CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1215|Reply: 3

4 Hari Hilang, Rupanya Baharuddin Dalam Perut Buaya

[Copy link]
Post time 20-7-2022 08:03 AM | Show all posts |Read mode
NUNUKAN: Kehilangan lelaki berusia 29 tahun selama empat hari akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemukan dalam dalam perut buaya selepas dibaham haiwan itu dalam satu kejadian.


Jurucakap pihak berkuasa, Dede Hariana berkata, polis melakukan pencarian sejak Khamis lalu selepas keluarganya membuat laporan mengenai kehilangan mangsa yang dikenali sebagai Baharuddin.




Kompas TV




“Penduduk setempat percaya mangsa mungkin dibaham buaya dan menerusi umpan yang dipasang, kami berjaya menangkap buaya berkenaan.


“Kami membelah perut haiwan itu dan menemukan mayat Baharuddin. Jenazah lelaki itu kemudiannya diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan,” katanya seperti yang dilapor Kompas.com.


Sehubungan itu, operasi mencari dan menyelamat dihentikan serta-merta.


Terdahulu, mangsa disyaki dibaham buaya akibat terjatuh ke dalam sungai ketika melalui jambatan untuk menyeberangi sungai di Nunukan, Kalimantan Utara.


Selepas beberapa hari tidak pulang ke rumah, keluarga mangsa menzahirkan kebimbangan dan membuat laporan polis serta memaklumkan kepada penduduk setempat.


Siasatan awal mendapati ada kesan jatuh dari jambatan tersebut, sekali gus menguatkan telahan pendudukan kampung bahawa mangsa berkemungkinan dibaham buaya.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2022 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 10:35 AM | Show all posts
Buaya ni kalau kat darat  dia ngap dia akan pusing pusing badan supaya mangsa akan patah segala tulang baru ngap.. eh ngep
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke buaya ni die simpan dulu ke mayat ni beberapa hari...dah jd bangkai bru diorg mkn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 06:33 PM GMT+8 , Processed in 2.031496 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list