CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 3413|Reply: 24

Shahronizam Noor Jadi Pedophilia

[Copy link]
Post time 22-7-2022 05:18 PM | Show all posts |Read mode
Shahronizam Noor mengakui sukar untuknya menjayakan watak sebagai individu yang cenderung terhadap kelakuan pedophilia dalam telefilem terbaharu berjudul Bukan Khadijah.


Shahronizam berkata, itu adalah kali pertama dia melakonkan watak sebegitu dan ingin menyampaikan mesej bagaimana untuk masyarakat bangkit menentang individu sebegini.


Foto: IG




"Sebagai manusia, kita menentang benda ini kerana ia tidak normal. Satu cabaran besar buat saya untuk merealisasikan watak ini dalam telefilem ini.


"Saya harap karya ini dapat memberi pengajaran dan mesej kepada masyarakat supaya bangkit melawan individu-individu ini kerana golongan ini sebenarnya adalah pengecut," katanya kepada Harian Metro.


Shahronizam juga menyentuh mengenai isu semasa yang berlaku membabitkan pedophilia di Malaysia.


Menurutnya, kebanyakan mereka menggunakan status mereka tidak kiralah sebagai sesiapa sekalipun, untuk menjerat golongan bawah umur ini.


"Mereka menggunakan kuasa dominan sebagai orang dewasa untuk memanipulasi mangsa. Mereka juga buatkan mangsa takut untuk membocorkan salah laku mereka kepada orang lain," katanya.


Katanya, isu ini sangat tabu untuk diterjemahkan ke dalam bentuk visual, namun dari sisi lain ada mesej yang perlu disampaikan kepada penonton.


"Benda ini sangat tabu untuk diceritakan ke dalam bentuk visual lebih-lebih lagi untuk dipersembahkan di kaca TV. Tak semua orang berani kerana takut kecaman dan sebagainya.


"Namun, dari sisi lain, kita nak beritahu masyarakat bahawa orang begini memang wujud dan apa yang perlu kita lakukan untuk melawan mereka," katanya.


Telefilem bersempena Maal Hijrah 1444 itu akan ditayangkan di TV1 pada 30 Julai, jam 9 malam.


Selain Shahronizam, telefilem arahan Nor Ashikin Zainal turut menampilkan lakonan Shakilla Khoriri, Azrel Ismail, Laila Nasir, Esma Daniel dan ramai lagi. -CARI


Sumber: Harin Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2022 05:25 PM | Show all posts
Sepatutnya watak ni bagi pada Zaidi Omar
Menjadi hokay masa dia berlakon jd pedophile dlm drama yg dia berlakon dgn Fasha Sandha & Fadilah Mansor
Aku naik jijik tengok dia dlm drama tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 05:41 PM | Show all posts
Ceq pnh tgk drama Azri Iskandar bw wtk pedophile ni....karakter begini buat ceq trauma skit nak tgk....nt dok teringat2....
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 05:46 PM | Show all posts
Mmmm perlu ke? Takut trigger ramai mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pinggan at 22-7-2022 05:50 PM

Eee.. takut lah jadi pelakon ni. Kena buat benda bukan2.

Kan ada sesetengah pelakon sampai kena jumpa psychiatrist lepas berbulan2 shooting. Sbb terlalu masuk sangat karakter lakonan tu dalam jiwa.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita2 disturbing mcm ni takut nak tgk, terngiang2 dlm kepala.. lants teringat cerita yg si bapak ira kazar try nak rape noorkhiriah , yg wan maimunah jadi bini dia. Kira pak tiri noorkhiriah. Kaza dlm tu laki kuat 18sx… sampai skrg teringat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2022 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dulu takut bila tengok farouk gagak hitam
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Lavender_Violet replied at 22-7-2022 05:25 PM
Sepatutnya watak ni bagi pada Zaidi Omar
Menjadi hokay masa dia berlakon jd pedophile dlm drama yg d ...


Sebab cite tu la smpai skang aku geli ng zaidi Omar. Ada lagi satu citer tu, lupa pelakon laki tu tp dah tua. Anak dia nabila Huda bini dia khatijah tan. Last skali nabila Huda bunuh diri ke cmne tp sebelum tu dia sempat bagi tau rahsia tu kt kawan dia takut adik dia lak jd mangsa. Kawan dia report polis then ayah dia kena tangkap. Emotional aku tgok cite tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2022 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai suka sgt sharol ni masa dia jd suami pontianak maya karin dan jd ayah dlm drama pembancuh kopi mr vampire. Dia ada karisma..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 08:40 PM | Show all posts
Lavender_Violet replied at 22-7-2022 10:25 AM
Sepatutnya watak ni bagi pada Zaidi Omar
Menjadi hokay masa dia berlakon jd pedophile dlm drama yg d ...

Euww tak boleh lupa scene kat toilet dengan getah paip tu. Punya lah otak suci dok fikir apa pakcik ni buat lama2 dengan budak tu.  
Juara watak pedo lah pakcik Zaidi tu.


Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Goodluckdontcry at 23-7-2022 12:24 AM

Hati2 lah ko pakcik bw watak Gini..ditambah plak..errrr muka pakcik pun den tgk..errr kdg serem jugak... kehkehkeh jgn marah..Sama mcm den xleh tgk muka pokcik jalaludin Hassan Dan sape tah sorg lg..rahim ape tah yg berlakon mokcun..rs mcm geli SBB nmpk mcm menggelitis..ala2 muka gatal..tambah bila ckp mcm nak ke xnk berckp sbnrnya ni ..kdg den rs nk msk je dlm TV..nk sound..ckp biar jelas pokcik.. tmskla mn2 pelakon yg poyo nk mampus..nak berlakon..tp berdialog mcm tgh Tido berckp dgn unta..ko ingt Suara ko Tu merdu Sgt..SMP ckp cover.. ala2 Suara perut yg berckp..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Lavender_Violet: Sepatutnya watak ni bagi pada  ...


Menyesal plak iollss google tgok citer tu..muka pokcik tu cam lahanat..citer ku petik dosa..hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow abang shahrol pelakon yg top
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Geli la nak tengok cite gini...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Lavender_Violet replied at 22-7-2022 05:25 PM
Sepatutnya watak ni bagi pada Zaidi Omar
Menjadi hokay masa dia berlakon jd pedophile dlm drama yg d ...

Fobia iol tgok pkcik zaidi belakon citer tu. Tiap kli heol blakon mana2 citer, ttap rasa seram. Sorng lg iol xleh tgok pakcik rahim razali jd pedo. Citer apa xingat dah. Heol jd penaja umah anak yatim. Pastu heol rgol budk2. Budk yg heol rgol tu bila besar jd izara aisyah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
mamajawie replied at 23-7-2022 05:05 PM
Menyesal plak iollss google tgok citer tu..muka pokcik tu cam lahanat..citer ku petik dosa..hmmmm ...

nah untuk cuols..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2022 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Lavender_Violet replied at 22-7-2022 09:25 AM
Sepatutnya watak ni bagi pada Zaidi Omar
Menjadi hokay masa dia berlakon jd pedophile dlm drama yg d ...

Zaidi Omar berlakon jadik jantan pedo dalam drama apa entah tajuk dengan Sharifah Sakinah itu pun menjadi.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
nadie90 replied at 22-7-2022 05:41 PM
Ceq pnh tgk drama Azri Iskandar bw wtk pedophile ni....karakter begini buat ceq trauma skit nak tgk. ...

Bang jeri tgh pakai inai auwwwwwww
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
cikgojesss replied at 23-7-2022 08:20 PM
nah untuk cuols..

Mimpi ngeri siakkkkk...urghhh..baca sinopsis citer tu pun iollss x bleh hadan
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ngam la muka dia jadik pedo...dia berlakon bagus. Hopefully betul2 bagi info mendidik khalayak jgn stakat drama syok sundrik. Kaitkan fungsi n peranan pihak berkuasa, gomen n NGO skalik..
Btw....kalo dek fezrul khan pegang watak ginih hokey jugek taww
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.053772 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list