View: 3495|Reply: 46
|
[Dunia]
Dihalau keluar Bali gara-gara berbogel di pokok keramat
[Copy link]
|
|
DENPASAR: Seorang selebriti media sosial warga Russia dan suaminya akan diusir dari Bali kerana melanggar budaya tempatan selepas berbogel ketika mahu mengambil gambar di atas sebatang pokok keramat.
Alina Fazleeva, yang mempunyai ribuan pengikut di Instagram, berbogel diatas sebatang pokok banyan berusia sekitar 700 tahun, berhampiran sebuah kuil di wilayah Tabanan.
Gambar terbabit, yang diambil oleh suaminya, Andrey Fazleev, kemudian dimuat naik di Instagram dan tular sehingga menimbulkan kemarahan penduduk Bali.
Gunung-ganang, pokok dan ciri semula jadi lain dianggap suci dalam budaya Hindu Bali, kerana dianggap sebagai rumah tuhan.
Menurut Ketua Imigresen Bali, Jamaruli Manihuruk, kedua-dua mereka dibuktikan melakukan aktiviti yang membahayakan ketenteraman awam dan tidak menghormati norma tempatan.
"Oleh itu, mereka akan dikenakan sekatan dengan diusir," katanya.
Pasangan suami isteri itu dilarang daripada memasuki Indonesia sekurang-kurangnya enam bukan, selain perlu mengambil bahagian dalam upacara pembersihan di kawasan suci mengikut kepercayaan tempatan.
Fazleeva menerusi akaun instagramnya memohon maaf dalam Bahasa Inggeris dan bahasa Indonesia serta mengakui beliau membuat kesilapan besar.
"Terdapat banyak tempat suci di Bali dan tidak semuanya mempunyai tanda maklumat mengenainya, seperti dalam kes saya, adalah sangat penting untuk menghormati tempat ini dan tradisi," katanya.
Gabenor Bali, Wayan Koster, berkata pentadbirannya tidak akan bertolak ansur dengan pelancong yang biadap.
Hampir 200 orang diusir dari pulau percutian itu tahun lalu, sesetengah mereka kerana melanggar protokol COVID-19.
Bulan lalu, pelakon Kanada dan ikon kesihatan, Jeffrey Craigen, menerima kecaman selepas videonya berbogel di Gunung Batur, gunung berapi yang dianggap suci oleh penduduk Bali, ketika melakukan 'haka' iaitu tarian perang puak Maori dari New Zealand, tular di media sosial.
Pihak berkuasa mahu mengusirnya dari Bali tetapi memandangkan dia belum menerima suntikan vaksinasi COVID-19, tiada syarikat penerbangan yang sanggup membawanya keluar. - AFP
https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2022/05/952649/bali-usir-pasangan-russia-bergambar-bogel-di-pokok-keramat
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
rasainnnn loh! kau ingat pokok tu hadap nak tengok bijikkk kauuu |
|
|
|
|
|
|
|
mana gambau nya nk gak tgk dia bergaya cemana ekekke |
|
|
|
|
|
|
|
ala takda gambar............................... |
|
|
|
|
|
|
|
Somi pun bangga eh bini vogel gitu..demi secebis content. Suker sgt vogel2 x paham sis nok! |
|
|
|
|
|
|
|
kitmal replied at 8-5-2022 12:50 AM
ala takda gambar...............................
Eem eem emmm.. biji tak sunat dgn tak basuh lps koncing pun ko hadap nak tgk.. sesungguhnya puasa tidak menghalang dr muslim ittew berbuat dosa.. koh koh koh.. fewiitt hari ni aku jd setazah... |
|
|
|
|
|
|
|
kitmal replied at 8-5-2022 12:50 AM
ala takda gambar...............................
Gambar di sini
https://www.dailymail.co.uk/news/article-10789763/amp/Russian-tourist-face-deportation-taking-nude-photos-scared-tree-Indonesian.html |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tgk gambaq sendiri
https://www.google.com/amp/s/www.dailymail.co.uk/news/article-10789763/amp/Russian-tourist-face-deportation-taking-nude-photos-scared-tree-Indonesian.html |
|
|
|
|
|
|
|
Oh! Ni mesti bersempena 'world naked gardening day' rasanya ni
Tiap tahun at 1st Saturday of May, ada la pics2 mcm ni dr plant parents yg aku follow kat IG
Selalu bahagian kemaluan tu bertutup dgn daun ke, bunga ke, bkn bolen terus
|
|
|
|
|
|
|
|
Knp la suka nk bogel2...kat tmpt org plak tu..tlg la phmi budaya tmpt lain dulu sblm btindak melulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa lah stok kokesen memang terpaling. Terpaling freedom of expression kekdahnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bogel memang best lah. Korang x sampai makam memang x faham
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 8-5-2022 08:26 AM
Bogel memang best lah. Korang x sampai makam memang x faham
Ko ade bogel jgkke.. kasi bideo.. baru aku cayee.. |
|
|
|
|
|
|
|
ummah pprt sembahan etis.... |
|
|
|
|
|
|
|
zonan4 replied at 8-5-2022 10:26 AM
ummah pprt sembahan etis....
Kalau tengok surname Fazleev tu biasa keluarga Muslim Tatarstan di Russia. Macam Imam Jalil Fazleev. Tapi boleh le jadi etis. |
|
|
|
|
|
|
|
Acah2 bini tarzan ke bogel camtu.semoga dirasuk penunggu pokok smpai jd sewel |
|
|
|
|
|
|
|
nama mcm melayu...russia muslimkah ini |
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 8-5-2022 12:12 PM
Acah2 bini tarzan ke bogel camtu.semoga dirasuk penunggu pokok smpai jd sewel
dia ni guru yoga uols.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|