View: 2787|Reply: 25
|
"Sedapnya Jagung Ni, Manis Macam Awak,"- Suka Meraba Sana Sini, Pelajar Dakwa Subjek Gagal Sebab Tolak Ajakan Ustaz Gatal
[Copy link]
|
|
Pengalaman pahit menimpa seorang gadis apabila mendakwa pernah menjadi mangsa gangguan seksual seorang lelaki yang merupakan seorang pensyarah.
Kisah hitamnya berlaku semasa dia sedang mengikuti pengajian diploma di sebuah institusi yang enggan dinyatakan nama dan lokasinya.
Menurut Nor Batrisyia Izzatie, 22, dia bukanlah mangsa pertama yang terpaksa berdepan dengan situasi 'dikacau' oleh pensyarah yang dipanggil ustaz kerana mengajar subjek agama ini, sebaliknya ada rakan lain turut berdepan nasib sama.
"Kejadian ni jadi dekat saya masa semester empat. Saya kena ganggu dengan ustaz yang memang mengajar satu subjek saya ambil untuk semester tu.
"Sebenarnya ramai lagi 'mangsa' dia sebelum saya kena tapi saya baru tahu. Apa yang saya pernah kena, dia sentuh secara fizikal dan banyak lagi sebelum ni. Cara dia pandang saya pun lain padahal dekat kolej ni pelajar-pelajar boleh dikatakan semua kena pakai baju kurung dan jubah saja.
"Selain tu, dia selalu hantar teks dan call saya tak kena masa. Dia bahasakan dirinya abang dan panggil saya dengan panggilan 'sayang' beberapa kali. Kadang-kadang dia telefon saya tanya dekat mana, buat apa dan dah makan ke belum. Ada juga dia tanya tengah shooting ke tu sebab saya ada buat part time berlakon," dakwanya yang senang disapa Trisya.
Bercerita lanjut kepada mStar, Trisya memberitahu bahawa pensyarah yang dikatakan 'menggatal' dengannya ini sudah berumahtangga.
Dia yang mengambil jurusan Pengajian Perniagaan mendakwa keadaan menjadi lebih parah apabila lelaki berkenaan pernah memegang tangannya dengan alasan tidak munasabah.
Kisah dan pengalamannya menjadi mangsa gangguan seksual ini terbongkar semasa dia dan rakan-rakan kolej sedang berniaga bagi melaksanakan tugasan salah satu subjek diambil pada ketika itu.
"Kami kena berniaga jagung rebus manis untuk salah satu subjek yang saya ambil. Saya pula ditugaskan untuk COD (Cash On Delivery) dekat pensyarah. Bila saya dapat tahu ustaz ni ada buat tempahan, saya mengomel dalam hati sebab malas nak hadap muka dia.
"Hari saya hantar makanan tu saya elok berpakaian baju kurung. Bila sampai bilik dekat pejabat ustaz tu saya bagi salam dan terus beritahu nak hantar jagung dia order. Kemudian dia makan dan cakap dekat saya 'sedap dan manis jagung ni macam awak'. Saya dah mula tak selesa bila dapat respons macam tu.
"Tiba-tiba dia suruh saya tutup pintu bilik tapi saya persoalkan kenapa perlu tutup sebab tak ada orang lain selain kami berdua. Dia cakap ada perkara belum selesai. Saya ingatkan dia nak saya selesaikan mengenai hafazan sebab memang saya belum habiskan lagi hafazan. Saya duduk dekat kerusi tu sambil peluk dulang yang saya bawa jagung tadi," ujar Trisya yang mengaku ketakutan berdepan situasi itu
Kata Trisya yang kini tinggal di Setapak, Kuala Lumpur, pensyarah berkenaan kemudian meminta dia menghulurkan tangan kepadanya tanpa sebarang sebab.
Setelah dituruti, tidak disangka-sangka dia memegang tangannya lantas membuatkan Trisya terkejut.
"Tiba-tiba ustaz pegang tangan dan cakap 'pucatnya kuku jari awak ni' dan bertanya soalan lucah. Saya terus tarik tangan dan cakap 'apa ustaz cakap ni!' dan terus beredar dari bilik dia.
"Lepas kejadian tu, tiba-tiba saya dapat surat dari pengurusan tertinggi kolej. Dekat surat tu minta saya nyatakan dan buktikan saya tak bersalah sebab tak masuk kelas ustaz berkenaan. Surat tu pun ada nyatakan saya akan gagal subjek tu kalau tak boleh kemukakan bukti.
"Saya terkejutlah bila baca sebab tak pernah ponteng suka hati kelas dia. Kalau tak masuk kelas pun saya bagi surat pengesahan saya sakit yang doktor bagi. Jadi dekat situ saya sedar dia sengaja nak gagalkan saya untuk subjek kelas dia mengajar tu," kata Trisya.
Demi membela nasib diri, Trisya membawa segala bukti kepada pihak pengurusan berkaitan segala gangguan yang dilakukan oleh lelaki tersebut.
Namun, segala usahanya hanya sia-sia apabila dia dikatakan cuba menjatuhkan kredibiliti dan maruah pensyarah dengan tindakannya itu.
Bertambah malang, jelas Trisya, dia telah digagalkan dan terpaksa mengulangi subjek itu bagi semester seterusnya.
"Saya terpaksa ambil lagi sekali subjek tu. Saya bersyukur sangat bila dapat belajar dengan ustaz lain. Ustaz tu ada puji yang hafazan saya lancar dan dia pelik kenapa saya gagal sebelum ni.
"Selain mama saya tak ada bagitahu orang lain pasal ni. Dia ada cakap nak datang kolej mengenai perkara ni tapi saya tak bagi. Cukuplah lepas saya buat report tu pun, semua lecturer pandang saya semacam.
"Lepas apa yang jadi ni, saya nak beritahu dekat semua wanita di luar sana, jangan takut dan mudah percaya sesiapa pun. Kadang-kadang, songkok pun boleh tutup tanduk. Sepatutnya pihak universiti titik beratkan soal gangguan seksual ni. Macam mana sekali pun pemakaian seseorang, ia tak menjadi tiket untuk seseorang itu dirogol atau dicabul," jelas Trisya penuh kesal dengan apa yang berlaku.
Trisya berkata dia tidak membuat sebarang laporan polis selepas kejadian kerana takut dan sedih selepas apa yang berlaku kepadanya yang mana aduan kepada pihak universiti dirasakan tidak mendapat pembelaan sewajarnya.
Tambahnya lagi, segala bukti dan tangkap layar mesej mengenai gangguan yang diterimanya kini telah hilang setelah telefon pintarnya rosak.
Berikutan video yang menjadi tular itu, Trisya menerima banyak komen menyatakan bahawa mereka menimpa nasib sama sepertinya hanya kerana tidak 'melayan' ustaz tersebut. -CARI
Sumber:mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Kepada semua pelajar perempuan yang pernah terkena perkara seperti di atas................tolonglah buat repot kepada Polis dan top management Kolej/Universiti.
Ramai musang berbulu ayam sekarang ni. Ostad lagilah tak bolih dipercayai.......semua macam sial je.
Pernah saya dengar Ostad pergi tengok wayang dengan pelajar perempuan, buat outdoor activities dengan pelajar-pelajar perempuan siap bermalam sekali atas alasan aktiviti akademik. Subjek agama je (1 credit hour) .........tapi aktiviti mengalahkan subjek teras. Ada Ostad tu kahwin dengan pelajar padahal dah ada bini. Happy Ostad dapat pucuk muda. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Xim at 18-5-2022 01:47 PM
Jom baca berita Sukan percuma kat sini:
|
|
|
|
|
|
|
|
Waah ostad.. Teroih tercabut songkok ye lupe bini.  |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ada juga dia tanya tengah shooting ke tu sebab saya ada buat part time berlakon," dakwanya yang senang disapa Trisya.
ok, boleh naik followers, naik followers, naik rating |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti adik.ni tentu kena tuduh mcm2 dr pompuan jugak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Hehe lobai isele  |
|
|
|
|
|
|
|
Comel2 mmg lah kena ganggu cuba lah kasi comot muka
100 perempuan comel diganggu haruslah berjemaah pukul pensyarah itu 100 lawan 1 apa x boleh ka |
|
|
|
|
|
|
|
What do u expect from a lobai sangap kepala atas berbalot kemas kapla bawah takbleh control. Penasehat agama dari oxford apa ka nama afufuck pon berdakwah dalam kelab malam katanya |
|
|
|
|
|
|
|
aku duk tgk muka budak ni je dari dengar dia bercakap..omey benar |
|
|
|
|
|
|
|
Budak ni mmg comey ka semua tu filter dan mekap?
Sejak isu sabrina, iols berwaspada.. |
|
|
|
|
|
|
|
ni kolej ke universiti.. kejap kolej, kejap universiti..
kolej mana? nampak macam kolej agama siap ada kelas hafazan la apa... kolej agama kerajaan negeri ni, setiap negeri ada kan... macam kuin ka, kuis la dan lelain |
|
|
|
|
|
|
|
...."Tambahnya lagi, segala bukti dan tangkap layar mesej mengenai gangguan yang diterimanya kini telah hilang setelah telefon pintarnya rosak...."
SEKIAN. |
|
|
|
|
|
|
|
nak salahkan laki2?
kalo ko yg tergedik....ape cer? dgr cite die pun dh mcm ade x kena....
btw dia boleh tahun cun juge |
|
|
|
|
|
|
|
Trisya berkata dia tidak membuat sebarang laporan polis selepas kejadian kerana takut dan sedih selepas apa yang berlaku kepadanya yang mana aduan kepada pihak universiti dirasakan tidak mendapat pembelaan sewajarnya.
Maap la ye aku bukan nak menangkan pemangsa tapi ko pun dik apekehe bijak sangat taknak bawak ke polis. Kata ada bukti pe suma. Pastu share kt tiktok.
Ni aku baru lepas tgk satu doku tajuk Phoenix Rising. Pasal Evan Rachel Wood jadi mangsa grooming Marilyn Manson. Padahal Evan tu dah report polis,FBI pun dah turun interview dia pasal kes tu,bukti suma complete,mangsa2 lain pun ada,saksi pun ada. Tapi sebab lambat sgt FBI bertindak pun (kalau korg rasa polis malaysia lembab ni FBI pun sama jah lembab) so si Evan ni amek keputusan ok dia nak reveal ngan MM tu penah abuse die. Skali tu nak tau ape jadi?si Evan ni kene saman ngan MM kekonon si Evan ni nipu dan cuba nak hapuskan reputasi die. Aku rasa die ni pun bakalan jugak kene saman ni nak plak bukti suma dah hilang |
|
|
|
|
|
|
|
Luas dan tinggi betul dahinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Artikel panjang2 penyudahnya tak report polis? Brengsek.
Takut dan sedih nak buat aduan, tapi tak takut pulak buat tik tok sampai viral. Double brengsek.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by green~tea at 18-5-2022 09:45 PM
filter kot eh? tp still comel lah...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|