CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4222|Reply: 40

"Dah Tua, Kalau Mati Di Tempat Maksiat Macam Mana?"-Namron Bengang Nak Pergi Konsert Pun Tak Boleh

[Copy link]
Post time 20-7-2022 10:32 AM | Show all posts |Read mode
Namron, 53, meluahkan rasa tidak setuju apabila ada kalangan netizen mempersoal tindakan peminat membeli dan menyokong penganjuran konsert kumpulan rock legenda seberang, Dewa19.


Menurut Namron, sebagai seorang daripada peminat kumpulan tersebut, dia tidak melihat perkara itu sebagai satu kesalahan selain menempelak mereka yang mengandaikan orang ‘tua’ sepertinya tidak wajar sibuk menonton konsert.


Foto: IG




“Seingat saya kali terakhir menonton konsert adalah pada lewat tahun 80-an ketika zaman Battle Of The Band. Zaman Ella masih dengan The Boys dan Rahim Maarof masih dengan White Steel buat konsert di tapak Fun Fair.


“Selepas itu, sampai ke hari ini saya tak pernah menonton konsert. Sekarang dah lebih dua dekad, saya akan kembali menonton konsert. Dua kumpulan gitar rancak (Kugiran) yang jadi pilihan saya adalah konsert Kembara (M Nasir) dan Dewa19 (Ahmad Dhani).


“Ada orang kata dah tua-tua tak payahlah pergi konsert. Nanti kalau mati kat sana macam mana? Nak ke mati kat tempat maksiat macam tu? Baiklah. Biar saya jelaskan lanjut,”katanya.




  



Namron berkata demikian dalam satu hantaran yang dimuat naik di Facebooknya semalam.


Jelas pelakon ini, baginya, kedua-dua kugiran tersebut berada setaraf dengan kumpulan yang membawakan lagu ketuhanan dan Raihan adalah rujukannya.


  



“Saya letak sama taraf dengan kumpulan Raihan. Cuma aliran mereka berbeza antara nasyid dan kugiran. Dewa19 (baca Ahmad Dhani) dan Kembara (baca M Nasir) membawa lagu lagu spiritual atau sufism yang mengajak kita untuk mengesakan Allah SWT.


“Mentauhidkan hati kita hanya pada yang satu iaitu, Allah. Satu, Laskar Cinta, Hadapi Dengan Senyuman (Dewa19),Sang Pencinta, Bila Rumi Menari, Insan Dan Manikam (M Nasir) dan banyak lagi lagu-lagu mereka yang dapat menyuluh jalan untuk mendekatkan kita dengan Sang Pencipta.


“Ahmad Dhani juga pernah berkata dia mengidolakan M Nasir kerana lagu-lagu ciptaannya. Secara tak langsung nafas cinta mereka mengalir sesama mereka. Nafas nafas cinta ini juga mengalir ke pendengar mereka seperti saya,”katanya.




  



Selain itu, kata Namron, perasaan untuk mendalami agama juga terbit dalam hatinya lantaran mendengar lagu-lagu kumpulan ini.


“Terus-terang saya mula mencari tauhid untuk mengesakan Allah sejak sedekad yang lalu. Bila mendengar lagu-lagu mereka, saya jadi tertarik untuk mendekatkan diri kepada Allah.


“Dalam proses mencari itu air mata saya jatuh berderai bila mendengar bait bait liriknya. Saya terasa kecil tak berkuasa. Mendorong saya untuk mendalami ilmu tauhid. Hingga membunuh keakuan yang kukuh bertahta di hati saya.




  



“Bagi saya, Allah menghantar hidayah melalui mereka yang menjentik hati saya untuk mentauhidkan hanya pada Allah Yang Maha Esa. Mereka juga saya anggap sebagai guru awal saya untuk mengenal Sang Pencipta,”katanya.


Dalam pada itu, kata Namron, dia tidak perlu takut atau bimbang dengan tohmahan netizen yang mungkin tidak sebulu dengan caranya.


“Anda bertanya tak takut ke kalau saya mati ketika di sana nanti? Jawapan saya adalah tidak, kerana saya hanya takut pada Allah yang Esa. Dia yang menentukan di mana dan bila saya akan mati,”katanya. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2022 10:40 AM | Show all posts
Baru nak hencap, cakap lebih beli tiket pun sekeping jur. Rupanya secret admire yang bagi.

Dewa 19 masa dengan Once paling best.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 10:48 AM | Show all posts
Bidas Ustaz Dasuki ke tewwww?????

Ntah...x tau meols mana yg betul...semlm baca komen ustaz Dasuki, meols sokong sangat dia
Tapi hari ni baca komen Namron, meols rasa eh...ada betulnya jugak
Lalang sungguh aku nih
Baideway, wife heols ni sebijik sebijon mcm rupa Nadia Nisa...meols selalu confuse
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 11:22 AM | Show all posts
sukahati la.. tp pada akuu baikla ko diom2 jer.. dibuatnya btl2 matikt situ.. naya jer
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
larat pakcik ni nak berdiri mau2 2 jam tu, tapi yelah kalau duduk susah nak terkinja2
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Netizen yg kecam ni iols syak budak2 bbnu yg tak kenal dewa19 kekdahnyer....kalau iols dibagi peluang pun iols nak pegi konsert dewa19..lagu2 menggamit kenangan zaman sekolah sangat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2022 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebabtu lahhhhh banyak artist skip negara malaysia utk concert. Banyak cekadak. Macam negara Islam. Padahal drama2 local, retis2 seksi belambak jeee.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 11:48 AM | Show all posts
lagu roman picisan .. kalo tgk mv mmg sexy.tapi bila baca  ada org interpret dgn ilmu tasawuf.baru leh related..especially part ni.....


Malam-malamku bagai malam seribu bintang
Yang terbentang di angkasa bila kau disini
'Tuk sekedar menemani, 'tuk melintasi wangi
Yang s'lalu tersaji di satu sisi hati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2022 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
zeetot replied at 20-7-2022 10:43 AM
Sebabtu lahhhhh banyak artist skip negara malaysia utk concert. Banyak cekadak. Macam negara Islam.  ...

Banyak cekadak, dress code, sensor lirik, demo golek2 yadda yadda dan duit kita kecik.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 11:52 AM | Show all posts
Kalau boleh kasi sama rata laa..

Klo konsert retis luar marah, klo konsert retis kita diam seribu bahasa.

Takde pun sesapa tegur perihal konsert kembara, konsert siti..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 11:56 AM | Show all posts
lagu dewa 19 ni too deep
tp iols suka melodi dia. indonesian music mmg xdisangkal lain mcm
ahmad dhani mmg genius
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 01:00 PM | Show all posts
memang kat concert kena berdiri ke?..aku x pernah masuk konsert real x dapat bayang hahhaa..pernah join online streaming kpop concert je...tapi tgk sape yg pergi concert tu elok je semua ada kerusi masing2 dan tak berjoget pun..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 03:06 PM | Show all posts
p ja la nok...takyah update merata ko nak g konsert tuh....
dah bila update hanya mengundang hencapan sajah kan...
kosser la melayan netijen
haha
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Mary_jane replied at 20-7-2022 10:40 AM
Baru nak hencap, cakap lebih beli tiket pun sekeping jur. Rupanya secret admire yang bagi.

Dewa  ...

Sebut once teringat yg masa final GV tu bukan ke Alif aziz nyanyi duet ngn Hafiz tu lagu dia kan? Lagu tu kira nyanyian solo ke atau masa dgn dewa19?
Lagu tu pun kira lagu ketuhanan gak kalau tak silap.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
zeetot replied at 20-7-2022 11:43 AM
Sebabtu lahhhhh banyak artist skip negara malaysia utk concert. Banyak cekadak. Macam negara Islam.  ...

Betholll...julripin alip ajis peluk dukung pompuan dalam tb takde plak ostat setazah nak buat surat panjang lebar...
Eh terkecam plak...maappp
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 03:59 PM | Show all posts
Iols dengan bespren baru plan nak beli tiket, tetau jer dah habis. Apa diaorang ni guna kabel gak ke beli tiket?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2022 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
konsert retis luar kemahenn buat kat stadium la axiata la..retis dalam semua kena berkongsi stage ngan 3,4 retis lain..tiket pulak lagi mahal yg retis dalam dari tiket  retis luar..double standard!
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 09:58 PM | Show all posts
Campanula replied at 20-7-2022 01:00 PM
memang kat concert kena berdiri ke?..aku x pernah masuk konsert real x dapat bayang hahhaa..pernah j ...

Tak uols. Boleh pilih nak duduk or free standing. Kalau yg duduk tu harga lain-lain. Yg murah duduk nun kat area bumbung stadium.
Masa iols beli tiket dewa 19 ni, yg kat  tempat duduk & harga mahal sold out dulu. Not sure memang ramai yg beli tiket tu, or ada geng kroni yg dah book awal.
Yg penting iols tak sabarrrr nak berkonsert. Last time Dewa 19 dtg Msia, Ahmad Dhani tak ada sebab di tangkap Pak Polisi di Indon.

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 10:32 PM | Show all posts
Bitter betul sesetengah netizen dengan orang yang nak pergi konsert dewa 19, siap kata ramai orang indon je yang pergi tu. Tak tahu ke punya banyak peminat band2 indon tahun 90an + 2000an kat Malaysia ni

iols tak sabar nak tgk lagi2 konsert kali ni sebab siap ada ari lasso + once. Tahun 2019 ahmad dhani pula tak ada.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 10:41 PM | Show all posts
meah_kelabu replied at 20-7-2022 11:56 AM
lagu dewa 19 ni too deep
tp iols suka melodi dia. indonesian music mmg xdisangkal lain mcm
ahmad dha ...

lagu2 band indon sezaman dewa ni ada soul.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.062991 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list