Tidak sangka sudah genap tiga tahun sejak peserta Gopeng Ultra Trail tahun 2019 iaitu saudara Acap atau nama penuhnya Mohammad Ashraf Hassan hilang tanpa khabar.
Walaupun sudah 3 tahun berlalu sejak berita kehilangan Acap tersebar, mesti ramai yang mempunyai perasaan ingin tahu tentang apa sebenarnya yang terjadi pada hari kejadian dan di manakah keberadaan lelaki tersebut.
Semalam, Denny Lang iaitu abang kepada Acap membuat satu posting sebagai tanda ingatan terhadap adiknya. Menurut Denny, dia sentiasa mengingati tarikh itu di mana secara tiba-tiba lesap dan gagal dijumpai sehingga ke hari ini.
Sumber: Google Image
Menerusi posting tersebut, Denny berkata beberapa orang rakannya yang berada di Kota Suci Mekah turut mendoakan agar Acap serta beberapa individu yang senasib dengan Acap berjaya ditemui dalam keadaan selamat.
Abang Acap juga sempat memuat naik beberapa klip video yang dirakam secara tidak sengaja oleh peserta lain ketika hari kejadian. Video itu memaparkan kelibat Acap ketika berada di salah satu checkpoint acara Gopeng Ultra Trail terbabit.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak sangka sudah genap tiga tahun sejak Acap gagal dijumpai sehingga ke hari ini.
Ramai juga yang mengambil kesempatan itu untuk mendoakan semoga Acap ditemui segera. - CARI
Post time 24-3-2022 07:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ada cakap kena sorok.
Ada cakap kena baham binatang buas.
Ada cakap masuk alam sana.
Ada cakap last signal handset kat terowong tu.
Ada cakap tergelincir….
paling bahenol panglima jalal pergi tokyo hadap maharaja jepun terpaksa balik malaysia nak perang dengan bunian. last2 jatuh cinta dengan sizuka dan nikah dengan sailormoon. dasar makcik cokoroi.
Post time 24-3-2022 08:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Takjub betul memula dengar cerita puteri dan panglima jalal kat thread Acap. Yang hado2 je dapat kelebihan tu. Acik forum apa tau Kita siap tunggu dia nak kumpul tenaga semua sebelum teruskan misi. Hmm