CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 771|Reply: 1

Lesen Judi Tak Diperbaharui, Kaki Judi 'Lari' Beli Nombor Ekor Dalam Talian

[Copy link]
Post time 27-7-2022 11:33 AM | Show all posts |Read mode
Keputusan Kedah tidak memperbaharui lesen judi nombor ekor tidak memberi kesan kepada kaki judi kerana tabiat itu boleh diteruskan dengan membeli secara dalam talian atau sindiket-sindiket judi haram.


Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa lokasi mendapati, antara premis yang dijadikan pilihan untuk sindiket tersebut beroperasi adalah kedai telekomunikasi, kedai runcit atau restoran sebagai taktik mengaburi mata penguat kuasa.


Malah, ledakan teknologi yang semakin canggih juga mendorong ‘kaki ekor’ beralih kepada penggunaan medium dalam talian yang lebih mudah dan didakwa ‘selamat’ daripada dicekup polis atau pihak berkuasa agama bagi orang Islam.


Bagaimanapun, ‘tahi judi’ yang lebih berusia didapati tetap mahu memilih kaedah tradisional dengan membeli nombor-nombor ramalan secara fizikal kerana mereka juga kurang mahir menggunakan kandungan tidak bermoral itu menerusi telefon pintar.








Seorang peminat tegar judi nombor ekor haram yang mahu dikenali sebagai Nan, 46, berkata, walaupun tidak membeli nombor-nombor itu secara haram di premis terbabit, dia mengakui mereka mempunyai pilihan untuk hanya membuat tempahan secara dalam talian.


“Biasanya kaki ekor yang agak berumur dan tidak pandai menggunakan aplikasi telefon bimbit sahaja yang lebih suka berurusan menggunakan kaedah lama iaitu nombor pilihan ditulis di atas kertas manakala sebahagian besar ‘pelanggan muda’ lebih senang membeli nombor ekor haram secara dalam talian kerana kaedah itu tidak memerlukan kami mengunjungi premis selain mampu mengelak daripada dilihat terlibat dalam aktiviti ini,” kata peminat tegar judi nombor ekor haram yang mahu dikenali sebagai Nan, 46 ketika ditemui, semalam.


Pada 14 November tahun lalu, kerajaan Kedah membuat keputusan untuk tidak memberi kelulusan kepada permohonan baharu lesen perjudian serta tidak memperbaharui lesen judi sedia ada selepas ia tamat tempoh berkuat kuasa serta-merta.


Sementara itu, seorang lagi kaki judi empat nombor ekor mengakui, sebahagian besar pelanggan akan membeli nombor ekor secara haram kerana terpengaruh dengan bayaran yang lebih tinggi jika nombor yang ditikam mengena.


Sementara itu beberpa pihak berpendapat keputusan Kerajaan Negeri Kedah itu boleh mendorong kepada permintaan terhadap khidmat nombor ekor haram dikhuatiri melambung tinggi susulan langkah kerajaan negeri menghentikan kelulusan kepada permohonan baharu lesen perjudian serta tidak memperbaharui lesen sedia ada.


Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, ketika ini sudah banyak premis terbabit muncul di seluruh negeri yang berselindung di sebalik perniagaan lain bagi menjalankan operasi itu secara haram.


“Kita memang amat mengalu-alukan keputusan kerajaan negeri untuk menghentikan penjualan judi ekor di negeri ini selaras de­ngan imej Kedah yang melahirkan ramai alim ulama, kerana kita tidak mahu isu itu terpalit kepada institusi agama,” katanya di sini, semalam.


Tambahnya, pihak berkuasa perlu mengembleng tenaga membasmi kegiatan terbabit kerana walaupun premis berlesen tidak lagi dapat beroperasi selepas ini, gejala sosial itu dipercayai sukar ditamatkan tanpa kerjasama semua pihak.


“Ramai yang menjadi kaki-kaki judi ini tidak kira latar belakang, ada yang bekerja kampung dan ada juga pekerja profesional kerana permainan nombor ekor ini menyebabkan mereka ke­tagih untuk mempertaruhkan wang bagi mendapatkan pulangan lumayan,” katanya.


Dalam pada itu, kira-kira 45 pemegang lesen premis perjudian yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini akan tamat operasi menjelang hujung tahun ini, sekali gus membantu hasrat kerajaan negeri untuk sifar ke­giatan itu pada 1 Januari tahun depan.


Difahamkan, Kementerian Kewangan adalah satu-satunya agensi yang meluluskan lesen perjudian, manakala kerajaan negeri boleh mengeluarkan dasar kepada PBT bagi pengawalan lesen premis sahaja.


Kata Mohd. Hayati, kerajaan negeri tidak boleh sewenang-wenangnya menutup operasi premis perjudian nombor ramalan kerana mengambil kira implikasi undang-undang.


Tambah beliau, tempoh persediaan diberikan oleh kerajaan negeri kepada pengusaha bagi mencari alternatif perniagaan lain yang bersesuaian untuk kelangsungan pendapatan.


Kerajaan negeri meminta pihak berkaitan seperti PBT, Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya melipat gandakan penguatkuasaan bagi memastikan tiada aktiviti perjudian di Kedah menjelang 1 Januari 2023.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2024 09:43 AM | Show all posts
Do you want me to?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 30322 Replies : 34
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 20765 Replies : 7
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40466 Replies : 408
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 26425 Replies : 18
Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – PolisSuspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – Polis
Skyline_84Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah
Views : 23894 Replies : 4
tumpang lalu, kerabat mana bagi bunga kat MekTi ni
chanthiktumpang lalu, kerabat mana bagi bunga ka
Views : 16015 Replies : 6
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 361193 Replies : 3544
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201831 Replies : 4032
Tergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera Nabi Nuh ada di atas gunung Malaysia
YgBenarTergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera N
Views : 22380 Replies : 28
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 45069 Replies : 38

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.884623 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list