CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2902|Reply: 55

[Tempatan] Menteri nasihat Aliff Syukri tarik balik video kontroversi

[Copy link]
Post time 25-4-2022 09:35 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 25-4-2022 01:47 PM

Putrajaya: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad bercadang mahu mengadakan pertemuan dengan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman berkaitan video muzik sempena Aidilfitri yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

Idris berkata, sekiranya berpeluang beliau mahu bertemu mata dengan pemilik video berkenaan sebagai tanda ukhwah sesama Islam bagi berbincang pelbagai perkara.

Katanya, beliau terpanggil untuk mengulas isu itu kerana ketika ini umat Islam sedang mengejar 10 malam terakhir Ramadan.

Katanya, terdapat perdebatan agak panas dalam kalangan rakyat terhadap klip video berkenaan yang diiringi watak penari yang jauh daripada adab ketimuran dan ajaran Islam.

"Pastinya ia kurang sesuai untuk dikaitkan dengan kemenangan umat Islam pada bulan Syawal selepas kita menempuh ujian dan tarbiyah di bulan Ramadan," katanya dalam kenyataan di Facebook (FB) hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Aliff Syukri menerima kecaman ramai apabila klip video lagu Kelepok Raya yang tidak bersesuaian dengan sambutan Syawal.

Idris berkata, beliau turut mengambil peluang mengajak semua umat Islam menjaga sensitiviti perkara berkaitan agama dan menjaga batasan terhadap hiburan yang mahu ditonjolkan kepada masyarakat.

Menurutnya, negara baru saja pulih daripada bala Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Katanya, peluang dan rezeki yang Allah berikan perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk mengajak umat Islam kepada perkara lebih takutkan Allah serta menjaga tingkah laku.

"Saya menasihatkan dengan penuh kasih sayang dan cinta kepada insan-insan hebat yang mampu membangunkan ummah agar klip video seumpama ini dikeluarkan daripada disiarkan di mana-mana platform media atau ditetapkan hanya untuk tatapan peribadi," katanya.

Idris berkata, beliau yakin hati lebih lapang jika patuh pada ajaran dan nilai agama malah Allah akan melapangkan lagi rezeki.

Katanya, beliau menyeru seru semua rakyat Malaysia agar sentiasa berhati-hati dan cakna terhadap perkara yang boleh menyentuh sensitiviti agama.

"Dengan penuh rendah diri dan kasih sayang saya kepada semua saudara seIslam, semoga nasihat ini adalah kerana Allah dan biarlah Allah sahaja yang menentukan segala aturan kebaikan kepada hamba-Nya," katanya.

Disiarkan pada: April 25, 2022 @ 8:19am

https://www.hmetro.com.my/utama/2022/04/835662/menteri-nasihat-aliff-syukri-tarik-balik-video-kontroversi









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2022 09:44 AM | Show all posts
menteri KKMM mane..dlu2 menteri penerangan tegas btol..ade je sape2 yg artis buat xsenonoh trus serta merta kene tindakan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 09:49 AM | Show all posts
Gampang sangat la perangai sampai Menteri pun kena bg arahan
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 09:55 AM | Show all posts
bagi nasihat apa jadah
amik tindakan terus la
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 10:13 AM | Show all posts
punya la kebal bebal sampai menteri kena bunyi

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 10:15 AM | Show all posts
My Indian friend cakap kenapa video tu letak ramai pondan. Dia cakap kenapa tak cherish je hari raya without buat benda mengarut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2022 10:17 AM | Show all posts
Zaman tok mat, ramai retis kena gam ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 10:21 AM | Show all posts
Ni baru kes menghina agama..
Ko pergi viral org makan klip ambik dri CCTV..pastu masok TikTok jadi clout chaser lepas tu ko cakap tak hormat agama.

Pftt!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2022 10:38 AM | Show all posts
Tak ada orang report polis ke? Kalau bab lukisan kartun senang aje orang report polis..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana pi habis penyokong PAS?  kalau Mujahid ckp nk nasihat mesti rentung dia kena hamun,  ckp menteri ada kuasa patut amik tindakan...

Now masa dorg plak belajar memerintah bkn as simple as ceramah beedegar2 atas pentas...

Dulu bkn main 5 hari saja bleh buat perubahan
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
zaman mujahid dulu, org lain yg berLGBT, dia yg kena maki
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
paling tak tahan..berlingkar kat lantai macam ular tengah geng bang
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 11:28 AM | Show all posts
angelofish replied at 25-4-2022 11:18 AM
paling tak tahan..berlingkar kat lantai macam ular tengah geng bang

sambil tangan meraba2...
kepala bergesel2....

bongookkkk giler...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 12:01 PM | Show all posts
Lunak nya teguran menteri pas ini, xmacam waktu mujahat jadi menteri, sgat tegas dan garang.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 12:11 PM | Show all posts
ezacbee replied at 25-4-2022 10:17 AM
Zaman tok mat, ramai retis kena gam ni..

bukan setakat artis jer ramai kena gam..
cerita hantu pun xleh kuar tv

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Muntri apa tau. Ini art la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2022 12:14 PM | Show all posts
Padang Merbok tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 12:15 PM | Show all posts
pelik btl dgn mamat sorg ni
sajer bikin kontroversi sbb sejenis AS ke yg sama nama cam dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Prickford replied at 25-4-2022 10:15 AM
My Indian friend cakap kenapa video tu letak ramai pondan. Dia cakap kenapa tak cherish je hari raya ...

Dia tak kenal alip sokri kott..
Dia nak bg keje kat org2 tuh...

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 12:44 PM | Show all posts
ummah meleis jugak yg suka make stupid people famous, hadap laaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.179259 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list