|
Nama pelakon Aishah Ilias tiba-tiba menghilang dari radar industri selepas menjadi bualan hangat ketika drama bersiri lakonannya berjudul Cinta Ibadah ditayangkan sekitar 2014.
Aishah atau Siti Aishah Ilias, 35, mengakui perkara itu berpunca daripada beberapa perkara yang sukar dijelaskan secara terbuka.
Kredit foto: IG Aishah
"Ya masa itu saya hilang. Sebenarnya ada sebab ia berlaku, tetapi saya tidak boleh untuk mendedahkannya kerana ia melibatkan soal keluarga.
"Disebabkan itu saya pilih untuk 'rehat' sekejap dan apabila semuanya sudah selesai, sekarang saya kembali semula berlakon," katanya kepada mStar.
Mengakui namanya kurang popular berbanding rakan-rakan seangkatan seperti gandingannya dalam Cinta Ibadah iaitu Fattah Amin, namun Aishah tidak menganggap perkara itu sebagai satu tekanan.
Sebaliknya kata Aishah, sepanjang 'berehat', dia sebenarnya masih bergiat aktif, namun lebih memilih projek yang ditawarkan kepadanya.
Kredit foto: IG Aishah
"Saya memang ada, bukan senyap. Tawaran berlakon yang kadangkala kurang menarik membuatkan saya perlu teliti. Maklum saja cerita Melayu balik-balik 'Megah Holding'.
"Tawaran cerita begitu ada dan memang saya terima, namun tidak kena dengan minat. Walaupun nama saya kurang popular, tetapi sebilangan watak kurang sesuai dengan saya seperti watak kampung.
"ernah sebelum ini saya membawa watak seperti itu, tetapi tidak menjadi kerana kurang bersuaian dengan wajah," jelasnya.
Aishah juga tidak melihat sikapnya yang memilih itu akan menjejaskan kedudukan sebagai pelakon berpengalaman.
Kredit foto: IG Aishah
"ersaingan dengan artis baru itu memang ada. Itu rezeki masing-masing kerana sebagai contoh Che Ta (Rozita Che Wan) turut memulakan kerjaya lakonan agak lambat, tetapi meletup sehingga sekarang.
"Jadi sekarang ini saya sudah bersedia untuk membuat kemunculan semula," ujar Aishah.
Mengulas mengenai perkembangan terbaharunya, Aishah kini muncul menerusi filem berjudul Musyrik - Api Neraka Menantimu yang bergandingan dengan Aeril Zafrel, Ashraf Muslim, Ruhainies, Qaseh Shuhada, Arwan Umar dan Neera Azizi.
Sumber: mStar |
|