CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4359|Reply: 73

Bertarik Rambut Di Pasar Raya Sebab Rasa Terhina Juruwang Panggil ‘Mak Cik’

[Copy link]
Post time 8-3-2022 09:17 AM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita dilaporkan bertengkar dengan juruwang di sebuah pasar raya di China kerana berang dipanggil mak cik oleh pekerja itu, lapor portal Mothership.sg.


Dalam kejadian di Bandar Hangzhou, wilayah Zhejiang itu, Xing, 41, berasa terhina kerana disapa sebagai mak cik oleh juruwang lelaki berusia 29 tahun itu.




Kredit foto: Mothership.sg




“Jarak umur kami tidak terlalu jauh jadi mengapa perlu guna panggilan mak cik kepada saya?


“Saya rasa lebih sesuai untuk memanggil saya dengan panggilan kakak,” katanya.


Namun, permintaan Xing tidak diendahkan juruwang yang berasakan panggilan mak cik adalah sopan dan tidak melihat sebarang masalah mengenainya.


“Apa salahnya saya memanggil anda mak cik? Saya rasa ia panggilan bersesuaian dengan penampilan dan gaya anda,” kata juruwang itu.




Kredit foto: Mothership.sg




Mereka berdua akhirnya saling berbalas kata-kata dan bertarik rambut sebelum dibawa ke balai polis oleh pihak pengurusan pasar raya.


Kedua-duanya berjaya didamaikan polis sebelum juruwang tersebut membayar wang ganti rugi kepada Xing bernilai S$100 (RM417).




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2022 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Pekerja kaunter patut dilatih bahasakan pelanggan dengan panggilan tuan/ encik dan puan saja.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
midori_katana replied at 8-3-2022 09:25 AM
Pekerja kaunter patut dilatih bahasakan pelanggan dengan panggilan tuan/ encik dan puan saja.


setuju....ia lebih bersifat umum...dan sejagat tanpa mengira faktor usia....seseorang.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahaha teringat kes sentap sendiri satu ketika dulu.

I was 38/39 kot. Budak perempuan university, wak Kasi bagi laluan dulu dlm bas... Dia boleh cakap balik "takpa lah UNCLE jalan dulu"

Sontap siot. Jilake punya budak getus wak Kasi dlm hati
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 09:56 AM | Show all posts
Kawan iols yang ketiak kimia patut baca berita ni. Semua pelanggan dia panggil uncle/auntie tapi iols yang sepejabat ni baik pulak dia panggil puan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Kdg2 budak2 ni takde common sense. Kalau org tak suka panggilan mcm tu jgnlah panggil. Lagi nak pertahankan. Korang kalau dah 20+ jgnlah panggil pakcik makcik dkt org 30+.Aku pernah tgk pekerja farmasi yg umur late 20s greet sorang lelaki ni as pakcik, padahal lelaki tu 40s kot. Aku yg tgk ni watdehel.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2022 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
midori_katana replied at 8-3-2022 09:25 AM
Pekerja kaunter patut dilatih bahasakan pelanggan dengan panggilan tuan/ encik dan puan saja.

Aah perlu panggilan universal.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 10:10 AM | Show all posts
Nih kesan long term sbb covid ke? Sensitip sgt..
Kat forum nih..semua forummer diacik kan je..kalau real life maybe bertarik rambut jugak ke hahaha sbb X nak digelar acik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2022 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Lama dahulu masa i naik LRT, ada sorang mak cik ni sdg berdiri dlm train. Tetiba seorang lelaki yg sdg duduk bangun memberikan tempat duduk kepada beliau. Kemudian mak cik tu nmpk mcm x puas hati nape beliau diberikan tempat duduk berbanding wanita2 muda lain yg juga berdiri. Mungkin di dlm hatinya adakah kerana beliau nmpk spt org tua?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 10:11 AM | Show all posts
azie5zoe replied at 8-3-2022 09:56 AM
Kawan iols yang ketiak kimia patut baca berita ni. Semua pelanggan dia panggil uncle/auntie tapi iol ...

Ketiak kimia Tu apa? New term dlm forum ke? First time dengar ni...
Last two week dengar term noreen dlm forum rupanya term cari utk tuuuut hahahaha..kreatip tul forummer
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 10:13 AM | Show all posts
ya betul
dlm forum ni
lelaki ka
perempuan ka
semua dipanggil sis, acik etc
mujur tak tarik rambut
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Cashier nya pun savage sangat. Siap cakap sebab sesuai dgn penampilsn lagi, manalah 'acik' tu tak mengamuk. Iols setuju, panggil puan, encik sudah. Nampak formal. Lainlah kalau penjual tu memang kenal, contohnya beli barang kat pasar ke.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku terbiasa dok dalam porum ni belas tahun dah. Sb dlm porum ni walau aiols dulu lebih muda dr theyols tume 2006 gitu pun acik2 porum panggil iols makcik hokeh...jadi diluar pun iols jenis xkisah. Xkasi kurang beras iols pun di rumah
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 10:35 AM | Show all posts
midori_katana replied at 8-3-2022 09:25 AM
Pekerja kaunter patut dilatih bahasakan pelanggan dengan panggilan tuan/ encik dan puan saja.

setuju..
Macam di Starbucks - mereka panggil Ms.

I pun sentap juga if penjual panggil makcik. Baik2 I nak beli, terus tak jadi beli.

Dia orang ni patut agak2 lah kalau nak panggil. Ada pakcik tua ni, rambut dah beruban - boleh panggil I kakak. Langsung I tak jadi beli drp dia.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Bini aku pada masa tu 36. Ada seorang ni.....dalam linkungan awal 30an panggil bini aku makcik.  Aku pulak yg hot.  Aku tanya dia kau berapa umur.  Dia jawab 32. Aku cakap kat dia......kau lahir,  bini aku baru 4 tahun tau.  Mentang2lah bini aku member dengan dia punya boss.........dia panggil boss dia makcik......tak kan buta mata kut.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 8-3-2022 10:45 AM

Huhu lepas ni biasanya panggil tuan/puan je setel.
Iols tak penah dipanggil makcik selalu dipanggil cik dan dik.
Paling tak bleh blah yg lebih muda drpd iols anggap iols cam adik2 dia plak pastu dia pun acah2 bahsakan diri dia kak konon mcm otai laa iols biarkan je pastu dh lama baru gitau umur sebenar maka tersipu2 lah dia.
Sesetengah wanita maybe suka laa dianggap muda drpd umur sebenar yes tu satu pujian kalau ikutkan tp dlm sesetengah urusan iols rasa agak annoying dgn org yg acah2 dia senior/otai ni.
Walau seseorang tu nampak muda drpd umur sebenar dia tak semestinya pikiran dia pun mentah juga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2022 10:52 AM | Show all posts
kasibiman replied at 8-3-2022 09:48 AM
Hahahaha teringat kes sentap sendiri satu ketika dulu.

I was 38/39 kot. Budak perempuan university, ...

kalau aku pun sentap,tua sgt ke aku hahahahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
epal21 replied at 8-3-2022 10:26 AM
Cashier nya pun savage sangat. Siap cakap sebab sesuai dgn penampilsn lagi, manalah 'acik' tu tak me ...

Sbb tu iols tak suka org kecam2 penampilan org bila dia nak pakai baju apa pun tak kira umur dia berapa.
Nih bila umur 40 nak pakai ripped jeans masing2 kecam kata tak sesuai umur. Bagi iols pakai baju ikut saiz badan bukan ikut umur. Kalau dah 70 tahun badan masih terbentuk elok takde hal pun nak pakai kebaya ke apa.

Kenapa maria farida yg dah umur nenek2 masih tak nampak mcm nenek2? Lihatla penampilan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 10:55 AM | Show all posts
hahaha okay ni mmg sensetive ...teringat dulu i kena marah sebab panggil datin tu makcik..dgn muka kekwat dia respond,,,u ingat i ni level makcik u ke...oh my god! hahaha well at least i learnt my lessonla those days..somehow "makcik" langsung tak nampak macam datin so sbb tu la i ingat dia makcik hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols kalo penjual panggil makcik..iols pon balas balik panggil diaorang makcik or pakcik...hihi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.172385 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list