CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 608|Reply: 2

Habis Perabot Dalam Rumah Dijual Semata-Mata Nak Belanja Kekasih, Sanggup Tampar Ibu Sebab Halang

[Copy link]
Post time 14-2-2022 02:14 PM | Show all posts |Read mode
Bantul: Seorang lelaki, Dwi Rahayu Saputro dari Srihardono sebelum ini pernah tular kerana sanggup menjual perabot dan atap rumahnya demi membelikan hadiah untuk kekasihnya.


Kini, pemuda berusia 25 tahun itu didakwa mengulangi kesilapan yang sama apabila sekali lagi menjual perabot rumahnya.


Ibu Dwi, Paliyem memberitahu, anaknya mula membuat perangai lama selepas laporan polis yang dibuat terhadapnya pada 11 Januari lalu ditarik balik.




Foto: Agensi




Katanya, selang tiga hari selepas itu, pada 14 Januari, pemuda tersebut mula menjual perabot rumah mereka.


Antara yang dijual Dwi termasuk dapur gas pemberian Ketua Daerah Bantul, Abdul Halim Muslih, meja dan kerusi makan serta almari baju.


“Apa yang menyedihkan saya, Dwi turut meminta saya menjual beras yang disumbang jabatan kebajikan atas alasan memerlukan duit.


“Dia sanggup tampar muka saya dengan kasut kerana enggan mengikuti kemahuannya. Saya ini ibunya, kenapa dia lakukan begini pada saya? Luah Paliyem.


Tidak tahan dengan sikap anaknya, Paliyem membuat laporan polis dan menegaskan tidak akan menarik balik laporan berkenaan seperti sebelum ini.


“Saya tidak akan tarik balik laporan ini kerana sikapnya semakin melampau. Saya harap polis akan tangkap Dwi dan kekasihnya,” ujar wanita itu.-CARI


Sumber: Utusan Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2022 02:18 PM | Show all posts
Pasti si ibu menyesal melahirnya dulu
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
buang je la anak kuang ajar mcm ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.105574 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list