CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1064|Reply: 5

Perkahwinan Panik Di India, Ibu Bapa Kalut Sanggup Bayar 3 Kali Ganda

[Copy link]
Post time 13-1-2022 06:05 AM | Show all posts |Read mode
India menyaksikan kenaikan mendadak dalam 'perkahwinan panik' berikutan cadangan kerajaan negara itu menaikkan had umur wanita dibenarkan berkahwin dari 18 tahun kepada 21 tahun, sama seperti lelaki.


Situasi itu menyebabkan ibu bapa berpusu-pusu mahu mengahwinkan anak perempuan mereka yang semakin mengakhiri usia remaja.


Mereka khuatir cadangan Rang Undang-undang Larangan Perkahwinan Kanak-Kanak (Pindaan) 2021 akan menjadi undang-undang baharu.


Justeru, ada yang sanggup membayar yuran tiga kali ganda atau sedang bermati-matian mencari calon suami untuk anak mereka meskipun ada laporan menyatakan banyak majlis perkahwinan berlangsung di rumah kerana sebilangan besar dewan sudah penuh.




Kredit foto: Telegraph India




Untuk rekod, rang undang-undang itu disegerakan melalui Parlimen bulan lalu dengan beberapa perbahasan, bertujuan meningkatkan kesaksamaan jantina dan menghapuskan perkahwinan kanak-kanak.


Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Smriti Irani yang memperkenalkan rang undang-undang itu, berkata langkah untuk meningkatkan umur undang-undang adalah "langkah yang menentukan" masa depan India.


"Negara ini masih didiami masyarakat konservatif di mana wanita berkahwin pada usia muda bukanlah sesuatu yang luar biasa dan perkahwinan bawah umur adalah perkara biasa terutama di kawasan luar bandar," katanya


Menurutnya, sehingga kini sebanyak 200,000 kes perkahwinan kanak-kanak dihentikan oleh pihak berkuasa antara 2015.


Manakala Tinjauan Kesihatan Keluarga Kebangsaan terkini - bagi 2019 hingga 2021 - mendedahkan bahawa 6.8 peratus remaja perempuan berumur 15 hingga 19 tahun mengandung dalam tempoh dua tahun itu.


Data itu juga mendedahkan 23.3 peratus wanita berumur 20 hingga 24 telah berkahwin sebelum umur 18 tahun, walaupun itu adalah haram.


Kira-kira 635,000 isi rumah mengambil bahagian dalam tinjauan tersebut.


Belum lagi diangkat menjadi rang undang-undang baharu, cadangan tersebut dilihat telah menimbulkan kekecohan orang ramai.


Pengkritik telah menegaskan bahawa menaikkan umur perkahwinan boleh menjadi "resipi untuk bencana" dan menghukum wanita dewasa yang muda.


"Undang-undang baharu akan mengawal autonomi wanita dewasa sambil merompak hak seksual mereka untuk berkahwin apabila mereka berasa bersedia.


"Jika remaja berusia 18 tahun boleh mengundi, memandu, mewakili negara dalam Sukan Olimpik dan berlakon dalam filem, mengapa mereka tidak boleh mengikat tali pertunangan pada usia itu?” soal Pratibha Kapur, seorang aktivis yang berpangkalan di Delhi.


Kapur menegaskan rang undang-undang itu juga bertujuan untuk meminda undang-undang peribadi lain.


Dakwanya, ia termasuklah Akta Perkahwinan Kristian India, Akta Perkahwinan dan Perceraian Parsi, Akta Permohonan Undang-undang Peribadi Muslim (Syariah), Akta Perkahwinan Khas, Akta Perkahwinan Hindu dan Perkahwinan Asing.




Sumber: AWANI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2022 04:09 PM | Show all posts
Konsep kawen asalkan berlaki yaachh
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 04:20 PM | Show all posts
Dah terbiasa suruh anak kawin awal tu yang mengelupur tu.  Sementara kat tanahair ramai yang mengelupur nak nikah segera mungkin sebab bimbang dikenakan pkp semula.  Bimbang tak boleh buat majlis sanding nanti sampai pejabat agama ramai Q berjela.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat Brunei ni plak rmai yg berebut nak khwin sbb sekatan dh longgar, huntong lah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah tak suka sgt anak pompuan, duk anggap beban...gugurkn je la ..beranak je jantan ramai2 biaq pupus pompuan kat sana..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Duit punye pase la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 09:20 PM GMT+8 , Processed in 1.264168 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list