrrrrr" sikit..
sebab deme2 ni lah cil ...

muahaha kann. tak de sapa nak saman ke, mencabul hak asasi pelangi. pelangi hak semua
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas: Gamvar kiri kat atas tu kutil  ...
iolls rasa kiri atas tu kemaluan, kiri bwh tu mulut..nmpk x kaitan nya kt situ heheheheheh
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 05:56 PM | Show all posts
AshkieLa replied at 28-7-2022 03:53 PM
sama lah..
aku skang nak beli benda2 pelangi je ade rasa "errrrrrr" sikit..
sebab deme2 ni lah cil ...

Pdhal plangi tu cntik je kjadian aslnya, entah knpa golongan ni guna rainbow jdi logo dorg.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 06:00 PM | Show all posts
vasepecah replied at 28-7-2022 01:28 PM
sesungguhnye aku naik seram .... skrg geng2 pelangi muslim xsorok2 dah .... bangga show off

Uol klau tngok documentaries kat YT psl org2 Yereb yg mlarikan diri dri KSA sbb sllu d seksa, lgi lah sadis. Dorg larikn diri for seeking an asylum kat Ostolia or Canada tu mmg dh fham tpi lpas tu rilek dorg bgithu yg dorg dh tinggalkn ugama Islam & ada yg bngga jdi ummah LGBTQ+, siap bukak page kat OnlyFans lgi & stakat tnjuk teks tu biasa je bgi dorg. Boleh chck under nma Rahaf Mohammed, la ni a proud ex-Muslim (aka Murtad, tkut iol) & a proud Bisexual too. Sheol kta suka kat girls tpi ada bf tayang dpan2 & ada one child, umur jauh lgi muda dri iol & msa larikn diri dri KSA, kurus, kusam & kepam, la ni nmpk sngt fake bitch gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ummah LGBTQ+ gay dalam almari tersenyum sinis

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2022 07:54 AM | Show all posts
gideoncross replied at 28-7-2022 05:56 PM
Pdhal plangi tu cntik je kjadian aslnya, entah knpa golongan ni guna rainbow jdi logo dorg.

itulah, tak kena gaya langsung.
merosakkan imej pelangi yg cantik tu..
korang LGBTQ ni tak cantik hokeh... huduh berlaga barang yg sama sesama sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 07:54 AM | Show all posts
gideoncross replied at 28-7-2022 06:00 PM
Uol klau tngok documentaries kat YT psl org2 Yereb yg mlarikan diri dri KSA sbb sllu d seksa, lgi  ...

seram betul...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Curse puak pelangi. Bodoh punye lgbtq menyusahkan org
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
AshkieLa replied at 28-7-2022 03:53 PM
sama lah..
aku skang nak beli benda2 pelangi je ade rasa "errrrrrr" sikit..
sebab deme2 ni lah cil ...

Iols beli je lelagi kalau baju budak yg comel2 tu, ada beli kat ank baju tu depan dia ade rainbow bentuk love. Tapi pastel color laa rainbow tu cantik sgt sbb guna labuci kat situ anak sonok gosok2.
So beli je gasaklaaa sejak biler kaler tertentu mewakili gender tertentu sama mcm baby blue utk baby boy  pastu pink utk baby girl.
Padahal semua org leh pakai je mana2 kaler yg dia suka dan sesuai ngn kaler kulit dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 32287 Replies : 10
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363186 Replies : 3549
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 29861 Replies : 1
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 21251 Replies : 61
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 2805 Replies : 177
[SBS 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seok, Esom ~ 13 March 2026
Rahah[SBS 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seo
Views : 285 Replies : 5
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 19750 Replies : 18
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 56939 Replies : 1086
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40968 Replies : 485
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 78220 Replies : 87

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.237052 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list