|
View: 1355|Reply: 9
|
Selepas Syafiq Farhain, Abang Bomba Apit.SW Jadi Penyanyi- Tak Sedia Nyanyi Live Sebab Gemuruh
[Copy link]
|
|
|
Nama anggota bomba Muhammad Shafiq Muhamad pernah mencuri tumpuan ramai kerana memiliki suara merdu dan sering memuat naik video menyanyi lagu cover di media sosial.
Serius untuk kembangkan kerjaya dalam dunia seni, Shafiq atau lebih mahu dikenali dengan nama pentas Apit.SW tampil dengan single pertama berjudul Janji Cinta.
 Foto: IG
Bagi Apit, meskipun mempunyai kerjaya tetap, bidang nyanyian ini adalah platform untuk dia berkongsi karya dengan peminat selain menjana pendapat sampingan.
“Bermula dari hobi menyanyi lagu orang, apa salahnya untuk saya teruskan kerjaya dalam bidang seni dan berkongsi bakat dengan peminat.
“Saya berani ambil cabaran untuk bergelar artis rakaman untuk kembangkan bakat. Saya percaya untuk berjaya perlu keluar dari zon selesa,
“Menjadi penyanyi bukan sekadar untuk popular. Apa yang penting kemunculan saya dapat diterima peminat muzik” ujar Apit kepada mStar.
Dia juga menjadikan penyanyi Syafiq Farhain yang juga merupakan seorang anggota bomba sebagai idola dalam kerjaya seni.
Bagaimanapun Apit berkata, dia tidak mahu kemunculannya dibayangi oleh penyanyi lagu Sayang Maafkan Aku itu.
“Saya kagum dengan Syafiq kerana dia boleh mencipta nama walau sibuk dengan tugas sebagai anggota bomba.
“Kami selalu berhubung dan dia juga ada berkongsi nasihat untuk bergelar seorang artis.
“Kalau boleh saya tidak mahu dibayangi Syafiq kerana kami sama-sama bertugas sebagai anggota bomba. Sebab itu saya memilih nama pentas Apit.SW,” ujarnya.
Dalam masa sama, Apit berkata, dia masih belum bersedia untuk membuat persembahan di televisyen kerana perasaan gemuruh.
Katanya, dia juga sedang cuba mengatasi rasa gemuruh itu setiap kali membuat persembahan pentas di majlis anjuran bomba.
“Sekarang ini saya cuba kawal perasaan gemuruh itu dengan membuat persembahan dalam majlis-majlis anjuran bomba.
“Disebabkan perasaan gemuruh untuk menyanyi di atas pentas, saya belum bersedia untuk sertai mana-mana program televisyen,” ujarnya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah tau ada gemuruh minat nyanyi plak, patut minat keje2 belakang tabir je.
Iols pun ada gemuruh so mmg takla mampu nak berdiri atas pentas tu.
Tp pelik gak retis ramai claim anxiety la bagai padahal kalau bebetul anxiety mmg tak mampu nak nyanyi or berlakon depan org ramai lain la nyanyi sambil pakai mask ke maskot ke apa.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tu ada yang amik barang tu. Menghilangkan perasaan gemuruh tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
so so so so so so so je suara heols..
muka pon so so so so je..
body biasa2 je pon..
ntah lah... next! |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
banyak masa free ke dek? bombah bahagian admin eh? selalu dalam uniform jenis hadek2 jahhh yang feeling lebih ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
prince_marhaen replied at 14-2-2022 12:36 PM
banyak masa free ke dek? bombah bahagian admin eh? selalu dalam uniform jenis hadek2 jahhh yang feel ...
Bomba dgn cikgu mmg byk masa free la. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tetiba kan meols teringat kat si bedah...bedah nak bedah nak...mana entah heshe |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ashcroft86 replied at 14-2-2022 12:26 PM
Tu ada yang amik barang tu. Menghilangkan perasaan gemuruh tu.
Yup dulu pun ada yg ngaku amik menda alah tu sbb nak hilangkan gemuruh pentas tu kan
Satu lg hat gemuruh ni dia elak eye contact dgn pakai spek itam la kot |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|