CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2304|Reply: 29

"Dia Benar-Benar Ingin Melihat Anaknya," -Isteri Terkilan Suami Maut Nahas Motor Penang Tak Sempat Bagi Nama Anak Ketiga

[Copy link]
Post time 19-7-2022 12:52 PM | Show all posts |Read mode
Hasrat tak kesampaian.


Begitulah kisahnya mengenai mangsa nahas motosikal Muhamad Eizreel Muhamad Roszaidi yang tidak sempat menatap wajah anak ketiganya.


Lelaki berusia 25 tahun itu maut dalam kemalangan motosikal berkelajuan tinggi di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu pada Ahad, yang turut menyaksikan tiga yang lain maut.


Menurut Norhanazielah Hanazi, 28, yang dijangka bersalin minggu depan, Muhamad Eizreel menghantar mesej kepada untuk bertanyakan tentang keadaan dia dan dua anak perempuan mereka pada jam 2 pagi Ahad.


Panggilan seterusnya yang dia terima adalah daripada rakannya, memberitahunya tentang kemalangan melibatkan suaminya.



Foto: mStar Online






“Saya sedang menghitung hari untuk melahirkan anak ketiga pada 27 Julai.


“Tiga hari lalu, saya juga bertanya sama ada dia telah memilih nama untuk bayi lelaki itu. Dia berkata dia hanya akan membuat keputusan kemudian.


"Dia benar-benar ingin melihat anaknya," kata Norhanazielah, yang mempunyai dua anak perempuan berusia empat dan lapan tahun.


Dia bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkan mengenai kemalangan itu.


“Kedua-dua anak saya mula menangis apabila diberitahu bapa mereka telah meninggal dunia,” katanya.


Muhamad Eizreel, Muhammad Shazwan Hakim Mohd Abdul Sani, 22, dan Ahmad Haikal Naif Ahmad Nazrul, 19, maut dalam kemalangan pada awal pagi Ahad.


Mangsa keempat, Muhammad Harith Zikri Yusnizar, 17, meninggal dunia di hospital kemudian.


Tiga lagi – Mohd Haziq Harris, 34; Muhammad Rahimi Shukor, 19; dan Muhammad Shazwan Hafiz Mohd Abdul Sani, 22 – cedera dan kini berada di Hospital Pulau Pinang.


Mereka dipercayai antara ratusan penunggang motosikal yang kerap berkumpul untuk berluma haram di lebuh raya itu kira-kira jam 4 pagi Ahad.


Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata seorang daripada tiga mangsa di hospital itu masih kritikal manakala yang lain dalam keadaan stabil.


Soffian berkata beberapa penunggang motosikal disyaki terlibat dalam perlumbaan haram.


Dipercayai ada antara mereka hilang kawalan lalu merempuh antara satu sama lain.


Dua kereta turut dirempuh dari belakang oleh penunggang motosikal yang mengambil bahagian dalam perlumbaan itu.


Kejadian disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian. -CARI


Sumber: mStar/ The Star
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2022 01:20 PM | Show all posts
susah nak husnuzon kat si mati sebab dia antara pelumba haram reramai malam tu..memang sengaja menempah maut..kalau pun dia selamat malam tu, kemungkinan besar dia akan merempit lagi kendian hari plus menyusahkan orang ramai..so no al-fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape jenis bapa yg da ade anak masih nk hidup mcm org  bujang? Pkl 2 pagi masih lepak dgn kwn2.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Dgn bini tgh sarat mengandung tunggu hari nk bersalin pun lakinya takleh nk duduk rumah diam2? Tlg la ajar anak2 laki ni jadi lelaki dulu b4 kawin. Bkn kawin sbb nafsu jah
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 02:05 PM | Show all posts
allshares replied at 19-7-2022 01:26 PM
Dgn bini tgh sarat mengandung tunggu hari nk bersalin pun lakinya takleh nk duduk rumah diam2? Tlg l ...

biasa ank lelaki yg berpeleseran kt luar mlm2 tk balik, naik moto bagai smpai pagi ni, jenis anak manja

tak penah kene pelempang dgn mak pak, mak pak tkut ngn anak

aku klu sentuh kunci moto sblum dpt lesen, mmg kene hambat la ngn parents
tarak berani punya

oleh itu, mak pak disni sekelian, silala bagi hadiah pelempang kt anak masing2 yg perangai ke arah cmtu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 02:05 PM | Show all posts
allshares replied at 19-7-2022 01:26 PM
Dgn bini tgh sarat mengandung tunggu hari nk bersalin pun lakinya takleh nk duduk rumah diam2? Tlg l ...

duduk rumah sendiri atau rumah kebajikan yang kata tak seronok duduk rumah tu

sekarang tak duduk rumah sampai bila2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2022 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
sampai bersepai la moto tu sume
kalau iols dok diam2 je xyah kuarkan apa2 stetmen. satu malaysia dok kutok maki arwah, gigih lagi nak buat cerita sedih siap tepek pic anak plak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak salah, ada 1 orang awam yang meninggal sebab kebetulan dekat sana, dia nak tolong orang yang accident tu. Tapi tak sure yang ni ke yang lain. Grab atau foodpanda katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2022 02:39 PM | Show all posts
Nak kesian ke tak? Tok laki kalu dah kawen buat cara kawen lagi mau mmerempit apooo.. so takziah je lah
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
DaisyD replied at 19-7-2022 02:27 PM
Tak salah, ada 1 orang awam yang meninggal sebab kebetulan dekat sana, dia nak tolong orang yang acc ...

Katanya yg ini ..
tp bini pun x ckp apa2 pun ..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki kau jantan tak guna kak. Dah nak jadi bapak kali ke 3 pun, masih nak merempit jadi sampah jalan raya. Dah selamat cium tanah pun.
Untuk ko, kak. SILALAH CARI LAKI YG ELOK LEPAS NI!!! Jgn masih mengamalkan konsep asal belaki. Anak ko dah 3 kak. Umur 28. Cuba cari yg berjenis sikit. Jgn gatal nak belaki muda tak puas enjoy, mcm lakikau yg baru cium tanah tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 03:14 PM | Show all posts
kesian anak2 sudahnyaa. pls laa jaga anak tu leklok dah ayah nya takde ni. knowing laki kawen muda ni darah tgh panas n x puas enjoy. takot anak xcukup kasih syg plak. kang anak plak yg memberontak
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 04:49 PM | Show all posts
mcm colleage lama aku...
suaminya sibuk main beskal.. nak beli brg dapur kdg2 berpesan2 menumpang sana sini sbb bini xreti bawak kereta.. anak yg bawak kereta masa tu kat kolej jauh dari umah.. dia backup suami dia kata mmg hobi suami dia.. every weekend.. hari keje mmg dah keje sbb keje drebar so idok la nak beli brg..

penting ya hobi berbasikal biar dapor kosong sekali utk anak bini
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 07:25 PM | Show all posts
cikatilia: mcm colleage lama aku...suaminya sibuk main beskal.. nak beli brg dapur kdg2 berpesan2 menumpang sana sini sbb bini xreti bawak kereta.. anak yg bawak ...


hobi lagi penting ye dop…  bangang abadi laki camni…  cam kes mat rempit ni, acah2 concern anak sampai sambil merempit pagi2 buta sambil message tanya anak…  bodoh…  dah tau ada anak, duduk ontok2 dalam rumah tu…  dah la ngan bini tunggu masa nak bersalin…
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
DaisyD replied at 19-7-2022 02:27 PM
Tak salah, ada 1 orang awam yang meninggal sebab kebetulan dekat sana, dia nak tolong orang yang acc ...

Katanya yg ni uols. Cuma ada yg pelik sbb grab kan xkn pukul 3pg masih on? Family pon x ckp betul ke x. N yg ni yg katanya pakai vest oren nk tlg kt situ tp jd mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Carcosa replied at 19-7-2022 02:54 PM
Laki kau jantan tak guna kak. Dah nak jadi bapak kali ke 3 pun, masih nak merempit jadi sampah jalan ...

Ada ke lelaki yg elok yg nk terima janda ank 3? Melainkan hot stuff?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2022 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
mamajawie replied at 19-7-2022 01:20 PM
susah nak husnuzon kat si mati sebab dia antara pelumba haram reramai malam tu..memang sengaja menem ...

Aii baca kawan2 dia kata dia geng runner bengkel yg tolong 1st accident sebelum kena langgaq dgn org yg race. Dia & 2 org kawan runner dia 3 org meninggal..xtau mana satu betoi..
Tapi ikut logic akal ada ka runner bengkel standby kat racing Haram pukoi2-3pagi
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepasni jgn cari mat rempit lagi tau
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 08:09 PM | Show all posts
Hmm anak dah nak masuk 3 pun nak berempit lagi.. innalillah
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
orkid_amani replied at 19-7-2022 07:43 PM
Aii baca kawan2 dia kata dia geng runner bengkel yg tolong 1st accident sebelum kena langgaq dgn o ...

Mungkin runner bengkel yang berkaitan rempit.depa ada port bengkel sendiri,bukan guna pomen biasa2.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.062746 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list