View: 3535|Reply: 58
|
'Tu La, Dulu Malas Belajar' - Dituduh Raih Simpati, Rider Tayang Ijazah Kejuruteraan Pesawat
[Copy link]
|
|
Niat seorang pemuda berkongsi pengalaman disalah erti apabila tindakannya merakamkan diri ketika hujan itu disifatkan sekadar meraih simpati.
"Itulah dulu orang belajar, main-main. Bila susah, nak raih simpati pula," menurut satu komen netizen di laman sosial sehingga pemuda itu terpanggil untuk membuat satu lagi video menunjukkan dirinya memegang dua sijil pendidikannya secara sepintas lalu.
Bercakap kepada mStar, penghantar makanan itu, Muhammad Norazmaly Abdul Malek memberitahu, dia mula bekerja sebagai penghantar makanan sejak Disember tahun lalu.
Pemuda berusia 26 tahun itu berkata, dia menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pesawat Terbang (Mekanikal) di Universiti Kuala Lumpur - Institut Teknologi Penerbangan Malaysia (UniKL MIAT) di Sepang, Selangor, pada Julai tahun lalu.
"Habis belajar saya tolong keluarga saya mengusahakan bisnes secara kecil-kecilan. Ayah berniaga warung burger, manakala mak jual rojak.
"Saya kemudian buat keputusan untuk buat Grab hantar makanan sebab saya nak dapatkan duit secara fleksibel, tapi pada masa sama masih tolong mak ayah,” katanya ketika dihubungi.
Berasal dari Kampung Alai, Melaka, Norazmaly mengakui dirinya bukan dilahirkan dalam keluarga senang namun bersyukur dapat hidup bersederhana.
Lebih dikenali sebagai Maly, katanya, selain menjual burger di gerai, bapanya sebelum ini menyara kehidupan keluarganya dengan menjadi buruh binaan.
"Jadi video itu saya nak nyatakan bahawa susah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Famili susah, tak semestinya selama-lamanya susah.
"Mereka yang memang dilahirkan dalam keluarga senang itu memang tak boleh disangkal. Tapi bagi famili susah, kena berusaha untuk berubah," katanya.
Walaupun dikritik, anak sulung daripada empat beradik itu bagaimanapun tidak terasa hati, sebaliknya mahu memberi penjelasan mengenai tanggapan segelintir masyarakat.
"Orang yang menganggur bukan bermakna dia tidak berpelajaran. Cumanya mereka belum mendapat tawaran kerja yang bersesuaian dengan pendidikan mereka, belum ada rezeki.
"Lagipun tak salah kerja hantar makanan, kerja halal juga. Ada je orang yang ada Master (Ijazah Sarjana) dan PhD (Ijazah Doktor Falsafah) jadi rider hantar makanan, isi masa lapang.
"Mereka tak sombong bila berada di atas, kerana tahu bagaimana struggle orang yang berada di bawah," kata Norazmaly yang sebelum itu menyambung pengajian Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat Terbang, juga di UniKL MIAT.
Penerima Anugerah Imam Muda 2013 di sekolah menengah dan menganggotai Majlis Perwakilan Pelajar di UniKL MIAT 2019-2020 ini bercita-cita untuk menjadi jurutera pesawat atau pensyarah.
"Selepas habis belajar tahun lepas, saya ada mohon kerja menggunakan degree yang saya ada. Setakat ini sudah 15 interview saya hadiri secara online kerana pandemik Covid-19.
"Tiga interview 'tak diterima', manakala lain-lain tiada jawapan. Bagaimanapun, saya akan terus mencuba dan mohon kerja kerana ia merupakan salah satu proses untuk berjaya.
"Siapa pun kita, jangan pandang rendah terhadap orang lain kerana kita tak tahu kesusahan yang mereka alami. Kalau kita tak nak support mereka atau doakan yang terbaik, jangan cuba jatuhkan mereka,” katanya.
Video menunjukkan sijil pengajian universiti yang dikongsi Maly menerusi apliaksi TikTok meraih sejuta tontonan.
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Adik ko lawa..tu jer nak komen[em:22:] |
|
|
|
|
|
|
|
cute smile, gigi teratur. maybe boleh jugak jadi model sambilan ke |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab aku ada kengkawan yang berpangkat buat keje rider ni, tak terpikir pulak di kepala rider2 ni cikai. Biasa nya tengok adab je, kalau pangkat besor2 pun kalau tak beradab kita hm kan je lah, kalau tak berpangkat dan tak beradab, hmmmm, asal makanan sampai |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by esbok at 17-3-2022 04:13 PM
sorry mod terdabel pos
|
|
|
|
|
|
|
|
Rupa ada skit. Boleh jadi retis |
|
|
|
|
|
|
|
Rupa ada skit. Boleh jadi retis |
|
|
|
|
|
|
|
Tah tak pernah pandang rendah pada mereka ni sebab ada dikalangan mereka ni berkelulusan. Susah nak dapat kerja buat mereka memilih jalan tu |
|
|
|
|
|
|
|
cuba nasib jadi model yachh! hensem helokkk... |
|
|
|
|
|
|
|
sabar sat. insyaAllah bila ekonomi dah stabil balik insyaAllah dapatlah keja. kesian pulak, belajar teruk2 belum dapat kerja bersesuaian. |
|
|
|
|
|
|
|
baru nk komen yg sama..........
|
|
|
|
|
|
|
|
ramai je yang ada kelulusan universiti jadi rider, keje grab ni. kawan aku salah satunya. dah bertahun keje grab, tak dapat2 kerja yang sesuai.
ada sorang tu lagi kesian, mintak kerja ikut kelulusan tak dapat2, interview tak lepas, sekarang dia keje kedai makan. walaupun degree, tapi pelayan restoran, part time je dapat |
|
|
|
|
|
|
|
Yang mengata tu sijil apa pulak dia ada.sedap mulut je sound orang. Tu la lain kali cakap pandang-pandang sikit. Kan dah malu ko sendiri kat rumah tu kohkohkoh |
|
|
|
|
|
|
|
Budak cerdik ni. Adik meols lecturer kat miat. Nak amek course ni add math kene padu lah. Adik meols lgi sorg nk msuk sini. Tp result spm haus di aidilfitri. Mmg tak dapek nak nolong la wpon ada kakak kat situ tukang skrin application
Lagi 1 zaman skrg x relevan nak kata tukang sapu kaaa..cleaner kaaa pemalas nk belajar. Skrg ni peluang kerja x mcm dulu2 zaman 80an. Alangkan lepasan phd ni melambak xde keje. Kat kedai mak meols, tukang buat roti ada degree...tukang bungkus nasi lemak ada master. Dari duk umah main game je baik keje dapat la income sehari RM50. |
|
|
|
|
|
|
| |
|