View: 45671|Reply: 270
|
Sukan Komanwel 2010 di New Delhi..
[Copy link]
|
|
Aku harap kontinjen Malaysia dapat buat kejutan kat Komanwel bulan Oktober ni... Harapan pada Badminton... hopefully M'sia boleh sapu bersih... aku rasa kalau ikut percaturan kertas M'sia boleh sapu semua pingat emas badminton... Hoki not sure... Squash pun susah nak cakap sebab Nicol tak pernah dapat sebarang pingat kat Komanwel walaupun pernah jadi juara dunia.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
yg ada 'harapan' leh menang (based on paper / performances)
Badminton
Men's Single - Lee Chong Wei (world no 1)
Men's Double - Koo Ken Kiat / Tan Boon Heong (world no 1)
Women's double - Chin Ee Hui / Wong Pei Ty
Berkumpulan - (2006 menang straight set)
Skuasy
Men's Single - Mohd Azlan Iskandar (baru2 ni ada menang beberapa international title)
Women's Single - Nicol Ann David (dah 4tahun pg title world no 1)
Mix's Double - Beng Hee - Nicol David (hmmmm..... boleh kowt... xsure warna pingat)
Swimming
- Daniel Bego
- Chan Kah Yan (6pingat emas SUKMA)
Menembak
- Nurrahimin Abdul Halim (3emas 1perak SUKMA)
dan sukan2 yg berpotensi untuk menyumbangkan emas. Sukan berkenaan adalah akuatik, ekuestrian, gimrama, hoki lelaki, karate, memanah, taekwondo, menembak, olahraga, ping-pong, sepak takraw dan tinju.
mampukah malaysia menandingi pencapaian 7emas 12perak dan 10gangsi di temasya sukan komanwel 2006 di australia? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2# virgonz
Boleh kot sebab buat kat Asia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau gitu haku akan subscribe sementara sports package kalau terdesak. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# hayrin86
Subscribe jgn tak subscribe..Astro yang untung.. |
|
|
|
|
|
|
|
acara tarik tali ada ?
lari dalam gunii ada ?
tiup tepung.... ? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# malu2kucing
byk pingat emas kita dapat kalau acara yang sewaktu denganya dilaksanakan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sasaran 10 Pingat Emas Sukan Komanwel 2010 New Delhi
WALAUPUN 10 pingat emas menjadi sasaran utama pada Sukan Komanwel di New Delhi bulan depan, atlet negara yang memikul tugas pada temasya itu diharap dapat menambah beberapa butir lagi kilauan emas sekali gus menyamai pencapaian cemerlang seperti dilakukan kontinjen Sukan Sea di Laos tahun lalu.
MALAYSIA BOLEH...Shabery (kanan) menyerahkan Jalur Gemilang kepada Abdul Halil di IOI Resort, semalam.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata perkara itu tidak mustahil menjadi kenyataan jika atlet negara bijak mengambil kesempatan dengan beraksi cemerlang menerusi acara tidak diwakili atlet handalan dunia.
Katanya, pada Sukan Sea di Laos, walaupun pada awalnya sasaran kutipan emas antara 30 hingga 35 sahaja, namun atlet negara berjaya meraih 40 kilauan emas dan semangat seperti itulah yang diharapkannya dapat dicontohi setiap atlet negara ke New Delhi.
“Di India ketika ini kita mendapat berita ada atlet mereka berdepan dengan masalah ujian doping dan ini membuka peluang yang luas kepada atlet negara.
“Begitu juga yang berlaku kepada Chris Hoy (pemenang tiga emas Sukan Olimpik di Beijing) yang dikatakan tidak dapat menyertai Sukan Komanwel atas sebab tertentu sekali gus ia turut memberi peluang kepada pelumba kita iaitu Azizulhasni Awang,” katanya ketika ditemui pada majlis Penyerahan Jalur Gemilang sempena temasya Sukan Komanwel di Putrajaya, semalam.
Antara yang turut hadir pada majlis itu ialah Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Imran Tuanku Ja'afar, Chef de Mission Sukan Komanwel, Tan Sri Abdul Halil Abdul Mutalib serta Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkeples Embong.
Atlet boling padang negara, Siti Zalina Ahmad terpilih selaku pembawa bendera pada upacara pembukaan 3 Oktober ini. Seramai 201 atlet serta 95 pegawai akan berkampung di New Delhi sehingga 14 Oktober ini.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai satu kumpulan militan yang dilaporkan membuat ancaman untuk melakukan serangan ke atas temasya Sukan Komanwel yang bakal membuka tirainya kira-kira dua minggu lagi, Ahmad Shabery berkata, pihaknya tidak memandang remeh mengenai ancaman terbaru itu sebaliknya beliau sendiri akan membawa perkara itu ke kabinet untuk dibincangkan.
“Sehingga kini saya yakin ancaman ini dapat di atasi oleh kerajaan India. Disamping itu kita juga mengambil kaedah berjaga-jaga dalam soal ini,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
good luck for malaysia!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 8# virgonz
Harap boleh gondol byk pingat emas ...mengharumkan nama M'sia |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 8# perang_sivil
I believer semangat Malaysia Boleh akan membara ... kita mahu lebih 10 pingat emas.. |
|
|
|
|
|
|
|
prospek emas esok..
amirul hamizan ibrahim...
buktikan Malaysia boleh |
|
|
|
|
|
|
|
hari ni dah boleh tengok adakah malaysia berjaya di sana. |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya Malaysia mampu dpt lebih drp 10 emas sekaligus jadi rekod terbanyak pernah diraih oleh kontigen Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
thaniah amirul |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah Amirul....... |
|
|
|
|
|
|
|
Amirul penuhi impian Malaysia
2010/10/05
REAKSI Amirul selepas memastikan pingat emas milik negara kategori 56kg, semalam.
Zaira kecundang gara-gara ‘keliru’ ciptaan sendiri
SELANG lapan tahun, episod manis dari Manchester berjaya dijelmakan semula Amirul Hamizan Ibrahim untuk memenangi pingat emas selepas gah menjuarai acara angkat berat 56 kilogram lelaki, lewat malam tadi.
Ia adalah emas pertama kontinjen negara di New Delhi selepas badang dari Pahang itu membuat angkatan keseluruhan 257kg sambil turut merakamkan rekod baru Sukan Komanwel dalam snatch dengan 115kg buat menceriakan peminat tanah air di atas keringat itu yang bernilai RM80,000 bagi atlit berkenaan.
Ia sekali gus berjaya mengekalkan penguasaan negara buat kali ketiga berturut-turut dalam acara ini selepas Faizal Baharom melakar detik sama di Melbourne pada 2006.
"Strategi saya menjadi kali ini. Apa yang saya rancang adalah untuk mendapatkan pendahuluan baik dalam snatch bagi menghidupkan peluang saya," kata Amirul, yang agak kecewa kerana pencapaian malam tadi di anggap tidak sehebat angkatan peribadi terbaik, 265kg di Sukan Olimpik Beijing, dua tahun lalu.
“Saya juga terasa sakit bahagian paha dan usaha baik dalam snatch membantu saya hari ini (malam tadi). Saya juga mengerti peserta tuan rumah ghairah mahu memenangi emas tapi saya dapat mengawal perasaan dan memberi fokus.
“Ia menjadi penawar duka selepas tidak dapat beraksi di Melbourne. Saya gembira dapat membantu kontinjen negara kali ini."
Perak dimenangi Dey Sukhen dari India dengan jumlah 252 kg manakala rakan senegaranya, VS Rao, gangsa (248kg) dalam acara yang membabitkan 12 peserta kali ini.
Seorang lagi peserta negara, Mohd Shafiq Ismail pula hampa apabila hanya mampu membuat mendapat tempat ke-11 selepas gagal dalam angkatannya.
Apapun, malang bagi jaguh wanita negara, Zaira Zakaria yang begitu hampir mahu memenangi sebutir pingat tapi akhirnya terpaksa menggigit jari gara-gara kealpaan sendiri dalam acara 48kg. |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah amirul..
walaupon hampir kecundang saat akhir..
seb bek mamat india tu gagal angkatan yg terakhir.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah rizal tisin dapat perak 1KM basikal. |
|
|
|
|
|
|
| |
|