Gambar Hiasan (Sumber Google)
Seorang pemuda meluahkan rasa geram dan tidak puas hati terhadap remaja lelaki dipercayai berusia 16 tahun yang telah menghantar mesej lucah kepada adik perempuannya.
Menurut lelaki itu, adiknya yang berusia 12 tahun berkenalan dengan remaja berkenaan menerusi Instagram. Gara-gara menolak cinta remaja itu, kanak-kanak itu kemudian menjadi mangsa gangguan seksual selain nombor telefonnya disebarkan.
Susulan daripada kejadian itu, dia kemudian tampil membuat laporan polis.
Remaja lelaki itu juga menuduh kanak-kanak 12 tahun itu sebagai pelacur hanya kerana memuat naik gambarnya tidak bertudung.
Penyebaran nombor telefon kanak-kanak itu juga menyebabkan dia turut menerima mesej daripada individu tidak dikenali.
Abang kepada kanak-kanak perempuan itu cuba menghubungi remaja berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut namun tidak mendapat kerjasama seperti yang diharapkan.
Aduan juga sudah dibuat terus kepada ibu remaja lelaki itu bagaimanapun dia melihat perkara itu adalah sebahagian daripada perjalanan anak-anak yang sedang membesar dan ujian buat ibu bapa.
Mendapat perhatian warga maya, ramai yang menyifatkan remaja itu sepatutnya lebih bijak berfikir dan bukannya mengambil kesempatan atas kenaifan kanak-kanak terbabit.
Harap dapat diselesaikan dengan cara yang paling baik tanpa mengaibkan mana-mana pihak. Lagi pun, kedua-dua mereka masih bawah umur. -CARI
|