CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3327|Reply: 46

Pengasuh Dirakam Lempang Bayi Bertalu-Talu, Ketuk Kanak-Kanak Guna Sudip Berulang Kali!

[Copy link]
Post time 16-3-2022 11:23 AM | Show all posts |Read mode
Ditampar di bahagian muka dengan kuat bertalu-talu, begitulah kejamnya perlakuan seorang wanita terhadap bayi yang sedang berada di hadapannya.


Badan dan tangannya juga dihentak ke lantai, malah ditarik dengan begitu kuat.


Lebih memilukan tangisan teresak-esak bayi malang itu langsung tidak dipedulikannya.






Wanita berkenaan dipercayai pengasuh kepada bayi itu dan rakaman perlakuan tidak berperikemanusiaan tersebut kini tular di media sosial.


Menerusi satu perkongsian di laman Twitter, kejadian berlaku ketika wanita berusia lingkungan 50-an itu sedang memakaikan baju bayi.


Lebih menyedihkan, bukan satu video, tapi empat video tersebar memaparkan perlakuan wanita itu tanpa belas kasihan.


Satu lagi video menyaksikan pengasuh berkenaan menampar pipi seorang kanak-kanak yang hanya memakai lampin dengan kuat termasuk menarik tangannya secara paksa.







Dua lagi video dirakam dari meja makan menunjukkan perakam sedang melakukan kerja sekolah, sambil pengasuh itu dipaparkan sedang memberikan makanan kepada seorang kanak-kanak.


Walaupun tidak kelihatan kanak-kanak di dalam rakaman, hanya tangisan yang kedengaran selepas pengasuh berkenaan beberapa kali dilihat mengetuknya menggunakan sudip kayu.


"Diam, diam... sini, sini... sini dekat. Buka mulut," tengking wanita itu, dipercayai memaksa seorang kanak-kanak mendekatinya.







Pengguna Twitter yang memuat naik video tersebut mendakwa ia dirakamkan oleh anak tiri pengasuh yang berusia 11 tahun.


"Orang yang rakam tu adalah anak tiri pengasuh. Umur 11 tahun, kena dera juga," katanya menerusi satu ciapan pada Selasa malam.


Bercakap kepada mStar, pengguna Twitter yang enggan dikenali memberitahu, kanak-kanak yang didera kini berada dalam penjagaan ibu bapa mereka.







Menurutnya, insiden dikatakan berlaku di sebuah flat di Taman Utama, Gelugor di Pulau Pinang.


"Keadaan mereka (mangsa) trauma, takut nak jumpa orang. Terdapat kesan lebam.


"Tak pasti berapa ramai yang didera. Ibu bapa mangsa ada buat laporan polis," katanya secara ringkas ketika dihubungi.







Dalam pada itu, pengguna Twitter itu turut memaklumkan terdapat dakwaan bahawa pengasuh tersebut mengalami masalah mental.


"Sampai ada baby, tulang tangan retak. Kes dera makin berleluasa.


"Semoga nasib baby dan budak-budak yang didera tu semua dibela," katanya.


Posting yang dimuat naik pengguna Twitter @cocoandbrownie sejak Selasa malam itu diulang kicau lebih 7,000 kali dan membangkitkan kemarahan ramai terhadap tindakan kejam pengasuh itu.


"Bawa bertaubatlah makcik, kalau tak boleh buat kerja baik bersara je makcik. Jangan cederakan anak orang."


"Weh ini yang dia rakam, yang tak rakam tu aku tak tau la."


"Kalau tak ikhlas jangan jaga anak orang. Jaga setakat nak duit je tak payah jaga. Jaga kalau asyik nak mendera tak usah jaga. Jaga tapi tiada sifat keibuan lebih baik pulangkan cara baik. Macam mana maknya hantar macam itulah kita pulangkan, bukannya pagi hantar malam anak meninggal, sedih.


"Tolonglah pihak berkuasa tangkap makcik ni, isi je dalam lokap. Tak sanggup dah aku tengok video ni, dia hempuk muka budak tu, pukul dengan sudip kayu, insane! Tak perlu lepas pun tak apa. Aniaya anak orang. Anak tiri pun sama kena. Ya Allah. Mental ke apa ke, letak je dalam pengawasan," demikian antara komen-komen netizen. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2022 11:42 AM | Show all posts
ganasnya nek
mcm ank patung dibuatnya

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 11:47 AM | Show all posts
bagus lah rakam & viral
nak melawan bdk2 bkn terdaya
aku nak menyumpah sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 11:57 AM | Show all posts
I tak sanggup nak view
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tak Allah kasi rentung kene kilat je pompuan babi macam ney?  
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tua kutuk nak mampos, hrp terima pembalasan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2022 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenek sapa la ni, nak cariduit buat le keje lain. Ko nk dera baby org nape saiton
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa nak ketuk je balik dgn sudip tu. Mak ayah time balik rumah tolong la belek badan anak. Masa ambik pun cuba2 la sesekali ambik awal. Time tu nanti baru tau hangpa dapat pengasuh dari syurga atau neraka. Dah tua mungkin dah tak larat nak jaga budak2 tapi terpaksa ambik jugak sebab duit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2022 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh gilababi betuii laaa sialcelaka pengasuh ni
Baby tu dok diam elok je pi buat kasar2 smpai nangis sakit pastu nk tampar plak
Yg polis tu apahal malas buat keja ke apa
Apa alasan sakit mental boleh dera baby ke apa sial la hish
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 12:37 PM | Show all posts
eeiii babi nyaaaaa. menyirap aku dgn org mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg ketuk2 ngan sudip tu pun eeeiiii rasa marahnya i
Seb baik budak bijak rakam sbg bukti tu
Naya anak org betul laaa eeiii
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 12:40 PM | Show all posts
jahak giler pengasuh ni. ko besar berani la buat lagu tu kat baby dan kanak2...dorg helpless, menangis nk minta tlg siapa pun tatau....
harap cpt ditangkap. bagus la anak tiri dia viralkan...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 12:50 PM | Show all posts
undang2 melarang walaupun menjetik pengasuh ni.undang2 pun tidak ambil tindakan jika tiada bukti kukuh walaupun ada video sbb video boleh di edit kata lawyer

terbaik bakar je senyap2 tampa bukti/ THe EnD



Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 01:47 PM | Show all posts
Orang ada masaalah mental atau diri sendiri pun hidup dalam tekanan je suka berperangai macam tu lepas marah pada orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Babinya polis
Org dh report pun diorg buat derggg je smpi nak kene viral
Mmg anak2 polis sume x menjadi sbb parents makan duit haram
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg tak faham kenapa alasan polis pengasuh tu mental, jadi tak boleh ambil tindakan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2022 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga makcik pndera tu duduk dlm hospital bahagia
Risaulah baby tu jdi trauma n pndiam je sbb kne dera mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 01:58 PM | Show all posts
Sebelum hantar anak2, check dulu pengasuh tu dulu. Ngeri tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku harap ada ibu bapa tu yang bagi penampar kat dia. Sakit mental....nanti terlepas hukuman. Baik balun dulu bagi dia rasa...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh la letak satu bilik dgn kaklongsamseng viral 7e.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.048941 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list