CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 815|Reply: 13

Selalu Membebel Dan Paksa Cari Kerja, Isteri Ditikam 14 Kali Oleh Suami Sendiri

[Copy link]
Post time 20-1-2022 11:14 AM | Show all posts |Read mode

Sumber: Portal tribunnews

Baru-baru ini Indonesia digemparkan dengan satu kes pembunuhan di mana seorang lelaki tergamak menikam isterinya sebanyak 14 kali kerana marah dan berang dengan tindakan isterinya itu yang dikatakan selalu ‘membebel’ dan ‘memaksanya’ mencari kerja.




Menerusi laporan daripada portal Tribunnews, pembunuhan ngeri itu berlaku di rumah sewa suspek, Khanifah dan isterinya, Indah Safitri di Semarang Barat, Jawa Tengah, Indonesia.




Melalui laporan yang ditulis, sebelum pembunuhan itu berlaku, suspek dan mangsa bertengkar di mana wanita itu memarahi suaminya kerana malas mencari kerja dan sering duduk di rumah dan 'tidak buat apa-apa'.




Sumber: Portal tribunnews

Khanifah dikatakan tidak mahu mencari kerja dengan alasan dia mengalami masalah kesihatan kerana kemalangan yang pernah dilaluinya beberapa tahun yang lalu. Tambahan pula, Khanifah berkata dia sering mengalami migrain dan hal tersebut secara tidak langsung membataskan fokusnya untuk bekerja seperti orang lain.


Oleh itu, dia meminta kepada mangsa untuk mendapatkan rawatan susulan mengenai sakit kepalanya tetapi mangsa dikatakan terus memarahinya kerana menjadi penganggur dan disebabkan itu Khanifah mula terasa hati dengan isterinya dan menyimpan dendam.



Sumber: Portal tribunnews

"Akhirnya saya bunuh isteri saya"


Melalui laporan yang diulas, suspek mengaku dia telah meminta isterinya untuk membunuhnya kerana sakit kepalanya itu tidak akan sembuh semasa pertengkaran berlaku. Tetapi lain pula yang terjadi apabila isterinya yang dikatakan kecewa tiba-tiba meminta suspek membunuhnya. Menurut sumber, isterinya dikatakan sempat menjerit meminta tolong kepada jiran-jiran.


"Ya, memang isteri saya minta dibunuh dan akhirnya saya bunuh isteri saya."
Khanifah kemudian pergi ke rumah ibu mertuanya untuk menjemput anak bongsunya. Menurutnya, dia tahu isterinya itu sudah meninggal akibat ditikam olehnya dan disebabkan itu dia membawa anak bongsunya ke tempat lain kerana tidak mahu anaknya itu pulang ke rumah dan melihat mayat ibunya.


Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati bahawa Khanifah itu telah menikam isterinya sebanyak 14 kali dan bakal berdepan dengan hukuman penjara sehingga 15 tahun atau lebih.  -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2022 11:48 AM | Show all posts
sekarang ramai org gila
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 01:42 PM | Show all posts
Ummah Leluhur lgi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni kes gaduh pastu ckp u die first no u die first no you areghjjjjjjjj you tikam i betul2 ke…kiok
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki bewak plus migrain katanya.. Kena bebel 24 jam.. Terus ditikam kasi puas hati.. Xda pukul2 punya.. Masuk jail dapat makan free.. Leh terus membewak
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 02:23 PM | Show all posts
Akibat baran yang tidak dapat dibendung, selalulah berfikir sebelum bertindak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2022 02:25 PM | Show all posts
Bila bertindak ikut perasaan macam itulah hasilnya hukuman pun tak seberat macam disini.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu pasal iols ckp ritu lelaki sana suka bunuh bini utk hal2 yg remeh.
Pastu mesti nak salahkan mangsa, dia bunuh sbb suka bebel la, sbb suka tanya bila nak kawen la, tak bg password tepon pun nak bunuh.
Balik2 ko salahkan si mati yg takle bekap diri sendiri tu.
Ko tu yg salah dah kenapa semua menda kena selesaikan dgn bunuh org.
Patutnya ko pi tikam diri ko sendiri ja dasar komodo tahu makan tido jaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2022 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana tak membebel kalau hari2 kena makan. Tak kan makan pasir
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 03:32 PM | Show all posts
Sama je kes2 negara serumpun ni ek...klu x tikam ptong kepala
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok tajuk dah tahu berita Dari nusantara rumbia
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari indon yerk
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 20-1-2022 02:41 PM
Tu pasal iols ckp ritu lelaki sana suka bunuh bini utk hal2 yg remeh.
Pastu mesti nak salahkan mangs ...

Benda2 remeh kan? Tu pasal kot @Friska batak laki melayu. Dia malu dengan laki2 indon
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 08:07 PM | Show all posts
patutnya thread neh dibukak dek friska@bugisdoom  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18443 Replies : 25
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 8323 Replies : 5
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28681 Replies : 131
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 14094 Replies : 20
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 6159 Replies : 8
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 4018 Replies : 60
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16530 Replies : 136
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4093 Replies : 52
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24581 Replies : 72

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.322192 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list