Seperti yang semua tahu, isteri kepada selebriti Aliff Aziz iaitu Bella Astillah sememangnya seorang wanita yang cantik dengan tubuh genitnya.
Bella Astillah juga seorang yang ramah, malah mudah didekati. Hal ini menyebabkan ramai peminat senang dengan sikapnya.
Baru-baru ini, Bella berkongsikan video terbarunya di TikTok. Menerusi video itu, kelihatan Bella manis berhijab dengan memakai busana abaya hitam menghadiri majlis sebagai duta De'Xandra.
Memang nampak ayu sangat apabila Bella berpakaian sebegini. Untuk pengetahuan semua, Bella masih belum memakai hijab sepenuhnya. Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk Bella.
Video yang dikongsikan Bella ini telah mendapat lebih 255 ribu tontonan. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara Bella berpakaian dan mendoakan semoga Bella memakai hijab satu hari nanti.
|