CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 606|Reply: 1

Hidangan Serendah RM3.50, UMT Jamin Bukan Inisiatif ‘Bermusim’

[Copy link]
Post time 17-7-2022 10:08 PM | Show all posts |Read mode
Hampir 10,000 pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terutama golongan kurang mampu (B40) dibantu melalui Menu Keluarga UMT bagi berdepan isu kenaikan kos sara hidup.


Menurut Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Mazlan Abd Ghaffar, Menu Keluarga UMT menawarkan hidangan lengkap nutrisi pada harga RM3.50 di semua 24 pengusaha makanan di dalam kampus.




DR Mazlan Abd. Ghaffar (kiri) membantu mengagihkan Menu Keluarga UMT kepada pelajar di pusat pengajian itu di Kuala Nerus, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF




Beliau berkata, UMT memberi jaminan untuk meneruskan inisiatif berkenaan dan tidak bersifat ‘bermusim’ sekali gus menaikkan indeks keharmonian dalam kalangan warga universiti.


“Penyediaan menu adalah berbeza mengikut pilihan pengusaha, tetapi, menu asas adalah nasi, ayam dan sayur selain harga maksimum ditetapkan pada kadar RM3.50.


“Terdapat kira-kira 4,000 pelajar di dalam kampus dan 6,000 yang menyewa di luar. Jadi, kita harap tiada seorang pun yang tertekan dengan masalah kewangan dan boleh memberi fokus dalam kuliah.


“Bukan sahaja pelajar, Menu Keluarga UMT juga boleh dinikmati dan terbuka kepada semua warga universiti termasuk kakitangan,” katanya pada majlis ramah mesra bersama pelajar di sini, hari ini.


Salah seorang penuntut, Siti Nur Aisyah Abdullah, 21, berkata, dia berjaya menjimatkan perbelanjaannya sekali ganda sejak Menu Keluarga UMT diperkenalkan.


“Langkah ini sangat membantu pelajar terutama yang datang dari golongan B40. Jika sebelum ini RM20 ‘tak lari’ untuk belanja makan sehari.


“Melalui Menu Keluarga UMT, saya boleh beli beraneka hidangan pada harga lebih murah setiap hari namun tetap menyihatkan badan,” katanya.




Sumber: UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2022 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah. Hebat usaha2 macam ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 04:02 AM GMT+8 , Processed in 1.411542 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list