View: 5403|Reply: 68
|
Tokti Lancar Lagu Raya Selepas Enam Tahun
[Copy link]
|
|
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza cukup terkenal dengan lagu-lagi hari raya antaranya Sesuci Lebaran, Nazam Lebaran dan Anugerah Aidilfitri.
Enam tahun sepi tanya sebarang lagu khas sempena Aidilfitri, penghibur yang mesra disapa sebagai Tokti itu kembali memeriahkan sambutan pada tahun ini menerusi lagu Lip Lap Raya.
Menerusi laporan Getaran, lagu baharu nyanyian Tokti itu mendapat hasil sentuhan daripada Ajay Amai, Glow Rush, Karim Karam dan Mike Chan.
Susunan muzik menyelitkan beberapa unsur tradisional seperti inang, canggung serta dikir barat selain lirik mengisahkan kehidupan semasa ketika masyarakat berhadapan dengan pandemik.
Menurut Tokti, dia berharap lagu berkenaan akan melekat di jiwa pendengar apatah lagi bukan mudah bagi lagu baharu berkisarkan hari raya untuk diterima sekali gus mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.
"Saya gembira berpeluang merakamkan lagu Lip Lap Raya seterusnya menambahnya dalam senarai lagu-lagu hari raya nyanyian saya.
"Saya berharap lagu ini akan menjadi salah satu lagu malar segar suatu hari nanti," katanya. -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
sape dah dengar... ok ke tak |
|
|
|
|
|
|
|
ok sedap cathcy...dengar je kat youtube |
|
|
|
|
|
|
|
Bosannya lagu ni..ada vibe Dolla Raya Raya Raya |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by fadz84 at 21-4-2022 07:58 PM
Tetaplah nk mention penyanyi bernombor tu.. tokti pun segan pasal nombor2 ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
sorry tak kena dengan telinga
and awat hauknya dia punya creative team
video hauk
album art hauk
aku tgk adik2 BBNU punya album art dengan MV lagi power2 |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by hyie at 21-4-2022 07:53 PM
iols baru dengar sekali pastu malas nak dengar lagi vokal tokti kalau lagu2 gini macam ada yang tak kena je dipendengaran meols, seakan2 nyaring yang ada kahak di anak tekak sebegitu yihh. Namun zoners menten memuja muji bagai yach kowser |
|
|
|
|
|
|
|
muzik sedap tapi lirik mcm tak masuk jah... terkejar2 ikut muzik... pendek kata tak mesra telinga iols |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry iolss tergelak part liplap liplap tu
Pastu part yg raikan hari hari rayaaaa hahahahaa. Iolss nak jd pengkritik tak bertauliah nak ckp lirik dgn muzik tak ngam |
|
|
|
|
|
|
|
Dngr kat yt mcm x mesra telinga..
Tapi xtahu la kot2 bila dngr kat radio jd best plk..
Lirik cuba ke arah bbnu, tapi nmpk janggal sheols alunkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Cukup 60 boleh dah berenti dah pencen...he he |
|
|
|
|
|
|
|
Aku mampu dgr sekali jah. TAK SEDAPP POM LIP LAP KAU NI MAKCIK OII. |
|
|
|
|
|
|
|
X best dah.. nynyi je lah lagu2 lama. Suara tu dah x masuk dgn lagu2 moden. |
|
|
|
|
|
|
|
Ct ni mmg mana trending dia akan tumpang buat sekali.. Aku tgk dh vibe lagu si raya iman troye gak... Bbnu gitew... Org2 yg tgh hype semua dia duet...hafiz ke, chakra khan ke.. Judika ke... Sesapa laa.. Time music world yassin.. Dia wat lagu ayie makan tu.. Mcm tu laa formula she is kekal relevan..
|
|
|
|
|
|
|
|
yes, betul tu. Bak kata sangdewi, industri muzik ni kita kena cepat. Kalau lambat nanti kita ketinggalan. Sebab tu sheols cecepat amik peluang collab dengan retis baru atau tengah in untuk kekalkan kerelevenan sheols dalam industri. Siti Nurhaliza adalah satu jenama besar. Sapa je taknak kan. Sama la konsep yang diguna pakai kompeni2 gergasi untuk kekal relevan dalam industri memasing. Ada ke orang taknak collab dengan Tesla, Apple etc? Agittew.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yihhhh rengsa yacch dgn lagu2 raya urban acah2 nak menarik perhatian bbnus kpopers. Layak diludah muzik2 try hard mcm ni. Samalah dgn lagu shila feat org gila tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|