|
View: 880|Reply: 5
|
Imam Sesat 16 Jam Dalam Ladang Sawit
[Copy link]
|
|
|
Larut: Lelaki warga emas yang hilang setelah sesat dalam ladang kelapa sawit di Felda Ijok dekat sini sejak pagi semalam ditemukan selamat malam tadi.
Abdullah Ibrahim, 74, atau dikenali sebagai Imam Dolah ditemukan penduduk kampung pada pukul 11.30 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Selama, Superintenden Sabri Saat berkata, lelaki itu ditemukan pada jarak tiga kilometer dari kebun sawitnya.
 Foto: Utusan Online
“Lelaki itu ditemukan dalam keadaan lemah tanpa sebarang kecederaan setelah tersesat hampir 16 jam,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurutnya, lelaki itu keluar dari rumah menaiki motosikal ke kebunnya di Peringkat 6 Felda Ijok dekat ini untuk membaja pada pukul 8 pagi semalam.
Katanya, setelah lelaki itu tidak pulang ke rumah pada tengah hari seperti biasa, isterinya meminta anak mereka mencarinya di kebun sawit.
“Anak lelaki yang hilang itu dan beberapa orang penduduk kampung ke kebun sawit mencari namun gagal menemukan lelaki itu dan mereka membuat laporan polis,” katanya.
Katanya, seramai 80 orang terdiri dari anggota polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) termasuk penduduk mencari lelaki itu malam tadi.
“Operasi mencari dibahagikan empat kumpulan melibatkan keluasan 10 kilometer kawasan pencarian.
“Setelah tiga jam operasi mencari, lelaki itu ditemukan dalam keadaan selamat dan dibawa ke hospital untuk tujuan pemeriksaan perubatan.
“Operasi ditamatkan pada pukul 12.01 tengah malam tadi, ” katanya. –CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Larut: Lelaki warga emas yang hilang setelah sesat dalam ladang kelapa sawit di Felda Ijok dekat sini sejak pagi semalam ditemukan selamat malam tadi. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah.. kene sorok ke ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah komen di thread yang sama |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Felda Ijok dikelilingi hutan rimba..dari dulu sampai sekarang mcm tu lah..aku dok sana 12 tahun semasa arwah ayah mengajar di Felda tu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Harap ada la anak dia yg sambung legasi jaga kebun sawit tu. Skg anak muda ramai x minat dgn pertanian. Pastu sub kt org cina/org bangla.mcm aku mmg mak ayah aku keje ofis dari zmn muda. Aku pulak tangan panas. Apa aku tanam bnyk x jd, wlu teringin jd petani berjaya [em:3:][em:3:] |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|