View: 3535|Reply: 45
|
Kes Rasuah Bung Moktar, Zizie Izette Ditutup
[Copy link]
|
|
Pihak pendakwaan dalam kes rasuah Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, menutup kesnya semalam selepas memanggil 30 saksi.
Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Law Chin How memberitahu Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob demikian selepas Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Norsharil Saharom, 37, iaitu saksi pendakwaan ke-30 selesai memberi keterangan.
 Kredit foto: The Malaysian Insight
Rozina memerintahkan pihak pendakwaan dan pembelaan memfailkan hujahan bertulis pada atau sebelum 17 Jun ini.
Beliau juga menetapkan 24 Jun untuk kedua-dua pihak berhujah secara lisan, sebelum memutuskan sama ada pasangan suami isteri itu dibebaskan atau diperintahkan untuk membela diri, atas pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta bagi mendapatkan kelulusan untuk Felcra Berhad melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad.
Law turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa, lapan saksi pendakwaan ditawarkan kepada pihak pembelaan antaranya Pegawai Felcra Mariah Husain, Ahli Lembaga Pengarah Felcra Ismail Kasim, kerani Public Bank Cawangan Taman Melawati Nor Azreen Rosli dan Pegawai Forensik SPRM Badri Azni.
Namun, Kumaraendran berkata, pihaknya tidak memerlukan saksi-saksi yang ditawarkan pihak pendakwaan pada masa ini dan mahkamah memutuskan kesemua saksi yang ditawarkan tidak diperlukan kedua-dua peguam itu.
Perbicaraan kes itu bermula 2 Januari 2020 dan antara saksi pendakwaan yang dipanggil untuk memberi keterangan ialah bekas Pengurus Besar Pelaburan Felcra Adnan Yusof, Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Felcra Dr Habibah Suleiman serta dua ejen pelaburan Public Mutual Madhi Abdul Hamid dan Norhaili Ahmad Mokhtar.
 Kredit foto: The Malaysian Insight
Terdahulu, Norsharil dan dua lagi penolong penguasa SPRM iaitu Hazlina Rahmat, 41, dan Saiful Amir Hamzah, 33, memberitahu mahkamah bahawa dua ejen pelaburan, Madhi dan Norhaili tidak pernah diugut, dipaksa atau dijanjikan supaya memberi keterangan untuk mengenakan Bung Moktar dan isteri semasa rakaman percakapan mereka direkodkan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada 2016 dan 2018.
Hazlina iaitu saksi pendakwaan ke-28 berkata, Norhaili berada dalam keadaan sangat baik, sihat, peramah dan tidak pernah mengadu apa-apa kepadanya termasuk diugut, semasa rakaman percakapannya diambil pada 2016.
Menjawab soalan Law, saksi itu berkata, Norhaili dibenarkan makan, minum dan berehat sepanjang rakaman percakapannya diambil, selain beliau yang menemani saksi itu solat di surau.
Saiful Amir yang merupakan saksi pendakwaan ke-29 berkata, keadaan bilik rakaman percakapan Norhaili pada 2018 adalah selesa, yang mempunyai dua kerusi untuk saksi dan pegawai perakam selain menafikan saksi itu pernah diugut dan dipaksa untuk memberi keterangan.
"Bilik itu tiada tingkap tetapi bercermin kaca dan mempunyai satu pintu sahaja. Saya merekod keterangan Norhaili di bilik itu kerana mengikut arahan Ketua Pengarah SPRM pada ketika itu dan beliau faham setiap soalan yang ditanya," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Law.
Sementara itu, Norsharil pula memberitahu mahkamah bahawa hanya beliau seorang sahaja yang merakam percakapan Madhi di bilik tersebut, dan tiada ugutan atau paksaan supaya ejen pelaburan itu memberi jawapan mengikut kehendaknya.
Ditanya Mohd Sophian adakah Madhi berada dalam ketakutan dan gelisah semasa rakaman percakapan diambil, Norsharil menjawab: Tidak ada sama sekali malah saksi itu dibenarkan untuk solat serta keluar masuk dari bilik rakaman percakapan itu.
Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar, 64, didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500, sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Bung Moktar dituduh menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini, antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.
Bung Moktar juga didakwa menerima suapan wang tunai RM337,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette atas sebab dan di tempat sama pada 19 Jun 2015, manakala Zizie Izette, 44, berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa sama.
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sial punya kaya raya depa songlap. lepas tu control damage imej baik, lembut, sopan, adil & bahagia dengan madu, baik dengan maid.... sial betul penyamun macam ni... patutlah sanggup hadap orang tua macam tu... tunggu masa laki kiok je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Puak2 sebegini tunggu cash jah oleh tuhan, baru tau langit tinggi rendah! |
|
|
|
|
|
|
|
Huntonglahhhh...di dunia aman2 kaya raya nanti mati disanjung2 pulak. . pemimpin masyarakat katanya  |
|
|
|
|
|
|
|
Sakitnya hati..dunia ni sangat tak adil ya
Yang kaya bertambah kaya
Yang miskin terus susah
Dia bukan guna duit sendiri pun untuk invest
Duit rakyat. Patutnya komisyen dapat kat rakyat lah vodo. Pelahap sorang2 tunggu la perut mu Meletop buncit |
|
|
|
|
|
|
|
tau dh resultnye.............. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni kira referral fee kan.
Best giler dpt referral fee sbb bawa suami yg pegang pengerusi FELCRA BHD melabur....
giler lah conflict of interest.....
Mmg Felcra xder commitee sendiri utk cari peluang investment ke sampai nk melabur dlm Public Mutual pun nk kena referral? |
|
|
|
|
|
|
|
Satu lagi penerima rasuah terlepas begitu sahaja
Hanya di Malayzia |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ifanonline at 18-5-2022 10:37 AM
mcm negara2 negro dah kita ni...sebab tu kita lihat sekarang ni ramai scammer berleluasa, penipuan sana sini, brg2 tak berkualiti di jual, etc...sebab kerajaan dan penguatkuasaan melayu lemah...bangsa melayu mudah di sogok dan di beri secebis daging babi utk di makan... |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga cash lah utk semua yang terlibat dgn bung ni. Apa nak jadi malaysia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Hidup BN !!!!!!! janji melayu isele.... |
|
|
|
|
|
|
|
ditutup sbb dah panggil semua saksi kan?? so now hakim tetapkan date 24 jun utk tau result kes samada perlu bela diri or bebas.. so harap terciduk laa dorang ni. dah songlap juta2 aman2 je ke sana sini tanpa rasa bersalah |
|
|
|
|
|
|
|
cilaka betul...apa punya jenis undang2 la ni |
|
|
|
|
|
|
|
acik bod gosip suka puji deyols anak beranak
|
|
|
|
|
|
|
|
iols haritu dengar seorang 'warlord' umno gebang yg next ellection yg kertu2 x perlu sambung lg. nak kemuka muka2 baru mcm PRN .. kita tgkla mcmana ya...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ha ha ha... tu pasal lah orang cerdik ni kaya, orang bodoh kekal miskin sambil maki orang kaya 'bodoh' 
|
|
|
|
|
|
|
|
klu bn memerintah ape nak pelik... hadap je la kan, rasuah tu kan halal. pas lg la...terus jdi tikus mondok |
|
|
|
|
|
|
| |
|