CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4229|Reply: 54

'New Zealand' Malaysia, Lebuh Raya Temiang-Pantai Bukan Lokasi Pelancongan!

[Copy link]
Post time 4-2-2022 03:31 PM | Show all posts |Read mode
Seremban: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperketatkan pemantauan di laluan Temiang-Pantai, dekat sini, yang menjadi lokasi tumpuan orang ramai untuk bergambar sempena musim cuti dan hari minggu.


Dijangkakan lebih ramai pengunjung akan ke lokasi berkenaan sempena cuti sambutan Tahun Baru Cina dan hari minggu ini selepas lokasi berkenaan tular kerana pemandangannya yang mendapatkan jolokan 'New Zealand' Malaysia.


Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, pemantauan bertujuan memastikan tiada pengguna berhenti di lorong kecemasan dan bergambar lebih-lebih lagi dalam jumlah kenderaan yang banyak.


Foto: Harian Metro




"Sebelum ini tular di media sosial berkaitan sekumpulan pemandu kenderaan berkumpul dan meletakkan kenderaan di lorong kecemasan di kedua-dua arah di lokasi berkenaan untuk bergambar.


"Tindakan itu boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain yang mungkin panik kerana secara tiba-tiba terdapat banyak kenderaan berhenti di bahu jalan dan berkemungkinan besar mengganggu kelancaran trafik," katanya.


Beliau berkata, tindakan pemandu yang berhenti di lorong kecemasan tanpa alasan yang munasabah adalah satu kesalahan.


"Mereka yang melakukan kesalahan ini boleh diambil tindakan mengikut Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 iaitu tiada kenderaan boleh diletak di mana-mana lorong kecemasan kecuali kes kecemasan.


"Bagi kesalahan itu, denda boleh dikenakan kepada pemandu tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Hanif Yusabara berkata, JPJ menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya supaya tidak menimbulkan kesukaran dan membahayakan pengguna lain. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2022 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols baru lalu sini selasa lepas. Konon viral, tu yg nk tgk level kecantikan hiway ni.
Honestly, sbb hiway ni mendaki bukit, jadi kalu pandang blkang mmg nmpk stunning jugak, sayup2 kaki bukit.
Lg cantik kalau dtg pagi2 atau lps hujan sbb mesti berkabus.
Iols lalu sini ptg, nmpk ada ada beberapa org dok parking kete bergambar tepi jalan.
Next time nk dtg mesti time pagi sbb nk tgk kabus, kalau berkabus maybe adalah feeling2 switzerland.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat mana temiang-pantai tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat negeri sembilan
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau uols x sure..keluar je tol seremban terus Waze Kuala klawang for sure dia membawa uols ke jalan ini
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 06:05 PM | Show all posts
stupid punya viral.. jalan selamat sudah la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2022 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 4-2-2022 05:08 PM
Kat mana temiang-pantai tu

if uols dr KL guna LEKAS Highway
lps byr tol seremban,mula2 jmpe persimpangan Setul
jalan depan lg sket jmpe persimpngn Temiang.masuk je sini....pastu jalan ni ending smpi kt Pantai kuala klawang jolobu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
lenkali tambat je babi2 tepi jalan ni
komfem takde sapa nk berenti
sbb melayu kan zizik sama babi
tp rasuah2 ni depa ok je.dh jd makanan depa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2022 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 4-2-2022 06:08 PM
if uols dr KL guna LEKAS Highway
lps byr tol seremban,mula2 jmpe persimpangan Setul
jalan depan lg ...

Ook2.. Tenkiu bg direction.. Nnt nk merasa gi nz bole la lalu sini ye..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang yg suka parking bahu jalan, double park dan tak ikut peraturan ni mmg elok cepat mampos je. Menyusahkan orang.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 09:08 PM | Show all posts
ehhh subhanallah cantiknyaaaaaaaaaaa....welll seriously niceeeeee....kalau ade kekuda yg macam scottish highland yg rambut  tebal tu cuteeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau lalu time cuaca tak ok mmg tak cun la gambar. Baru je lalu sini smlm [em:16:]
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Selandia Baharu tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2022 04:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Haaa yelahhhhhhh
pastu dok ramai2 accidentttttt
sape punya salahhhhhh???
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2022 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Tanda Malaysia kurang tempat pelancongan. Yang ada overcrowded dan tidak unik
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2022 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 5-2-2022 07:17 AM
Tanda Malaysia kurang tempat pelancongan. Yang ada overcrowded dan tidak unik

Byk je ko kene ada klik sendiri yg suka pegi tmpt2 unik ni. Selalunye klik-klik mcm ni mmg taknak viralkan sbb nanti satgi dah viral jadi sesak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2022 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib la tuhan tak kurniakan bumi malaysia ni seindah new zealand, kalao tak for sure banyak setan2 peghak akan cemarinya dengan perbuatan mentaliti dunia ketiga...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2022 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 5-2-2022 08:46 AM
Nasib la tuhan tak kurniakan bumi malaysia ni seindah new zealand, kalao tak for sure banyak setan2  ...

yg marhaen dgn perangai peghaknya, yg kayangan dgn perangai nak tarah nya.. mungkin mmg x layak utk rakyat malaysia dpt bentuk muka bumi secantik New Zealand..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2022 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 5-2-2022 08:51 AM
yg marhaen dgn perangai peghaknya, yg kayangan dgn perangai nak tarah nya.. mungkin mmg x layak ut ...

Very well said
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2022 11:48 AM | Show all posts
Yang gi viralkan siapa suruh mulalah makin ramai menyebuk kat situ membahayakan pengguna jalanraya yang lain bila terlalu banyak kereta berhenti ditepi jalan macam tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.076709 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list