Selain Hawa Rizwana Redzuan, penonton setia Buletin Utama TV3 pasti sangat mengenali penyampai berita jelita, Ezreena Amir Hamzah.
Pasti juga ramai yang mula perasan Ezreena yang sebelum ini "freehair" kini tampil di kaca televisyen dengan imej berhijab.
Berkongsi kisah penghijrahannya di laman Instagram, Ezreena yang mula berhijab bermula 1 Mac yang lalu yang juga kebetulan jatuh pada tarikh peristiwa Hari Israk dan Mikraj mengakui sudah lama memasang niat untuk berhijab namun sebelum ini hatinya belum terbuka.
“Apa yang membuat saya berubah?
Kisahnya begini.
“Sebenarnya dah lama pasang niat, tapi hati tak terbuka lagi. Tudung ada lah sehelai dua, spare kalau ada assignment yang memerlukan memakai tudung. Brooch? Satu je. Itupun dah hilang.
“Awal Februari lalu, saya dikejutkan dengan berita salah seorang abang saya jatuh sakit. Sakit yang menyebabkan dia lumpuh separuh badan. Kemudian dihantar ke hospital, dan terus dipantau sehingga lah hari ini. Hakikatnya keadaan abang tidak begitu baik.
“Setiap hari saya berdoa, sungguh-sungguh saya berdoa sehingga menangis di sujud terakhir mahukan abang dipanjangkan usia, sembuh dan kembali ke kehidupannya. I was so helpless, that no one can stay by his side, waiting for him at the hospital. Hanya doa je yg kami mampu lakukan.
“Saya tanya pada tuhan, apa yang boleh saya buat untuk bantu abang saya. Dan saya sanggup berubah jika itu boleh membantu. Tapi saya masih lagi teragak-agak untuk memakai hijab, bimbang jika saya belum bersedia,” tulisnya.
Isteri kepada pembaca berita TV3, Asrul Nizam Kadir, ini turut meluahkan rasa syukur selepas abangnya dikatakan telah menunjukkan tanda-tanda positif dan dibenarkan untuk pulang ke rumah.
“Seminggu-dua selepas tu, walaupun abang masih belum stabil, tapi Allah SWT masih memanjangkan usianya. Allah SWT beri peluang untuk dia pulang bersama kami di rumah. Setidak-tidaknya boleh juga meneman dia, dan berikan sokongan emosi.
“Seminggu saya di kampung, saya terfikir. sejahil-jahil saya, Allah SWT cuba juga berikan apa yang saya inginkan.
“Dan saya juga ada berdoa pada Allah SWT, untuk memudahkan Zill bercakap, berinteraksi dengan baik dan mendapat manfaat di taska baru. Pun Allah dah kabulkan. Hari demi hari ada je perubahan baik yang Zill tunjukkan,” kongsinya lagi.
Kata ibu kepada seorang cahaya mata ini lagi, dirinya berasa amat bertuah kerana dikurniakan suami yang sangat memahami dan mendukung setiap keputusannya.
“Lantas nikmat Tuhan yg mana lagi saya dustakan? Dan bila terbayang muka suami, yang tak pernah memaksa saya bertudung walaupun saya tahu dia sangat-sangat mendambakan perubahan itu, menguatkan lagi hati saya.
“Alhamdulillah, hati saya terbuka pada 1 Mac, yang kebetulan juga jatuh pada Hari Israk & Mikraj.
“Satu Perjalanan yang agung buat Rasulullah SAW untuk bertemu Allah SWT, di mana solat 5 waktu kemudian disyariatkan.
“Saya masih lagi saya. Tapi saya cuba jadi yang lebih baik daripada sebelum ini. Terima kasih banyak pada semua yg mendoakan. Appreciate that so much,” akhirinya.
Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan selebriti dan netizen turut berasa sebak membaca perkongsian Ezreena namun tumpang gembira dengan kisah penghijrahan seterusnya mendoakan semoga Ezreena terus kekal istiqomah.
Alhamdulillah, semoga kisah penghijrahan Ezreena ini dapat dijadikan inspirasi buat wanita-wanita Muslim diluar sana untuk terus berubah ke arah lebih baik. - CARI
hahahahaha meols pun perasan benda yang sama...each time ada screenshot IG retis, mesti ada komen dia... semua issue dia ada macam Ellie Toh Ting Tong makeup tebal macam pondan tu...hihi