CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 971|Reply: 0

Dakwa Ditipu Syarikat Pemasaran, Awang BPR Dituntut Buat Kenyataan Maaf

[Copy link]
Post time 26-7-2022 04:34 PM | Show all posts |Read mode
Gitaris kumpulan BPR itu Awang dituntut untuk membuat satu kenyataan maaf secara terbuka kepada pihak Impact Music & Entertainment susulan kenyataan fitnah yang dikeluarkan sebelum ini.


Menerusi satu kenyataan rasmi dikeluarkan oleh syarikat berkenaan, mereka juga mencabar Awang untuk membawa kes seperti didakwa ke mahkamah.


Foto: mStar




"Awang BPR sebagai seorang yang muflis seharusnya berterima kasih kepada pihak yang membantu menaikkan namanya semula dan bukannya memburukkan dan menyebarkan fitnah kepada pihak lain.


"Kes ini sepatutnya boleh diselesaikan secara baik namun Awang BPR telah memilih untuk mensensasikannya maka pihak kami tidak mempunyai langkah lain melainkan menyerahkannya kepada pihak peguam dan undang-undang.


"ihak kami juga ingin mencabar Awang untuk memfailkan tindakan mahkamah sekiranya segala dakwaannya itu benar. Sekiranya tiada tindakan undang-undang difailkan maka kami menuntut satu permohonan maaf secara terbuka dibuat pada atau sebelum 1 Ogos," jelas kenyataan tersebut.


Dalam temubual bersama rancangan Melodi sebelum ini, Awang mendakwa dirinya di aniaya oleh Impact & Music Entertainment selepas syarikat tersebut mengambil kesempatan atas jualan tiket Showcase Awang BPR dan Rakan-Rakan & Makan Malam Amal yang berlangsung pada 24 Jun lalu di Johor Bharu.


Menurut Awang, syarikat berkenaan telah mengaut keuntungan dengan melakukan jualan tiket ke Singapura dan meletakkan harga lebih tinggi.


Menafikan dakwaan tersebut, Impact & Music Entertainment menjelaskan pihak mereka hanya mengambil faedah berdasarkan apa yang telah dipersetujui kedua-dua pihak sejak awal.


"Kenyataan tersebut adalah satu tohmahan liar dan fitnah jahat yang bertujuan untuk memburukkan imej Impact Music & Entertainment sebagai salah sebuah syarikat pengiklanan dan pemasaran.


"Harga asal penjualan tiket bagi dua meja VIP ke Singapura bertujuan untuk mempromosikan showcase tersebut dan wang RM8,000 telah pun diserahkan kepada Awang pada 2 Jun.


"ihak kami tidak pernah sama sekali menerima, mengambil atau menggunakan atau apa jua faedah dan hasil daripada penjualan tiket tersebut melainkan dari apa yang telah dipersetujui," jelasnya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 07:30 PM GMT+8 , Processed in 1.343553 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list