View: 2148|Reply: 29
|
Remaja Bawah Umur Pandu Kereta Bapa, Rempuh Dua Pemotong Rumput Sampai Mati
[Copy link]
|
|
Sungai Petani: Seorang remaja lelaki 17 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas dua pertuduhan memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) secara berbahaya hingga menyebabkan kematian dua pemotong rumput 7 Mei lalu.
Tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Noor Fazlina Musa.
Mengikut pertuduhan pertama, remaja terbabit didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian pekerja pemotong rumput, Siouca Chakma, 21, warga Myanmar pada 11.10 pagi di Jalan Pintasan Semeling, 7 Mei lalu.
 Foto: Harian Metro
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memandu secara bahaya sehingga menyebabkan kematian seorang lagi pekerja pemotong rumput warga Myanmar, Akter Kamal Hosen, 33, pada tarikh, waktu dan tempat yang sama.
Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun serta maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Preeyaa manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Norfarahazlinda Zahari.
Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM2,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan mahkamah kemudian menetapkan 27 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat dan juga laporan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).
Terdahulu, tertuduh yang berpakaian sekolah tiba di Kompleks Mahkamah Sungai Petani sambil ditemani ahli keluarga kira-kira 9 pagi.
Dalam kejadian pada 7 Mei lalu, remaja bawah umur memandu MPV milik bapanya sebelum merempuh dua pemotong rumput di Jalan Pintasan Semeling di sini.
Berikutan itu, mangsa pertama, Siouca Chakma meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala, manakala rakan sekerjanya Akter Kamal Hosen meninggal dunia Selasa ketika dirawat di hospital. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pertuduhan atas kecuaian memandu je... 2 pemotong rumput tu mati katak
Akta JPJ kena kaji balik |
|
|
|
|
|
|
|
Pelajar berusia 17 tahun didakwa sebabkan kematian dua pemotong rumput. Memakai uniform sekolah ke mahkamah
Pelajar didakwa sebabkan kematian dua pemotong rumput
https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... ua-pemotong-rumput/
Oleh OTHMAN YAHAYA
19 Mei 2022, 1:43 pm

Remaja lelaki dituduh memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian dua lelaki Myanmar pada 7 Mei lalu.
SUNGAI PETANI – Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan memandu dalam keadaan berbahaya sehingga menyebabkan kematian dua pemotong rumput pada 7 Mei lalu.
Tertuduh yang memakai uniform sekolah dan diiringi ahli keluarga membuat pengakuan itu pada prosiding yang dijalankan secara tertutup di hadapan Majistret, Noor Fazlina Musa.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam keadaan berbahaya sehingga menyebabkan kematian dua lelaki Myanmar iaitu Siouca Chakma, 21, dan Akter Kamal Hosen, 33.
Kejadian berlaku di Jalan Pintasan Semeling dalam daerah Kuala Muda kira-kira pukul 11.10 pagi, 7 Mei lalu.
Pendakwaan ke atas pelajar itu dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian tgh motong rumput tau2 dah dalam kubur. |
|
|
|
|
|
|
|
fuh belum ada lesen dah ada rekod polis..harap dipermudah dia dapat lesen memandu lepas ni |
|
|
|
|
|
|
|
dia sekadar 'membantu mengurangkan' PENDATANG HARAM...apatah lg 'spesis yg ni'...yg cuba menjadikan negara ini 'negara ganti' mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Muda lagi mak, ayah dia jika tengok gambar tu |
|
|
|
|
|
|
|
bapak pon bodo...anak bunuh org mengaku x salah...mesti ikut ckp loyer..
kalo lh anak dia tu yg mam xcdent bwk kete tu...mesti nk salahkan geng myanmar tu plak.... |
|
|
|
|
|
|
|
musangbodoh replied at 19-5-2022 03:06 PM
bapak pon bodo...anak bunuh org mengaku x salah...mesti ikut ckp loyer..
kalo lh anak dia tu yg mam ...
147 msk..- 2...lg 145...T20..'belanja mkn' kt depot sinun... |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 19-5-2022 02:50 PM
dia sekadar 'membantu mengurangkan' PENDATANG HARAM...apatah lg 'spesis yg ni'...yg cuba menjadikan ...
Sis....sedih i baca your komen. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak ada lesen memandu payah ler sikit |
|
|
|
|
|
|
|
yes, setuju..
dah cukup matang dah anak dia umur 17 tahun tu... mmg boleh dikenakan tindakan hukuman sewajarnya.. nilai nyawa orang kot..pasai apa p gatal sangat nk drive kereta.. mesti sebelum2 ni pun mmg dia meminta minta dgn mak pak dia nk bawak kete, yg penting mak pak dia tu la dlm didik anak dia utk x bawak kete ke apa..
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa natijahnya dia mengaku xsalah?
Boleh dpt pengurangan hukuman ke
Awk dah sah2 xda lesen |
|
|
|
|
|
|
|
mengaku tidak bersalah tu..boleh la dia...'lwn tetep lwn'@dibicarakan di mahkamah. |
|
|
|
|
|
|
|
scorpionkiki replied at 19-5-2022 03:47 PM
Sis....sedih i baca your komen.
'sad but true'...aritu netizen forumer menyumpah seranah bila yg 147 tu mai. |
|
|
|
|
|
|
|
mak bapak dia bila pulak nak kena dakwa? |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 19-5-2022 04:04 PM
'sad but true'...aritu netizen forumer menyumpah seranah bila yg 147 tu mai.
Ya...i pun tak suka pd pendatang yg bawak kerosakan pd sosioeconomic kita tp bila kita worded the sentence mcm tu terasa betapa sombongnya kita. Apa bumi ini milik kita saja, sedangkan kita aja patut bersyukur Allah lahirkan kita disini. 2 org tu bekerja utk menyara diri dan keluarga, jauh dari yg tersayang then terbunuh kerana budak yg tidak cukup diajar ini.
Maaf sis, i sbnarnya bukan marah or tuju this pd you pun tp sekadar melepaskan apa yg terbuku kerana kesal apa yg terjadi |
|
|
|
|
|
|
|
setuju dgn apa yg dikatakan
|
|
|
|
|
|
|
|
scorpionkiki replied at 19-5-2022 04:10 PM
Ya...i pun tak suka pd pendatang yg bawak kerosakan pd sosioeconomic kita tp bila kita worded the ...
teringt gang bebudak raya sedondon..marah tuan rumah...'bila masa dia pulak yang kena'. |
|
|
|
|
|
|
| |
|