CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5667|Reply: 64

"Pasti Tuannya Tak Sangka Itu Hari Terakhir Dia,"- Kereta Mangsa Nahas Mh370 Terbiar Di Airport Buat Ramai Sebak

[Copy link]
Post time 19-5-2022 04:14 PM | Show all posts |Read mode
Satu Malaysia gempar dengan kehilangan pesawat MH370 pda 2014.


Sudah lapan tahun berlalu, misteri kehilangan pesawat itu masih lagi belum terjawab sampai sekarang.


Baru-baru ini, seorang individu berkongsi keadaan sebuah kereta yang dipercayai milik kepada mangsa nahas MH370 yang terbiar di lapangan terbang ini.


Keadaan kereta itu yang terbiar dan dipenuhi dengan habuk itu turut membuatkan ramai sebak melihatnya.










Disebabkan terlalu lama diparkir, kereta tersebut dipasang clamp.


Dalam rakaman itu juga dikongsikan road tax yang ditampal pada kereta itu yang menunjukkan tarikh luput pada tahun 2015.


Ramai sebak melihat kereta itu tidak dituntut.







Ada yang mencadangkan supaya kereta-kereta milik mangsa nahas MH370 dan juga MH17 diletakkan di muzium sebagai kenangan.


Malah ada yang memberitahu pernah menemui beberapa kenderaan yang terbiar di lapangan terbang dipercayai milik mangsa-mangsa terlibat.


Antara komen:


“Patutnya disimpan oleh muzium negara. Title penantian yang tiada penghujung. Orang akan ingat sampai bila-bila.”


“Haritu ada baca satu cerita, katanya sengaja waris tak nak ambil kereta tu sebab masih mengharap mangsa tu akan pulang.”


“Pasti tuan kereta tu pun tak sangka itu lah hari terakhir dia parking kereta kat situ…”


“Saya pun pernah tengok banyak kereta dekat parking klia…” -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2022 04:17 PM | Show all posts
Dah sampai masa untuk alih kereta2 tu ditempat lain.  Kekosongannya nanti boleh memudahkan mereka yang lain hendak pakir disitu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 04:19 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 19-5-2022 04:17 PM
Dah sampai masa untuk alih kereta2 tu ditempat lain.  Kekosongannya nanti boleh memudahkan mereka ya ...

betul...kembalikan kepada waris2...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 04:19 PM | Show all posts
tp susah juga nk tunda kete2 ni...nak hidupkan enjin pun susah
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 04:20 PM | Show all posts
kalau ada waris tuntut kena bayar denda ke? sebab lama parking kat situ atau ada tolak ansur, boleh bawa keluar tanpa bayaran?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 04:21 PM | Show all posts
mejaputih replied at 19-5-2022 04:19 PM
tp susah juga nk tunda kete2 ni...nak hidupkan enjin pun susah

Pihak kereta tunda mahir je uruskan kereta2 macam tu nak hidupkan enjin dah mustahil buat masa ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2022 04:23 PM | Show all posts
betapa fragile nya kehidupan ini...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 04:24 PM | Show all posts
dh 8thn msh dok tmp yg sama..sapa pun tak amik peduli
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2022 04:28 PM | Show all posts
tau kt repo nie mau kenduri....10% masyuk

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 04:28 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 19-5-2022 04:21 PM
Pihak kereta tunda mahir je uruskan kereta2 macam tu nak hidupkan enjin dah mustahil buat masa ni. ...

sbb kat parking ofis iols pun pihak mgmt dah pening kes2 kete idle lama takde org tuntut ni..sbb trak2 tunda takleh masuk sbb ketinggian syiling parking.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 04:31 PM | Show all posts
sedara, kalau ya pon nak buat content sila pastikan tarikh tu tepat. mh370 kan terhempas bulan mac, roadtax tu mati jun 2015. selain kereta jabatan gov & pejabat negeri, ko igt marhean boleh ke dpt roadtax lebih 1 thn
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
laahai waris pun smpai bertahun2 dibior je kete tu. kot la mengharap org kembali pun, tunda la kereta tu dulu bwk blk.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 19-5-2022 04:31 PM
sedara, kalau ya pon nak buat content sila pastikan tarikh tu tepat. mh370 kan terhempas bulan mac,  ...

Akak x faham yg ni...maksudnya apa...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 04:35 PM | Show all posts
insyallah tuannya balik dan setelkan urusan dgn airport..dengan izin-Nya..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 04:44 PM | Show all posts
Salam takziah kepada keluarga mangsa, semoga dipermudahkan segala urusan
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Maksudnya kereta ni bukan mangsa mh370 punya. Tapi kemungkinan mh17 or apa2 la.
Roadtax dia mati june 2015, so dia hanya boleh renew april 2014.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2022 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by scorpionkiki at 19-5-2022 04:49 PM
Nnoor2 replied at 19-5-2022 04:35 PM
Akak x faham yg ni...maksudnya apa...


I tlg jawapkan ya...tragedi tu jd 8 march 2014. Jadi, owner kereta yg terlibat waktu tu patutnya the latest road tax expired 7march 2015. Sbb road tax dan insurance kan 1 year. Yg ni Bulan 6 2015. Means owner kereta tu still lagi guna kereta tu ssmpai 19 Jun 2014. Bermakna whoever yg drive kereta tu tak terlibat dgn MH370.

Eh...faham tak? I pun bukannya pandai mengarang
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
atai replied at 19-5-2022 04:35 PM
insyallah tuannya balik dan setelkan urusan dgn airport..dengan izin-Nya..

Lamanya tak nampak bang atai. Dulu selalu melepak bod arsenal. Rindu pulak zaman kegemilangan bod bola. Sori off topic
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 19-5-2022 04:28 PM
sbb kat parking ofis iols pun pihak mgmt dah pening kes2 kete idle lama takde org tuntut ni..sbb t ...

Syiling ke siling sis?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 04:52 PM | Show all posts
Nnoor2 replied at 19-5-2022 04:35 PM
Akak x faham yg ni...maksudnya apa...

paling awal renew roadtax 60 hari sebelum tamat tempoh. ikut video tu roadtax mati 16 jun 2015. dlm situasi mcm ni paling awai owner boleh renew pon pada on 17 april 2021 sedangkan MH370 tu hilang dari radar circa awal march. mangsa balik malaysia dulu renew roadtax dan sambung menghilang ke mcm mana. melainkan kalau kereta ni kereta jabatan kerajaan / negeri yaa roadtax diorg expired 3thn ke 5thn mcm tu. insuran nan hado

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.434671 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list