CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 671|Reply: 3

Teknologi Satelit Lebih Murah Dari Sistem 5G Untuk Tangani Masalah Talian Komunikasi

[Copy link]
Post time 21-1-2022 03:51 PM | Show all posts |Read mode
Penggunaan teknologi satelit termasuk satelit rangkaian 5G dilihat cara terbaik menangani masalah talian komunikasi di negara ini.


Selain lebih menyeluruh, kosnya lebih murah berbanding melalui pancaran menerusi menara komunikasi, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin.


Difahamkan, penggunaan satelit itu dianggarkan melibatkan bajet sekitar RM2 bilion berbanding sistem 5G yang menelan belanja berkali-kali ganda malah kemungkinan puluhan billion ringgit.


Secara logik, sistem 5G masih dikatakan belum dapat menyelesaikan masalah komunikasi talian telefon secara menyeluruh memandangkan sistem 4G sedia ada pun masih turut tidak dapat diakses oleh penduduk pendalaman.




Kredit foto: Wacana.my




“Penggunaan satelit itu lebih jimat dan berkesan, kerajaan hanya perlu menyewa satelit dengan pihak tertentu dengan konsep ‘menang dan menang’,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.


Menurut Zahidi, kementerian pernah mengadakan perbincangan mengenai penggunaan dan penyewaan satelit berkenaan yang dimiliki oleh sebuah negara Arab.


Zahidi juga bersetuju, penggunaan satelit akan dapat menyelesaikan masalah komunikasi talian telefon termasuk para nelayan yang berada di tengah-tengah lautan mahu pun di Laut China Selatan.


Selain komunikasi talian telefon, penggunaan satelit itu juga dapat menyampaikan maklumat-maklumat penting seperti cuaca, keadaan banjir dan banyak lagi.


“Memang ada perbincangan mengenai penggunaan satelit ini. Ia satelit milik sebuah negara Arab,” katanya.


Selain itu, penggunaan satelit itu juga akan menguntungkan pengendali-pengendali telco dari seluruh negara.


“Para pengendali telco akan mendapat manfaat dari penggunaan satelit ini dengan penyertaan mereka. Sebab itu kita anggap ia sebagai menang-menang situasi.


“Ia menguntungkan pemilik satelit itu sendiri, pengendali telco dan juga kerajaan kerana hasil dan sumbangan dari telco itu sendiri amat besar,” katanya.


Di samping itu, kata Zahidi, pengguna juga dapat jimat berbelanja kerana penggunaan satelit lebih murah berbanding kos pada masa kini.


Sebelum ini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bercadang menggunakan teknologi satelit sebagai penambahbaikan sistem komunikasi ketika berdepan situasi bencana.


Zahidi berkata penambahbaikan itu bagi mengelakkan berlaku gangguan rangkaian telekomunikasi ketika bencana, seperti keadaan dialami ketika banjir besar yang melanda negara pada akhir Disember lepas.


Katanya, penggunaan teknologi satelit termasuk satelit rangkaian 5G turut dapat membantu dalam pengurusan situasi bencana alam seperti menghantar amaran awal bencana kepada orang awam.


Menurut Zahidi, kos penggunaan teknologi satelit lebih rendah selain tempoh untuk melaksanakannya singkat iaitu hanya lapan bulan.




Sumber: MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2022 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Faifji..  Banyak tak eloknye.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Satelit dah melambak2 kat angkasa sekarang. Sure rega murah timbang kati punya
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Cara halus UMNO nak condem projek 5G Habahcow, melalui Timb. Menteri bengap UMNO
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
kukuku89akku
Views : 505 Replies : 0
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28366 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16190 Replies : 135
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277068 Replies : 1516
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6
akku
kukku1234akku
Views : 8082 Replies : 0
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18168 Replies : 17

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.047090 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list