Memuat naik sedutan muzik video lagu baharu berjudul Bak Zaman di media sosial, Baby Shima terkejut apabila ada penonton yang mendakwa terlihat bayangan misteri dalam rakaman berkenaan.
Berkolaborasi dengan Fairuz Misran, kata Shima, dia sendiri tidak tahu minit keberapa penonton dapat melihat kelibat berkenaan.
"Saya jadi seram pula apabila ramai yang mengatakan melihat jelmaan misteri dalam MV lagu itu.
"Apabila penonton kecoh dengan perkara itu, saya dan pengurusan menonton semula MV berkenaan tetapi tidak melihat sesuatu yang pelik," katanya.
Memetik laporan Mstar, Shima bagaimanapun mendedahkan ada beberapa kru produksi yang terkena gangguan mistik ketika menjalani penggambaran MV itu pada hujung tahun lalu.
"Ketika penggambaran sedang berjalan, jurumekap dan produser terkena gangguan hingga memerlukan bantuan ustaz untuk pulihkan keadaan.
"Lokasi penggambaran itu di sebuah kilang di Puchong. Saya tidak mengalami gangguan walaupun rasa seram juga sesi penggambaran dari pagi sampai ke malam.
"Tidak sangka pula selepas MV sudah dimuat naik di YouTube timbul pula isu ini," katanya.
ya ampunnn gimik tahun 2005an ke bawah ke apa ni...
sama macam muzik video malaysian boy dulu...
dah lapuk la dikkk gimik2 ada lembaga ke jelmaan dekat MV ni... acik2 lembam iq paras 2 digit ke bawah boleh ler percaya benda2 ni di zaman 2022 ni.... guna la gimik baru yang up to date sikit macam nabila razali chipmunk tu... elok je viral mv sheolss walaupun heshe suara macam chipmunk...
dan dan je dalam MV tiba2 ada lembaga bagai nak muncul... waktu ko duk mengangkang dengan jantan dalam bilik karaoke tu takde pulak yer lembaga2 ke iblis muncul...