CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 606|Reply: 0

Kim Jong Un Tak Peduli Dikecam Lancar Peluru Berpandu Balistik, Mahu Cabar AS

[Copy link]
Post time 13-1-2022 08:31 AM | Show all posts |Read mode
Seoul: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un mahu pasukan tentera strategik negara ditingkatkan selepas menyaksikan pelancaran peluru berpandu balistik di negara itu, kelmarin.


Lapor Reuters, peluru berpandu balistik itu dilancarkan buat kali pertama selepas tempoh dua tahun lalu.


Pelancaran itu juga merupakan kali pertama sejak Mac 2020, Jong Un menyaksikan ujian tersebut.


Pelancaran itu juga menjadi tajuk muka depan akhbar Rodong Sinmun di Korea Utara yang turut menyiarkan gambar Jong Un.




Foto: Agensi




Selepas menyaksikan sendiri ujian itu, Jong Un menggesa saintis tentera ‘mempercepatkan lagi usaha membina pertahanan tentera strategik negara secara berterusan daripada segi kualiti dan kuantiti serta menambah baik aspek ketenteraan.


Selasa lalu, Korea Selatan dan Jepun berjaya mengesan pelancaran peluru berpandu balistik itu sehingga menimbulkan kecaman oleh pihak berkuasa di seluruh dunia.


Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menzahirkan kebimbangan mengenai pelancaran tersebut.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berisiko Korea yang memantau Korea Utara, Chad O’Carroll berkata, perkembangan itu menunjukkan Jong Un tidak bimbang dikaitkan secara peribadi dengan ujian teknologi baharu tersebut serta tidak peduli bagaimana Amerika Syarikat melihat perkara itu. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.052014 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list