View: 115468|Reply: 1691
|
[Tempatan]
Duda maut jatuh bangunan selepas berkhalwat dengan isteri orang
[Copy link]
|
|
Duda maut jatuh bangunan selepas berkhalwat dengan isteri orang
JASIN: Gara-gara ingin melarikan diri selepas dicekup berkhalwat bersama isteri orang, seorang lelaki ditemukan maut terjatuh dari tingkat empat sebuah pangsapuri di Bemban di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.47 pagi tadi, mangsa yang berusia 46 tahun itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Mispani Hamdan berkata, saksi iaitu kekasih kepada si mati berusia 37 tahun mendakwa, lelaki itu datang ke rumahnya pukul 12 tengah malam semalam selepas suaminya keluar dan bermalam di situ bersama tiga anak wanita berkenaan.
Katanya, pada pukul 10.30 pagi tadi semasa pasangan itu berada di ruang tamu, tiba-tiba suami saksi pulang ke rumah lantas menyedari kehadiran si mati.
“Suami saksi mengunci pintu gril hadapan rumah menyebabkan pasangan itu terperangkap dan dia menghubungi pihak polis.
“Saksi meminta si mati berunding dengan suaminya, namun, lelaki itu nekad melarikan diri dengan mengikat seutas dawai ampaian di besi palang pada bahagian koridor untuk berpaut turun,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Mispani berkata, saksi yang berada di ruang tamu hanya melihat si mati dari jauh sebelum terdengar bunyi dentuman di luar koridor.
“Saksi melihat ke bawah dan mendapati lelaki tersebut telah tertiarap di atas tanah dan tidak bergerak.
“Pemeriksaan fizikal ke atas mayat si mati mendapati terdapat kesan tanah dan darah di bahagian muka dipercayai dia jatuh dalam keadaan terhempap, lengan kiri mangsa juga patah,” katanya.
Ujarnya lagi, saksi memberitahu mereka berkenalan pada 2005, namun, berpisah dan masing-masing mendirikan rumah tangga.
Tambahnya, pada 2017, si mati bercerai dengan isterinya, lalu mencari semula saksi untuk menjalinkan semula hubungan walaupun mengetahui saksi telah berkahwin.
“Hubungan si mati dengan saksi adalah secara sembunyi tanpa pengetahuan suami saksi.
“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. –UTUSAN ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by meteorspeed at 27-6-2022 09:56 AM
Delete......... |
|
|
|
|
|
|
|
Birahnya sis. Bf mati katak. Entah2 lepas ni kena cerai. Kesian kat anak2 dan suami.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku tergelak sikit baca berita ni kemain detail lagi kisah skandal diorang. Adoiii... Cash tanpa diskaun langsung. |
|
|
|
|
|
|
|
renko replied at 26-6-2022 10:49 PM
Fuhhhh cash and carry ke
Urut dada tmb kelantan.... |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Selayaknya. Mudah2an end up di nuraka. |
|
|
|
|
|
|
|
emm klu xmelaka kelantang/ tenganu
mmg bangsa makan udang cincang kuat skes ke ? |
|
|
|
|
|
|
|
konfem jiran2 yang bagitau suami dia
agak2 la bawak selingkuhan ke rumah flat, dah tentulah ramai acik bawang yang ramai memerhati |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa x hadap mcm lelaki
Berani buat berani tanggung
|
|
|
|
|
|
|
|
Pemberita mana buat citer ni? |
|
|
|
|
|
|
|
tak check kesan koyakan ka? baru ka lama.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nasib jasin. Mb kelantan boleh tarik nafas sekejap |
|
|
|
|
|
|
|
Detail betul cerita nih cara ayat wartawan dh mcm baca kat status fb plak.
Kenapa la dia pi terjun byk sgt tgk pilem la nih, dah kantoi takut plak nk berdepan.
Kalau betul lelaki sejati ko mesti awal2 lepas bercerai dulu pi jumpa suami kekasih ko dan bitau ko nak bini orang tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum ni yg viral kes2 isteri orang mencurang banyak kejadian kat melaka jugak kan |
|
|
|
|
|
|
|
Dengan seutas dawai ampaian?
Betul-betul terdesak ni. |
|
|
|
|
|
|
|
shalalat replied at 26-6-2022 11:25 PM
Nasib jasin. Mb kelantan boleh tarik nafas sekejap
Ummah serambi jenayah ramai bertebaran di negeri2 lain seantero msia sebab kegagalan kerajaan lobai tarik pelabur untuk sediakan peluang pekerjaan kepada rakyatnya
#justsayin' |
|
|
|
|
|
|
| |
|