|
|
Penyanyi dan bekas peserta program Akademi Fantasia (AF) musim pertama, Rosma memaklumkan dua anak perempuannya, Nur Amani Damia dan Nur Alya Dhania mengalami masalah cirit-birit yang teruk sejak beberapa hari lalu.
Perkara tersebut dikongsikan isteri kepada penyanyi Khai itu menerusi Instagram.
“Hari itu adik sakit perut cirit-birit. Tapi Alhamdulillah, adik sudah baik. Tiba-tiba hari ini kakak Mia (Nur Amani) pula kena cirit-birit sembilan kali. Selain itu muntah-muntah empat kali, tak boleh makan langsung hari ini.
“Terus bawa pergi kecemasan dan dimasukkan ke hospital. Doakan kakak Mia cepat sembuh,” katanya.
 IG Khai & Rosma
Menjengah di ruangan komen, majoriti mendoakan semoga anak-anak pasangan penyanyi itu berada dalam keadaan sihat walafiat.
Untuk info, Rosma dan Khai berkahwin pada 2008. Hasil perkongsian mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Sumber: Utusan |
|