Datin Azrene Ahmad iaitu isteri kepada cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob yang mempunyai tindik di hidung menjadi perhatian warganet sekali gus dikecam kerana penampilan sedemikian dianggap tidak sesuai dengan statusnya sebagai seorang ibu.
Fazley menyifatkan teguran netizen itu agar kasar dan melampau kerana tindakan isterinya memakai tindik di hidung adalah hak peribadinya dan orang lain tidak sepatutnya masuk campur dalam hal terbabit.
Sumber IG Fazley
Menerusi Instagram, penyanyi yang popular dengan lagu Asmara Ini menjelaskan dia juga mengambil pendekatan dengan membalas semula komen biadab tersebut dengan cara yang sama sebagai pengajaran.
"Kadang-kadang tak faham jenis manusia yang merasakan mereka ada hak untuk memberikan komen sinis sebegiuni. Don't worry, saya tetap maafkan.
"Cuma, kali ini saya cuba membalas dengan cara kasar dan kurang adab pula. Nak tengok apa reaksi empunya diri.
"Selalunya, saya delete dan block terus. Tapi, kali ini saya bagi peluang orang lain baca juga," tulisnya.
Tambahnya lagi, teguran sinis sebegitu bukan hanya berlaku pada dirinya tetapi juga sudah menjadi 'makanan' buat selebriti lain. Apa sahaja yang tidak kena di mata netizen pasti akan dijadikan isu.
"Ramai rakan selebriti yang terkena komen seperti pakailah tudung, tutuplah leher, jangan peluk pasangan, jangan senyum macam tu, awak Islam ke, Eh mengandung terus lepas baru nikah, kenapa pegang anak macam tu, pakailah baju longgar sikit, makan pakai chopstick haram dan ada juga saya ternampak komen, awak gemuk sangat dah sekarang?!
"Hebat betul orang yang komen ni. Seolah-olah mereka manusia paling sempurna dan selebriti penuh dengan kesilapan yang langsung tak boleh dimaafkan.
"Buat mereka yang terkena komen-komen begini, terus delete dan block... tak luak pun. Kalau share je terus macam saya share ni pun lagi bagus supaya mereka ini mendapat kasih sayang dan perhatian yang sangat mereka dahagakan," katanya. - CARI
|