View: 4753|Reply: 45
|
Patutlah Parcel Tak Sampai-Sampai- Ramai Bengang Peniaga Buat Duit, Jual RM50 Satu Bungkusan
[Copy link]
|
|
Seringkali kali kita dengar rungutan di media sosial tentang isu pembelian barang secara dalam talian yang tak sampai-sampai.
Namun baru-baru ini hantaran Facebook seorang individu yang menguar-uarkan akan melelong barang tidak dituntut daripada satu platform beli-belah dalam talian mengundang rasa kurang senang ramai.
Malah individu bernama Muhamad Razali itu turut menyatakan setiap bungkusan yang dibeli secara pukal itu akan dijual pada harga RM50.
Foto: Twitter
“Esok first batch sampai, unclaimed parcel online... 1,000 barang. Promosi sempena kedai baru, kita anjurkan satu permainan... satu bungkusan hanya RM50.
“Saya pun tak tahu apa dalam bungkus tu. Telefon, beg, kasut, baju, sepit udang basikal, periuk... tauke cakap macam-macam ada kecuali durian.
“Bayar RM50 kemudian pilih satu bungkusan dan buka sendiri depan kedai. Kalau barang rosak, kita bagi bungkusan lain,” katanya menerusi posting di Facebook.
Hantaran yang dibuatnya itu kemudian dikongsikan oleh seorang pelayar Twitter.
Bagi pemilik akaun bernama Pja, dia menyifatkan bahawa individu tersebut sewenang-wenangnya mengaut keuntungan apabila menjual semula barangan yang tidak dituntut.
“Macam ni pun boleh? Kesian orang beli barang tapi tak sampai-sampai. Kadang-kadang kurier buat kerja cincai, peram barang, status tak kemaskini.
“Orang ni pula senang-senang buat duit... mudahnya hidup bang,” ciapnya di Twitter.
Foto: via mStar
Mengakui twit yang dilakukan itu akan membuka peluang pada individu tersebut mendapat pelanggan, ujarnya, diharapkan para netizen yang melihat hantarannya tidak menjadi pelanggan selain membuat penilaian yang tepat.
“Aku tahu dengan tweet ni, aku juga membuka peluang pada dia untuk dapat potential customer.
“Harap siapa nampak tweet ni tak pergi jadi pelanggan dia. Semua boleh fikir perkara mana baik mana tak elok kan?” ujarnya lagi.
Terdahulu, posting yang dibuat itu tular di laman Twitter dan diulang ciap lebih 5,500 pelayar.
Kebanyakan pengguna membahaskan tentang hukum perniagaan yang dilakukan peniaga tersebut kerana ia dikatakan menjual sesuatu yang tidak pasti.
Foto: via mStar
“Ini unclaimed parcel. For whatever reason orang tak ambil after many delivery attempts. Biasa dia jual super cheap wholesale dekat kedai just to dispose. Ni mereka attempt jual untuk dapat lebih sikit... tapi kalau beli 'lucky draw' macam ni, haram (hukumnya) kalau tak silap.
“At first place haram jual sebab tak cukup syarat jual beli, barang bukan milik penjual. Kalau nak lupuskan sangat pun duit jualan kena agih ke kebajikan, tak boleh guna untuk personal.
“Benda boleh bagi percuma tiba-tiba pula kena bayar RM50. Haram tu memang haram tapi, sanggup kah bayar RM50 untuk benda yang bukan hak milik dia? Kalau sanggup pergi... aku tak mahu dan aku cakap saja.
“Urusniaga sebegini haram kerana mengandungi unsur gharar fahisy (excessive uncertainty). Dalam hantaran ini dia sendiri mengakui yang barang dalam parcel tersebut tidak diketahui apa benda, justeru ia merupakan red flag yang nyata,” ujar beberapa netizen.
Rata-rata netizen pula menyuarakan rasa berang dan tidak puas hati dengan tindakan kurier yang sewenang-wenangnya melupuskan barangan pembeli.
Malah ada yang beranggapan bahawa akan ada lebih banyak barangan pembeli diperam berikutan terdapat elemen penjualan yang mendatangkan keuntungan seumpama itu.
“Jahat cara ni. Hak orang boleh buat main. Elok lapor dan siasat siapa dalang. Barang kalau hilang mesti ada tracking sistem. Tapi barang hilang ada kat sini tu petanda untuk kita sumbat orang macam ni dalam lokap.
“Dia buat niaga pula... Makin banyak la barang peram lepas ni,” luah beberapa netizen lagi.
Dalam pada itu, Muhamad Razali ketika dihubungi mStar menjelaskan dakwaan netizen terhadapnya.
Menurutnya, setiap barang yang dibeli daripada syarikat e-dagang yang tidak diterima atau rosak, akan dibayar semula (refund).
"elanggan beli barang dan kalau dapat barang rosak atau mungkin mereka tidak terima tempahan... pastinya mereka isukan perkara tersebut dan pihak syarikat terlibat akan refund duit selepas melihat bukti-bukti berkaitan.
"Disebabkan isu seperti itu, terdapat lambakan barang di gudang milik syarikat terbabit dan ia membuatkan ruangan penyimpanan menjadi terhad.
"Untuk pengetahuan semua, barang-barang tersebut disimpan selama enam bulan di gudang penyimpanan bagi membolehkan pembeli menuntut jika mereka mahukannya... tetapi tiada siapa yang datang menuntut dalam tempoh tersebut.
"Lagi pula, barang yang 'sangkut' akan dihantar semula ke syarikat e-dagang terbabit oleh pihak kurier. Kebanyakan barang dibeli dari China, disebabkan itu ia tidak dihantar semula kepada penjual sebaliknya membuat bayaran gantian," jelasnya yang baru memulakan jualan gudang pada 20 Julai.
Menjawab tohmahan netizen yang menyatakan konsep jualannya adalah seperti berjudi, katanya, dia menerima setiap teguran tersebut dan telah mengubah corak penjualan.
"Saya terima teguran orang dan sekarang saya dah buka semua bungkusan tersebut... pelanggan yang berminat boleh pilih dan lihat sendiri setiap barangan," ujarnya. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dah nampak banyak kali jualan barang macam ni kat pasar karat batu pahat.30 hengget satu bungkusan.ramai jugak yang beli walaupun barangan ntah apa apa..kadang2 nilai barang jauh lagi murah dari 30 hengget. |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa yg beli tak rasa bersalah ke?....
|
|
|
|
|
|
|
|
Barangku jnt tak hantar2 pun.. Entah2 dah jual as unclaimed parcel.. X halal to jnt.. Staff ko yg pemalas.. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols punya barang..
Baju anak iols.je pung...korean style..
Gigih orang dok.korek post box iols.tu...
Ape bende.la.dia nak.amek.tu
Baju budak.je pung..
Swkadar luahan.iols...huhuuuuu
Unclaimed parcel.ni cm.amazon jual tu la.kan..
Usd500 dpt 1.box ada banyak gila parcel.dalam.tu
Naseb baik dpt la.henpon |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ezacbee at 20-7-2022 06:43 PM
Boleh gitu.. halal haram tolak tepi.
Cian customer tunggu parcel xsampai2.
Dulu aku penah kena dgn poslaju, skynet.. sampai pegi sana cari parcel aku. Jilake.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama la unclaimed parcel ni org juai .kat shopee live tu ramai ja seller yg juai..barang pun ntah apa2..yg pasti parcel nya tu kecik2 nipis & dari overseas la.. mostly dari china..xdak la barang2 berharga pun sbb seller tu sendiri bukak dari parcel tu & tunjuk kat live.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama la unclaimed parcel ni org juai .kat shopee live tu ramai ja seller yg juai..barang pun ntah apa2..yg pasti parcel nya tu kecik2 nipis & dari overseas la.. mostly dari china..xdak la barang2 berharga pun sbb seller tu sendiri bukak dari parcel tu & tunjuk kat live.. |
|
|
|
|
|
|
|
Selaku follower tegar org yg jual parcel ni, bg pendapat aku la.....
Kat shopee lazada tu dah laamaaaaaaa dah org buat, tp tak timbul isu, camtu gak omputih, yg jual stor ape semua tu, haaa gitu la konsepnye..... Tp kalini tetibe isu besar pula,
Sebagaimana yg dah dijelaskan, barg2 unclaimed ni dah dibayar ganti rugi oleh pihak shopee dan lazada, juga dah try send out 2-3 kali, biasanya la ek, barg2 ni di peram di stor utk beberapa bulan, minima 6 bulan, benda semua ada t&c, ape la yg nak di kecohkan....... Beliau pon dah ade regular customer, jarang2 org melayu ada buat bisness camni, dia pon bantu memana company yg nak bankrup dgn beli balik barg2 tu, ade juga jual barg2 terkena banjir yg di beli dr seller2 selepas tuntutan insurans, kereta2 kene banjir yg tsadai, banyak laaaa beliau ni jual, yg penting bisness anak melayu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak de nak komen cuma nak ckp org melayi boleh tak jgn cakap "at the first place"? It is in the first place! in the first place! |
|
|
|
|
|
|
|
easy, tak jelas pemilikan semasa jual beli.walaupun barang tak dituntut, tapi entah2 pemilik sebenar masih menunggu atau belum dapat tuntut lagi disebabkan kekangan, etc...
tak pasal2 ko beli barang hak orang lain.
macam judi, lucky draw, gacha.
bayar RM50, tapi tak jelas dia beli barang apa. tak tau fizikal barang etc,
dah bayar baru bukak kotak. kalau rosak boleh tukar kotak lain. KALAU ROSAK
kalau elok, kena ambil je la kan?
then, kalau nilai barang tu lebih rendah daripada RM50 tadi camane? haaa harga lari. aiyok
ni macam beli ikan kat laut
bayar dulu, baru pancing ikan. besaq ke kecik takleh complain, asal ikan. dah bayar kan?
atau beli buah ataih pokok
hat buah masak buah tak masak mana tau lagi, tak jatuh tak kait lagi
satgi dah bayar, tapi dapat yang kecik la, yang busuk la, yang tak muda tak masak lagi la,
tapi kena amik jugak.
haa gituu
senang kata, kalau was-was, syubhah, jangan teruskan
jauhi syubhah, tenang hidup
lagi sekali, haa gituu
|
|
|
|
|
|
|
|
barang paling mahal aku pernah beli kat LAZADA worth dalam 30k kot. Nasib baik sampai
|
|
|
|
|
|
|
|
Ha ha ha... aku pernah tegur sorang forummer pasal tu sebab dia sendiri yang tanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
betui ka deme pi hantaq kepada pembeli? kalau berusaha hantaq, takkan berlambak tinggal kat gudang? |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm berunsur gharar je ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Carcosa at 21-7-2022 01:52 AM
Aku dah kena dgn JnT babi. Tiba2 je dia buat status "Can't reach receiver" Atuk kau hijau! Dahla 2 separate parcel, tulis reason yg sama, hari yg berbeza. Tak babi?? Aku housewife kot. And rumah aku ada guard. Itu first time kena reason mcm tu. Aku geram, aku email JnT, and ckp aku nak report police. Dan2 besok nya, anjing JnT call, suruh ambik barang dkt tmpt dia.
Tu ada niat nak jual lah tu barang aku! |
|
|
|
|
|
|
|
selagi boleh buat duit |
|
|
|
|
|
|
|
boleh nak jual mcm ni, tp explain dulu susur galur supaya tak timbul keraguan..
brg unclaimed setwlah 6 bulan peram
dah cuba send atau kembalikan kpd penjual
pembeli dah terima refund
seller x dpt dihubungi/seller pn dh dpt refund/seller nk bankrup dsbgnya..
baru jelas di situ tiada unsur penganiayaan kepada pihak terlibat, org nk beli pn senang hati... |
|
|
|
|
|
|
| |
|