|
|
Kilafairy menegaskan tidak pernah menyatakan sedang menunggu lamaran kekasih hati, Sa’aid Umar Aiman seperti didakwa sesetengah pihak.
Katanya, soal untuk menuju ke fasa perkahwinan belum pernah didedahkan kepada umum, namun hubungan antara mereka masih berjalan seperti sedia kala.
 Foto: IG
“Saya tak pernah cakap sedang tunggu lamaran teman lelaki. Tapi apa yang boleh saya maklumkan, kami masih pasangan kekasih,” katanya ketika sesi sidang media virtual drama bersiri Tumpang Lalu Bang, hari ini.
Pemilik nama sebenar Syakila Nisa Jahangir, 29, itu berkata demikian mengulas gosip mengenai lamaran susulan paparan di sebuah program hiburan yang bertanyakan cincin di jari manisnya, baru-baru ini.
Terdahulu, percintaan bintang filem Karak itu yang mengenali teman lelakinya itu ketika di bangku sekolah sejak 13 tahun lalu bukan lagi rahsia.
Namun Kilafairy yang juga anak kepada penyanyi Rohana Jalil itu lebih selesa menyimpan kemas kisah peribadi terutama membabitkan soal jodoh. -CARI
Sumber: Kosmo
|
|