Seorang wanita memaksa dirinya untuk makan sushi sebanyak boleh di sebuah restoran all you can eat akhirnya dikejarkan ke hospital akibat sakit perut yang teruk.
Disebabkan itu, Danielle Shapiro, 24, mahu menuntut semula wangnya sebanyak AS$50 (RM209) yang dicaj bagi set bufet satu kepala di Restoran Sushi 85 di Mountain View, California.
Kredit foto: TikTok
Semasa kejadian, Shapiro makan 32 kepingan sushi, empat gyozas, semangkuk edamame, dua jalapeno poppers dan semangkuk sup miso.
Akhirnya, dia disahkan diserang penyakit Gastroesophageal Reflux atau lebih dikenali sebagai refluks asid yang menyebabkan asid perut mengalir kembali ke esofagus sehingga menyebabkan ketidakselesaan.
Pesakit akan mengalami gejala seperti kembung perut, muntah, sendawa, pedih ulu hati dan sakit tekak akibat pengumpulan asid.
Kredit foto: TikTok/New York Post
Shapiro memuat naik video kejadian dalam Tiktok sehingga meraih tontonan 11.3 juta pengguna media sosial.
Wanita yang berasal dari San Mateo County, utara California menjelaskan dia adalah peminat tegar sushi dan akan menikmati hidangan Jepun itu beberapa kali dalam tempoh sebulan.
Kredit foto: Daily Mail
“Sebab itu, saya ambil peluang dengan kawan makan sushi berharga AS$50 seorang dan akan memastikan pulangan yang berbaloi dengan makan sebanyak boleh,” jelasnya.
Post time 19-1-2022 11:54 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Ni mesti tak mkn dari siang nak simpan perut nak pelahap so perut pun dah masuk angin gassy pedih. pastu bedal tak ingat dunia dah kenapa nk saman kedai tu pulak? Pelik pelik laaaa
Disebabkan itu, Danielle Shapiro, 24, mahu menuntut semula wangnya sebanyak AS$50 (RM209) yang dicaj bagi set bufet satu kepala di Restoran Sushi 85 di Mountain View, California.
dah melantak puas2 sampai sakit perut, nak refund pulak. pprt ghetto punya perangai. betol la kata satu post kat tumblr, negara nan satu tu sebenarnya 3rd world country, with a Gucci belt
satu yg bagusnya, depa ni celik undang2 tu yg apa pun sikit2 saman, sikit2 saman. yg xbagusnya sendiri melantak mcm xde hari esok pastu nak salahkan kedai.apo