
Pramugari syarikat penerbangan antarabangsa, American Airlines, Bette Nash diiktiraf sebagai pramugari paling lama berkhidmat di dunia oleh Guinness World Records.
Berusia 86 tahun, Nash yang berasal dari Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat itu memulakan karier di awan biru pada 1957 ketiak baru berusia 21 tahun.
Kini, dia sudah berkhidmat sebagai pramugari selama 65 tahun.

Portal ndependant melaporkan, sebagai pramugari senior, dia diberikan kelonggaran untuk memilih penerbangannya di mana lebih separuh daripada tempoh perkhidmatannya dia melalukan penerbangan ulang alik New York-Washington-Boston.
Sepanjang berkhidmat sebagai pramugari, dia berkesempatan untuk melayani penumpang seperti Jackie Kennedy, isteri bekas Presiden Amerika, John F Kennedy.
"Ramai juruterbang yang datang dan pergi. Ada juga yang dah pencen tetapi saya tetap di sini," katanya.
Dia enggan terburu-buru menamatkan perkhidmatannya. Tambahan pula, kesihatannya masih baik untuk bekerja sebagai krew kabin serta melayani penumpang kapal terbang. -CARI
|