CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3345|Reply: 28

"Jangan Hilangkan Rasa Hormat Saya Pada Abang,"-Shahrol Shiro Hentam Afdlin Shuki Sebab Pertahan Kelab Komedi Hina Agama

[Copy link]
Post time 13-7-2022 11:42 AM | Show all posts |Read mode
Kontroversi wanita menghina agama Islam ketika membuat persembahan stand-up di Crackhouse Comedy Club semakin panas apabila pelawak Shahrol Shiro membidas kenyataan Datuk Afdlin Shauki yang tidak bersetuju pihak berkuasa menutup sementara kelab komedi berkenaan.


Shahrol atau Shahrol Azizie Azmi dalam kenyataan di Instagram tetap bertegas dengan pendiriannya yang bersetuju kelab tersebut ditutup apatah lagi pelbagai video mengenai persembahan komedi berdiri di lokasi itu yang tersebar dan menyinggung perasaan orang ramai.


Foto: IG




"Seperti dijangka banyak video tersebar mengenai persembahan stand up kelab tersebut yang membuatkan ramai tersinggung. Pendapat saya kekal konsisten kelab tersebut eloklah ditutup sementara takut ia mendatangkan mudarat lebih besar," katanya.


Malah dalam hantaran berbeza, Sharol turut memuat naik beberapa gambar dipercayai suasana dalam kelab berkenaan yang memperlihatkan di meja pelanggan dihidangkan minuman keras.


Shahrol turut mempersoalkan hukum menari rezeki dalam Islam yang menghidangkan minuman itu kepada penonton.




  



"Hurailah hujah panjang berjela sekalipun atas asbab jasa sebuah kelab yang menjadi penggiat komedi stand up mencari rezeki, tetapi terdetik di hati saya seorang insan yang tidak pandai agama itu, apakah hukumnya mencari rezeki menghiburkan jiwa para penonton yang sedang khayal meneguk minuman keras.


"Daripada pengetahuan saya, menjadi bouncer menjaga pintu luar kelab malam yang menyediakan minuman keras pun haram, inikan pula berada di dalamnya," tulisnya.




  



Sementara itu, Shahrol turut membidas kenyataan terbaharu Afdlin yang menyamakan lawak yang diselitkan dalam ceramah agama dengan persembahan komedi berdiri.


Shahrol berkata, tindakan penceramah memasukkan elemen komedi adalah bagi menarik perhatian pendengar agar lebih menarik dan tidak sepatutnya disamakan dengan isu yang sedang berlaku.




  



"Mereka selitkan sedikit lawak supaya yang mendengar tidak bosan dan mengantuk. Dengan lawak juga mereka dapat merasakan Islam ini mudah dan mampu menarik golongan muda terutamanya dekat dengan Islam," terangnya.


Tidak hanya itu, Shahrol turut mempersoalkan tindakan Afdlin yang bersungguh-sungguh mempertahan kelab komedi itu.


"Saya akan terus bersuara jika abang terus membela sebuah kemungkaran dan tolong jangan hilangkan rasa hormat saya pada abang yang senior dalam industri," jelasnya.




  



Shahrol turut menjelaskan kelantangannya bukan bertujuan untuk memenuhi agenda politik dan tidak wajar saling menuding jari kepada mana-mana pihak dan meminta kes itu disiasat oleh pihak berkuasa.


"Kita ketepikan dulu ideologi politik sebab isu pokoknya hari ini adalah sebuah kelab yang menjadi tempat berkumpulnya para penggiat komedi stand up yang dilihat meraikan kandungan sensitif terutamanya isu agama," katanya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2022 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Afdlin.. biasaklaa.. liberal...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 12:00 PM | Show all posts
Bagus Shahrol, kasi hantam lagi sampai cukup!
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 12:23 PM | Show all posts
Buritan replied at 13-7-2022 11:58 AM
Afdlin.. biasaklaa.. liberal...

Dah pemikiran dorang camni.. kannnn
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul lah tu, salah individu kelab pulak yang nak ditutup.Apa benda lahhh
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 01:12 PM | Show all posts
Bercanggah pendapat tu biasalah..
Kelab kesayangan Datuk AS tu tutup sementara, lepas siasatan meriah semula laa nanti..

Dalam keadaan skrg, pelawak yg guna kelab tu boleh melawak dengan kawan-kawan dan ahli keluarga terdekat dulu sementara tunggu kelab beroperasi semula.. bawa bersabar & bawa bertenang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2022 01:24 PM | Show all posts
mlm td baru nak hadam cerita.. pg td baru beria hadam lebih sambil tgk ig shahrol shiro.. aku sokong apa yg dia ckp.. bkn la suruh tutup terus.. tutup sementara kes dijalankan.. apa da afdlin ni pun

muslim muslimat yg ada dlm kelab semasa minah tu melawak sampah, takde yg bangkang suruh rentikan ke? ke lg suka gelak dekah2?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 02:30 PM | Show all posts
Ntahahpahapantah si Afdlin ni.. nak up citer sensasi sambil up balik diri yg makin sendu tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2022 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Afdlin azharsuleman orked harithiskander next sapaa
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
auntyonion replied at 13-7-2022 02:33 PM
Afdlin azharsuleman orked harithiskander next sapaa

Solsolsol
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 03:28 PM | Show all posts
tutup je la sementara...
nak tutup sepenuhnya tu memang tak adil la untuk semua orang... orang lain buat taik tempat tu plak kena tutup lepastu minah tu plak boleh sambung telanjang dekat disco atau gerai acik tepi jalan... lepastu gerai acik tepi jalan cukup2 makan kais pagi makan pagi yang kena katup pulak...

management tempat tu pun gagal sebenarnya... patutnya sebelum biarkan peserta buat lawak ke apa perlu la bagi peraturan lawak2 yang tak boleh di main2 kan dan yang sensitif...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 04:05 PM | Show all posts
auntyonion: Afdlin azharsuleman orked harithiskander next sapaa

seripah amani...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 05:10 PM | Show all posts
Restoran banyak tikus, tak baik tutup restoran, tikus yg salah, kenapa restoran yg kena tutup...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Takda lesen hiburan rupa2nya
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang sial siapa yg melawak pasal bangsa &agama
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Shahrol ni tak setuju dengan Afdlin silakanlah tapi dah kenapa nak paksa2 pulak Afdlin ikut pendapat dia? Benci betul manusia macam ni. Tak nak respek sudah, who cares? Ingat besar sangat respek kau tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2022 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg la patut tutup. Yg owner pun takde common sense? Benda tak boleh buat. Still proceed kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Tutup sementara jer
Kot tutup terus bolehlah hebohhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Tutup saja. Kalau tengok drpd clip perempuan yg tanggalkan tudung dan baju luar yg dia pakai tu, masa dia tanggalkan tudung dan baju lepas bagi tau dia hafal 15 juz al-Quran semua orang bersorak kotttt.. Tak ada yg pergi stopkan perempuan tu… iy is more like a bar concept dgn serve alcohol bagai. Kalau betul nak cari comedian talents, buat je weekly event kat one of the hall dlm Universiti. Lagi ilmiah…
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 08:32 AM | Show all posts
Now makin parah dengan owner club pon selalu buat jokes usik agama & bangsa. Lagi parah takde lesen hiburan! Apoooo sengkek sangat ke nak berhibur tapi pakai lesen restoran & arak, lesen hiburan yilek. No wonder few clubs kat KL ni kadang berbulu dengan club2 yg sukati langgar rules. Tu yg banyak bergaduh.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.095964 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list