
Pelakon drama Suamiku Lelaki Pendosa iaitu Gambit Saifullah baru sahaja membuka akaun TikTok dan memuat naik video pertamanya, semalam.
Menerusi perkongsian berkenaan, ia memaparkan Gambit sedang mengambil wuduk menggunakan salji ketika berada di Pakistan.
Walaupun pembukaan akaun TikTok berkenaan mendapat maklum balas positif daripada peminat aktor tersebut, namun perkongsian pertama telah menjadi perdebatan netizen.
Ada yang mengatakan salji berkenaan terlebih dahulu perlu dicairkan selain mempertikaikan tahap kebersihan salji yang berkemungkinan tercemar dengan benda bersifat najis.
Selain itu, segelintir turut memperkatakan rantai leher yang dipakai oleh pelakon itu dan berharap agar Gambit tidak memakai sebarang aksesori yang sinonim dengan wanita.
Netizen masing-masing melontarkan pandangan mereka terhadap cara Gambit berwuduk. - CARI
|