Kuala Terengganu: Masalah gangguan bekalan telur yang masih berlarutan sehingga kini menyebabkan kalangan pemborong di daerah ini terpaksa menjual barangan berkualiti rendah kepada orang ramai.
Pemilik Ming Feng Wholesales Sdn. Bhd., Jason Tan berkata, walaupun telur bergred E dan F kotor, tetapi tetap menjadi pilihan pelanggan termasuk para pengusaha kedai makan.
Katanya, ketika ini sebanyak 4,000 papan telur pelbagai gred diberikan pembekal di Melaka dan Selangor dalam tempoh tiga kali seminggu.
Foto: Utusan Online
“Pihak pembekal beri apa sahaja yang ada termasuk telur kotor, telur putih atau yang bergred. Jadi, pelanggan kita termasuk pemilik kedai makan pun terpaksa terima asalkan bekalan ada,” katanya ketika ditemui di kilangnya di Kampung Gong Kiat di sini, hari ini.
Baru-baru ini, Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia mengesahkan 30 peratus pasar raya utama di negeri ini terputus bekalan telur.
Jason berkata, sebagai langkah berjimat-cermat dia hanya menjual 2,000 biji telur setiap hari bagi mengelak terputus bekalan.
Katanya, walaupun ada pelanggan yang menempah sehingga lebih 150 papan telur sehari, namun permintaan itu tidak dapat dipenuhi bagi memastikan bekalan sentiasa ada. -CARI
Post time 7-2-2022 08:01 PMFrom the mobile phone|Show all posts
orkid_amani: Tadi p Tesco elok ja penuh tel ...
Camne nak beza telur gred2 ni
Yang pasti iols tak suka telur saiz besar lepas tu isinya cair macam dah lama je. Iols suka saiz sedang2 je. Bila pecah elok pejal kuningnya elok bulat.
telor selalu ada darah, apo ko bondo lah kualiti ke laut. Kalau hantar spore kualiti camni, mmg kena reject lah. malaysia je negara cikai, undang2 koboi
Post time 8-2-2022 06:16 AMFrom the mobile phone|Show all posts
gigahertz replied at 8-2-2022 01:05 AM
apa beza tenggelam dan tak tenggelam?
Tengok telur tu telur lama @ baru la
Biasa kalau beli telur sepapan mmg aii balik basuh dulu..rendam dlm besen..sebab ank makan telur tiap2 hari..
Kalau tenggelam tu telur baru la..kuning telur bulat lagi .putih telur pun pekat lagi
Kalau yg terapung tu telur lama
Post time 8-2-2022 07:07 AMFrom the mobile phone|Show all posts
semlm beli telur tgk yg berpapan tu ada gred E je hrga 11.90 sepapan. dulu rasanya ms tgh pkp gred B kot sepapan blh dapat 9.90.
i beli yg dlm box 10biji omega 3, utk brand yg selalu i beli dari 5.90 jadi 6.60. ke mmg naik hrga sebelum ni tatau la.