Edited by Normabaru at 22-3-2022 04:04 PM
Terlalu banyak sgt isu berhubung penyakit ain ditimbulkan di sosial media sejak kelahiran bayi bilal lebih-lebih lagi selepas PU Riz mengeluarkan statement yang misleading di Meletop bulan lepas sempena hari Isra Mikraj
[youtube]UuaxfEqoQY4[/youtube]
Dalam video ini, pengacara Meletop beriya menekankan betapa pentingnya mendalami ilmu dengan baik. Namun, ironinya pengacara Meletop ini menjemput Ustet Wannabe yang tidak berkelayakan untuk menyampaikan tazkirah? bukan sahaja PU Riz TIADA SIJIL TAULIAH untuk menjadi pendakwah bebas malah ucapan Subhanallah yang diwar-warkan dengan hadis yang dibaca tersasar dan terbalik dengan ucapan Masha Allah Tabarakallah untuk benda-benda baik dan nikmat yang Allah kurniakan pada hamba-hambanya.
Bertitik tolak daripada rakaman episod Meletop ini lah, forum ini dihujani dengan berbagai-bagai tajuk tapi semuanya atas topik yang sama iaitu PENYAKIT AIN
Antaranya tajuk benang berulang adalah seperti berikut:
1.Elly Mazlein Tanya Bila Nak Dedah Wajah Bilal, Haris Jawab Dengan Hadis
https://b.cari.com.my/forum.php? ... 912&fromuid=2439734
2.Alasan tak tunjuk wajah Bilal, Haris risau penyakit ain
https://b.cari.com.my/forum.php? ... 046&fromuid=2439734
3.Dah Tak Terkurung, Neelofa Teruja Dah Habis Berpantang! Bila Nak Tunjuk Bilal?
https://bn4.cari.com.my/forum.ph ... 293&fromuid=2439734
4.Peminat Setuju Wajah Anak Neelofa, Bilal Tidak Ditayang
https://b.cari.com.my/forum.php? ... 590&fromuid=2439734
5.Takut Kena Penyakit Ain, Keluarga Terdekat Pun Belum Tengok Wajah Bilal Lagi!
https://b.cari.com.my/forum.php? ... 027&fromuid=2439734
dan yang terbaru, masih dengan tajuk sama - PENYAKIT AIN adalah tajuk
6.Neelofa Tertekan Hari-hari Orang Minta Nak Tengok Bilal
https://b.cari.com.my/forum.php? ... 808&fromuid=2439734
Beberapa video dan ilmu yang diajar oleh beberapa ustaz di Malaysia menunjukkan ajaran PU Riz tentang Penyakit Ain adalah SALAH dan TERPESONG daripada ajaran dan amalan yang diajarkan oleh Agama Islam.
Sebagai contoh, mari dengar syarahan tazkirah dan penerangan daripada seorang Doktor Falsafah berkelulusan dalam bidang Shariah dan Mualamat iaitu Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman yang sangat terkenal ini.
[youtube]-sSN9oDAcU4[/youtube]
[youtube]7BDXlnPD7y4[/youtube]
[youtube]MoI66TDnCZI[/youtube]
Berdasarkan penerangan dan ilmu yang disampaikan dalam tazkirah ini, adalah sangat berlawanan info yang PU Riz sampaikan di dalam program Meletop dengan apa yang ilmuan Islam sampaikan.. Berdasarkan hadis sohih, tiada langsung dalil mengatakan Penyakit Ain ini hanya tertakluk pada penyebaran gambar dan iri hati manusia sahaja.. tiada gambar dan sebab takjub sesama sahabat juga pun penyakit ain boleh terjadi dan boleh berlaku...malah diri sendiri pun tidak terkecuali memberikan penyakit ain kepada diri sendiri jika timbul rasa takjub..tak perlu ada gambar juga masih berpotensi terkena ain.nauzubillahiminzalik.
Walaupun begitu, Islam itu sangat indah..
setiap penyakit pasti ada cara perubatan dan penyembuhan diajarkan.
Maka berubatlah bagi yang sudah terkena dan pada yang belum, segerala minta perlindungan Allah sebagai langkah berjaga-jaga
Tindakan PU RIZ yang hanya sampaikan info sekerat-sekerat siap buat konklusi / findings sendiri adalah amat tidak bertanggungjawab serta memalukan warga pendidik, ilmuan dan para asatizah di Malaysia.
Sudahlah pengajian di IPT tidak mengambil bidang agama dan tiada tauliah sebagai pendakwah bebas..kini dengan yakin, menyampaikan ajaran sesat pula.
Memandangkan terlalu ramai forumer yang asyik bertanya apa itu Penyakit Ain dan Reporter Forum tak habis-habis membuka benang pasal penyakit ain tapi tiada ilmu sebenar tentang isu ini disampaikan, maka benang ini dibuka agar segala kecelaruan boleh dihuraikan.
Adalah menjadi harapan penulis supaya selepas ini tiadalah benang bertindan dengan topik sama. Hadis nabi saw jelas mencela orang yang membawa ajaran sesat sepertimana hadis sahih dibawah ini:-
Terjemahan: Daripada ‘Abd Allah bin ‘Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda:
“Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil (sesuatu) daripada Bani Israel, (akan tetapi)
sesiapa yang berdusta di atas nama ku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka.”
(Riwayat al-Bukhari, Tirmidhi, Ahmad dan Ibn Hibban)
So, persoalan sekarang ini...siapa je yang sebenarnya teringin sangat nak tengok si Bilal anak PU Riz Ustet Wannabe Ajaran Terpesong ini?
|