CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1366|Reply: 1

'Saya Nak Rehat, Esok Saya Sambung Cari Awak Zal' - Ras Adiba

[Copy link]
Post time 22-7-2022 08:50 PM | Show all posts |Read mode
Senator Datuk Ras Adiba Radzi tidak berputus asa untuk mencari bekas rakan sekerjanya, Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.


Malam tadi, Ras ditemani beberapa kru program terbitan TV3, 999 meninjau lokasi pejabat dan studio lama TV3 di Jalan Liku, Bangsar, di sini, iaitu tempat mereka sama-sama bertugas dahulu.








Ras memilih lokasi itu atas andaian Zalina mungkin datang ke tempat yang memberi makna dalam hidupnya.


Difahamkan, Ras memulakan pencarian selepas Maghrib, malam tadi dan berakhir awal pagi, hari ini.


Ras menerusi Instagram turut memaklumkan dia akan menyambung usaha mencari Zalina, hari ini.


Dalam hantaran sama, Ras juga mendoakan kesejahteraan Zalina yang dipanggil Zal itu.


"Di mana juga awak berada, saya harap, dalam keadaan baik. Deep (Ras) nak rehat ni Zal (Zalina) dan Deep doakan Zal pun sama," tulisnya.


Semalam, Ras berkongsi video ketika dia keluar melakukan pencarian di sekitar kawasan Jalan Liku, di sini.




  



Kehilangan Zalina atau nama sebenarnya, Zalina Shaharah Azman hangat diperkatakan selepas tersebar berita polis menerima laporan anak lelaki Zalina, Mikhael, 33, mengenai kehilangan ibunya pada 29 November tahun lalu.


Zalina dilaporkan hilang selepas Mikhael gagal menghubunginya sejak 24 November tahun lalu bagi memaklumkan bapanya dimasukkan ke hospital.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2022 07:33 AM | Show all posts
AKu selalu tertukar between ZA dengan Azrina Mazhar Hakim betul ke ejaan aku tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 09:38 AM GMT+8 , Processed in 1.076165 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list