|
View: 889|Reply: 7
|
"Saya Salah, Tiada Siapa Terkecuali Dari Undang-undang Termasuk Saya" - Hishammuddin
[Copy link]
|
|
|
Ini pengajaran untuk semua. Demikian kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mengakui kesilapannya melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ketika Majlis Pelancaran Briged MIC Johor di EduCity Kota Iskandar pada Ahad.
 Kredit foto: The Star
"Saya hadir sebagai tetamu dan saya terima, memang ada kelemahan dalam pematuhan SOP tadi. Tapi, salah tetap salah.
"Tiada siapa terkecuali daripada undang-undang, termasuk diri saya. Ini pengajaran untuk semua," ujarnya.
Dalam satu video, Hishammuddin berkata dia tidak tahu bahawa perkara tersebut akan berlaku.
Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memuat naik satu ciapan di Twitter, mengarahkan kementeriannya mengeluarkan kompaun kepada Hishammuddin serta Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran.
 Kredit foto: Bernama
Selain itu, Khairy turut mengarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan kompaun pemimpin-pemimpin utama lain yang hadir serta penganjur.
"Saya telah mengarahkan pegawai KKM untuk keluarkan kompaun kepada DS Hishammuddin, DS Hasni, TS Vigneswaran, pemimpin utama yang hadir dan penganjur di bawah Akta 342.
"KKM Putrajaya akan terus pantau SOP sempena PRN Johor," tulis Khairy di Twitter.
Untuk rekod, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 9 Februari lalu menetapkan 12 Mac sebagai tarikh PRN Johor.
SPR turut mengumumkan hari penamaan calon pada 26 Februari, manakala tarikh mengundi awal 8 Mac.
Sumber: mStar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Inila pemimpin xde jiwa rakyat..tahu sembang tp xblh buat keje simple as of following instructions |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Menteri2 Msia … cakap lain buat lain.
sorrylah mnteri malaysia mana ada maruah dia tak akan letak jawatan..selagi parti tak jatuh..walau tua sombong bongkak ke tak pandai memerintah ke.. tetap nk jadi menteri..itulah msia ku |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
rakyat 2x5 ngn ahli politik....ikut sop pon sb takut/malu kena denda..jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang kantoi hisap vape kat parlimen pun dia ni jugak.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sblm netizen lain viralkan baik sesama sendiri kekonon saman, bekap membekap amalan molia ....masa mael srpn ramai2 dlm jet perubadi xde pulak ko merempan ye kejei  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mael kata bkn jenayah tapi salah tetap salah ya.. aepupu you xde ke nak komen apa2 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bayar kompaun lepas tu setel. tu pun kalau bayar lah. lepas tu ulang balik |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|