CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42769|Reply: 290

AJL36: Madammu Dipuji Humble Dan Tak Terjerit-Jerit, Jauh Berbeza Dengan Penaja Sebelumnya

[Copy link]
Post time 10-3-2022 03:53 PM | Show all posts |Read mode
Sikap merendah diri dan tidak terlalu menonjolkan diri membuatkan ramai penonton memuji penaja Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) yang dikenali sebagai Madammu.


Rata-ratanya membandingkan Madammu dengan usahawan sensasi yang lain seperti Datuk Seri Vida yang dilihat lebih kedepan mencuri perhatian penonton semasa menaja program hiburan sebelum ini.


Foto: IG






Menyedari komen yang ditulis netizen di media sosial itu, Madammu atau nama sebenar Eriyca Baiduri Abd Rashid, 32, mengakui malu apabila menerima pujian sedemikian.


"Rasa malu pula bila orang cakap saya humble. Ya saya akui ramai komen membandingkan saya dengan penaja terdahulu tapi biasalah netizen ada sahaja komen mereka, saya terima pujian yang mereka beri itu dengan hati terbuka.


  



"Bagi saya, masing-masing ada cara tersendiri dalam memasarkan produk mereka tapi untuk saya cukuplah hanya jenama sahaja ke depan, saya ni hanya penaja sahaja dan kita ikut sahaja apa yang sudah diatur penganjur.


"Saya bukan artis atau penyanyi yang bertanding sampai perlu ke depan. Saya penaja jadi hanya duduk dan enjoy the show! Asalkan orang kenal produk saya itu sudah memadai," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.




  



Sebelum ini tular rakaman video memperlihatkan Madammu tidak kekok duduk di kerusi penonton dan menolak untuk memberikan ucapan semasa acara berlangsung pada malam Ahad lalu.


Sementara itu, pengasas produk kecantikan Noir ini berkata dia tidak memerlukan gimik atau 'drama' bagi memasarkan jenama jualannya.


  



"Saya hormat setiap pengasas ada cara mearketing berbeza-beza, tapi ini cara jenama kami. Saya sebagai pengasas kena bawa nama ini mengikut cara kita sendiri.


"Sebenarnya usahawan lain pun okay sahaja, mereka ada cara sendiri. Kami peniaga ni pun sama macam penyanyi, kena ada kreativiti masing-masing.


"Alhamdulillah, tanpa perlu menjerit-jerit pun orang kenal jenama saya. Inilah niat saya mahu bina jenama, tak mahulah kalau saya mati nanti dengan produk pun mati sekali," ujarnya.




  



AJL36 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada Ahad lalu menyaksikan lagu Pelukan Angkasa nyanyian SOG dan Shila Amzah diangkat menjadi juara edisi kali ini.


Lagu ciptaan Raja Nazrin Shah dan Fazleena Hishamuddin ini layak membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi.




  



Sementara itu naib juara milik lagu Cinta nyanyian Marsha Milan dan tempat ketiga adalah Mimpi (Haqiem Rusli). -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2022 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
better la si madammu ni walaupun produk melayu timbang kilo OEM dari jutawe nate beruk terpekik terlolong mulot mcm jubo itik..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 04:14 PM | Show all posts
suka dgr cara dia bercakap..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik juga. Takde lah bling2, bibir itik yang menyakitkan mata
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia nie nampak classy sikit dr founder lain..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Terasa founder avenis yg suka cakap kasar terpekik pekik time live semata mata nak appeal target market acik acik kampung beli jus kurus sambil flaunt kekayaan duit banyak makan banyak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2022 04:26 PM | Show all posts
cantikkkkk... lawooo...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 04:44 PM | Show all posts
likilu replied at 10-3-2022 04:24 PM
Terasa founder avenis yg suka cakap kasar terpekik pekik time live semata mata nak appeal target mar ...

claim produk dapat kuruskan badan tapi somi sendiri mcm guni baja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2022 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik nya dia ni..mcm iras pelakon thailand nama yaya tu...pastu very profesional cara sheols promote products...x bingit mcm vida n alif
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam sama je semua founder promosi produk macam nak rak kat sosial media. Alih2 claim malu dipuji humble....adoiii. sekarang ni trend mereka masak ke buat apa ke semua kena live. Belajar dari sifu
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 05:18 PM | Show all posts
But still annoying lah. Time orang nak tengok live, time tu lah kau nak promo product
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi takde la sampai artis semua pun kena pakai 1 theme color ah gitu….
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ensem gak laki die
Tiberrr
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 05:53 PM | Show all posts
bila la dia ni nak dapat hidayah tutup aurat sikit
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
akuHavocczz replied at 10-3-2022 05:18 PM
But still annoying lah. Time orang nak tengok live, time tu lah kau nak promo product

Ye. Sgt2
Ajl 3, 4 thn ni tu lh yg plg x syok tgk
Serabut

Silap
Since 2014 ms vida jd sponsor
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 05:56 PM | Show all posts
Kalau tengok Live dia.. ya rabi laki dia annoying ye. Tak abis2 menyampuk nyampuk dari belakang camera. serabut dengar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2022 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia mix cina mlyu ka.
Dengaq dia ckp mcm cina pelat mlyu
Sbb nma glemer madammu
Eriyca baiduri rupanya..
Sedap
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Lah..baru 32? Lawa tapi nampak tua. Aku ingatkan 42
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
prizadane replied at 10-3-2022 07:52 PM
Lah..baru 32? Lawa tapi nampak tua. Aku ingatkan 42

Ingatkan iols jah igt dia umur 40an. Dia nmpak berumur.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tanya anak2 dia ke yg selalu dlm live tu? Ke anak tiri? Taktau sapa dia ke sapa tah yg kawen ngn duda isteri meninggal tu.
Rasanya dia kan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.201803 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list