|
Sumber Harian Metro
Pelakon veteran Rosnah Mat Aris, 67, menafikan tanggapan segelintir pihak yang mengatakan dia menggunakan khidmat bomoh untuk 'mengikat' suaminya, Tajul Effendie, 41, dan sebab itu jugalah perkahwinan mereka bertahan sehingga ke hari ini.
Dalam satu temubual bersama mStar, aktres itu berkata, rumah tangga mereka bertahan selama 14 tahun adalah kerana masing-masing berusaha melakukan yang terbaik sebagai suami isteri bagi menjaga keharmonian mahligai bahagia mereka.
"Sihir ni buat lelaki bodoh. Nak ke bawa suami bodoh, tunduk je berjalan. Come on lah. Saya tak main benda tu. Saya minta pada Allah biar dapat suami yang dapat jaga saya, sakit pening saya dan kalau mati pun biarlah atas paha dia.
"Walaupun suami saya muda tetapi dia ajar saya tiga perkara iaitu dalam perkahwinan perlu jujur, ikhlas dan amanah maka selamatlah rumah tangga. Jangan pernah ada rahsia antara suami isteri. Jangan sorok apa-apa," katanya.
Rosnah bersyukur kerana sepanjang perkahwinannya dengan Tajul atau lebih dikenali sebagai Blue, mereka sekali pun tidak pernah bergaduh besar. Dia menyifatkan suaminya adalah seorang lelaki yang berfikiran matang dan tahu peranannya sebagai suami.
"Alhamdulillah, 14 tahun kahwin kami bahagia. Tiada gaduh besar, kecil-kecil itu ada juga. Allah memang bagi hadiah untuk saya. Tak cari dan tak terfikir pun kahwin dengan dia. Tapi, karakter dia memang berbeza dengan anak muda lain. Matang dia tu tak kena dengan umur.
"Walapun dia muda tetapi dia yang manjakan saya. Dia cakap lembut. Saya yang kasar pun boleh jadi lembut. Dia ubah saya 360 darjah. Bayangkanlah dulu saya macam mana," katanya.
Tambah Rosnah lagi, suaminya bagaimanapun kurang gemar berada di bawah cahaya populariti. Dia tidak mahu masyarakat memandang seorang terhadapnya sekiranya mereka dilihat selalu bersama ke mana-mana.
"Dia tak suka popular. Dia tak nak orang tengok seolah-olah dia bawah tapak kaki saya. Dia cakap dia pun ada kerja. Dia tak nak menunjuk. Dia cakap, dia pilih saya sebab nak menjalani kehidupan normal macam orang lain," katanya. -CARI
|
|